Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SMI CARS LANCAR RUANG PAMERAN BAHARU, TAWAR 50% DISKAUN..


Kak Fas sering juga lalu lalang sepanjang Jalan Ampang ini dan adalah juga sekali sekala menoleh ke arah beberapa ruang pameran kenderaan-kenderaan mewah. 

Tetapi cuma hari ini Kak Fas berpeluang meluangkan masa mengunjungi salah satu ruang pameran kenderaan yang dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade Interntional Sdn Bhd tetapi kini mendapat nama baharu, SMI Cars Sdn Bhd.

Tentu anda nak tahu kan apa maksud disebalik abjad SMI tu?

"S adalah Suzana isteri saya, M pula nama saya Marof dan I adalah nama anak saya Irene," ujar Dato Hj Marof Khan Hj Mohamed Idris (kiri) selaku Ketua Pegawai Eksekutif SMI Cars Sdn Bhd ketika ditemui pada majlis 'soft launch' ruang pameran SMI Cars.



Bagi yang belum mengetahui, SMI Cars yang juga tersenarai sebagai ahli PEKEMA (Persatuan Pengimpot  & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Kuala Lumpur. 

Tidak syak lagi, apabila diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun malah mendapat khidmat seorang Pengarah Eksekutif muda seperti Irene Deanna (kanan), SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini serta perkhidmatan peribadi yang tersendiri.

Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat ini telah direka oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan. 

Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima. 

Bagi meraikan ruang pameran baharu berkenaan, SMI Cars  menganjurkan upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan seperti Dato Jamal Abdillah dan Kumpulan NICO G.

Pengunjung-pengunjung yang hadir bukan sahaja diraikan dengan jamuan ringan serta nyanyian Dato Jamal serta NIGO G malah sesiapa yang berminat membeli  diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. 

Malah, untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan dan keraguan soal kesihatan, SMI Cars memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji. 



Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat). 

“Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini, " ujar Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli.

"SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ia dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang,” tambah beliau.

BERSAMA Irene (kanan).
Sementara itu sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna (kanan) dalam ucapan ringkasnya berkata, “Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya."

Menurut Irene, matlamat syarikat adalah untuk menawarkan pelanggan-pelanggan dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka. 

SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara. 

Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, Kak Fas percaya inilah masanya untuk membeli kenderaan impian  dengan harga yang lebih rendah waima sekarang ini anda berpeluang menikmati diskaun cukai jualan sebanyak 50%.

Banyak diskaun tu tau....!

Apa pun jika nak tahu lanjut mengenai SMI Cars melalui platfom media sosial sila ikuti mereka melalui Facebook @SMI Cars atau Instagram @SMI_Cars 


Kak Fas: Terpegun melihat kereta-kereta mewah yang tersedia sampai rabun mata nak pilih mana satu yang tercantik... Lamborghini pun sekarang dah bernilai RM1.750j...Khabarnya, penyanyi Joe Flizzow pun dah beli Mustang gitu...

#SMICars #SMICarsOpening #DidiSquadStudios #AffaautoExpert 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan