Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WHOLLY FITZ', 'WHOLLY FLUSH' BANTU MASALAH OBESITI? IYA KE SAM, ZIZAN?


Sepanjang tempoh kita semua terpaksa berkurung di rumah lebih kurang 3 bulan dek penangan wabak Koronovirus, Kak Fas percaya sebilangan besar daripada kita kini menghadapi berat badan yang naik mendadak.
Kak Fas sendiri pun rasanya naik dua kilo gitu dan keadaan ini sudah tentu merisaukan. Sebelum ini, Kak Fas dapat mengawal nafsu makan dan 'maintain' dengan berat badan biasa...alamak tak mahu lah bagitau berapa kilogram sebab jika dihitung masih bukan berat yang ideal bagi ketinggian Kak Fas yang kira-kira 5 kaki je huhu...
Dan Kak Fas yakin ada yang mengalami perasaan kerisauan yang sama apabila berat badan naik cepat. Pastinya juga ramai yang melayari platform e-dagang untuk mencari produk yang boleh mengawal nafsu makan seraya mendapat berat badan ideal dengan fizikal luaran.
Dalam meninjau-ninjau ke beberapa laman sosial yang mempromosikan produk pelangsingan, Kak Fas tertarik dengan dua produk berjenama Wholly Fitz dan Wholly Flush.

Antara yang menarik perhatian bukan kerana nama produk tersebut tetapi lebih kepada dua artis yang berada di. belakangnya iaitu pasangan pelakon 'Polis Evo', Zizan Razak dan Shaheizy Sam.
Kedua-dua pelakon popular ini baru-baru ini dilihat bersama menjadi hos kepada pelancaran produk WhollyFitz dan WhollyFlush yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menarik lagi, bersama mereka memeriahkan majlis terdiri daripada rakan artis antaranya  Datin Seri Zizie Ezette, Samzy Fuzette, Khaty Fauziah, Syatilla Melvin dan Datuk Aznil Hj Nawawi yang tidak ketinggalan membuat persembahan menyampaikan lagu terbaharunya.
 ,
Wah! kira ramai jugalah ya selebriti Malaysia yang memberikan sokongan terhadap dua produk yang dikatakan mampu membantu pengguna yang menghadapi masalah berat badan.
Khabarnya, Whollyfitz dapat membantu mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga.
Tentu ada yang tak sabar nak tahu lanjut kan? Iyalah siapa tak nak badan cantik macam Ratu Cantik kan hihi...?
Dengan formulasi terbaru, WhollyFitz mengandungi bahan 'extra' iaitu   pertambahan buah limau bagi membantu pengguna masa kini meningkatkan sistem imunisasi badan dan seterusnya mampu mengelakkan jangkitan penyakit.
Apabila mengandungi campuran limau tentu rasanya macam teh limau ya tak? 
Itu tekaan Kak Fas sahaja sebab belum sempat merasainya tetapi dengan harga jualan RM79, Kak Fas yakin pengeluarnya jamin WhollyFitz berkesan dalam membantu pengguna mengurangkan masalah berat badan.
Sehubungan itu, Kak Fas sempat menjenguk ke laman facebook Wholly Fitz bagi mengetahui lanjut keberkesanannya kepada pengguna.

Di situ tertulis 'Wholly Fitz adalah produk bancuan minuman yang diperkaya dengan serbuk Guarana,Hoodia Gardonii, buah markisa dan buah lemon  malah disyorkan meminumnya 1 sachet setiap pagi sebelum sarapan.
Kak Fas tengok ada lebih kurang 12,438 pengikut laman sosial Wholly Fitz dan ini menyakinkan bahawa produk ini disukai ramai malah ramai diantara pengguna yang telah mencubanya melahirka rasa puas hati dapat turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.
Dalam pada itu. WhollyFitz turut memperkenalkan produk terbaharu yang keduanya yang dinamakan WhollyFlush.
WhollyFlush merupakan produk yang diformulasi khas, kaya dengan vitamin-C bagi membantu melancarkan sistem pencernaan malah sangat efektif  bagi menurunkan berat badan, meningkatkan metabolis serta memyingkirkan toksin jahat didalam badan.
Diformulasikan dengan bahan berkualiti seperti buah cranberry, buah peachsinamaki, chia seed, garcinia, Physilliumhusk dan Guarana, ia dijual pada harga RM39 sahaja.
Jika selama ini pelbagai produk dah korang cuba tetapi tidak berhasil apa kata cuba produk WhollyFitz ini. Mana tahu disamping berjaya memperoleh berat badan ideal korang berpeluang pula mendapat hadiah. It tuah berganda namanya.
Iya, bagi menghargai sokongan korang, WhollyFitz menjanjikan hadiah berupa baucer bernilai RM50,000 untuk dimenangi manakala WhollyFlush pula menawarkan sebuah kereta AXIA daripada 10 ribu kotak pertama yang dijual.
Mana tahu kut kut anda bertuah tahun ini kan... kira ada hikmah disebalik apa yang anda alami akibat COVID-19 selama ini. Tak gitu?
Apa pun jika nak tahu lanjut sila layari facebook Wholly Fitz atau KLIK SINI atau kunjungi laman Instagram @Whollyfitz_HQ mahu pun TikTok WhollyFitz @WhollyFitzHQ.

Kak Fas: Tertanya-tanya di dalam hati adakah ini kesinambungan kepada produk Saheizy Sam terdahulu iaitu Freaky Fitz yang khabarnya dah tutup? Apa pun nak baca mengenai Freaky Fitz boleh BACA SINI.
#TebalTebalNakPergiMana #HadapSampaiJadi #Wholly_Fitz_Hq #KurusCantik







Tiada ulasan:

Catat Ulasan