Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBALOI BALOI BELI KAT 'BALOY MEMBER MART' TAU!



DAN Lim bersama Dina Nadzir di hadapan 'Baloy Member Mart' Kota Damansara. 


Selalunya apabila kita membeli sesuatu produk yang nampak mahal pada harga yang murah mesti kita akan sebut ‘eh.. berbaloi lah belian ini….’ . Setuju tak?


Kak Fas percaya kata-kata kolokial ‘berbaloi’ itu anda perkataan yang sering diucapkan apabila kita puas membeli-belah barangan yang dikehendaki.


Dan perkataan itulah juga yang menjadi inspirasi bagi pemilik ‘Baloy Member Mart’ yang diasaskan oleh Pengarah syarikat Baloy Sdn Bhd, Dan Lim supaya apabila anda membeli-belah di kedai tersebut akan terasa wang ringgit yang dibelanjakan amat berbaloi.

FOTO Kredit: Megat.

Ya… baru-baru ini Kak Fas antara yang dijemput ke majlis pembukaan ‘Baloy Member Mart’ yang ke-45 bertempat di Kota Damansara.


Sejujurnya ini pengalaman pertama berbelanja di sebuah ‘mart’ yang berasaskan format platform ‘Online to Offline’ di mana segala tempahan boleh dibuat secara dalam talian dan seterusnya anda mengambilnya sendiri di kedai berhampiran.


Dengan lebih 500 barangan dari pelbagai jenama seperti antaranya Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi, syarikat yang baharu setahun jagung beroperasi merancang  untuk membuka 100 buah kedai menjelang Disember ini.


Wow! Sudah tentu syarikat optimis dan yakin Baloy diterima baik oleh seluruh ahlinya seluruh Malaysia waima  kedai ‘Baloy Member Mart’ kini berada di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Jadi,  tentu tiada masalah untuk sesiapa sahaja berkunjung ke kedai yang menawarkan harga terendah ini, menyaingi harga di pasaran.


Jika korang ke kedai terbaharunya di Kota Damansara ini dalam masa dua hari lagi sejak semalam dan membeli-belah dengan jumlah lebih RM30 korang berpeluang membeli sekampit beras dengan harga RM2 sahaja tau.






“Ini promosi pengenalan kami bagi menghargai pelanggan,” ujar Dan Lim ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Baloy Member Mart’ di Kota Damansara semalam (29 Ogos 2020).

Turut hadir memeriahkan majlis, penyanyi dan DJ popular negara, Dina Nadzir.


Sejak penubuhannya tahun lalu, Baloy telah membina pengikut setia pembeli yang terdiri daripada  dua jenis keahlian Biasa dan Emas.


Selain dari pembelian terus di kedai, pengguna dan ahli boleh membeli barangan disesawang baloy.com.my dan mengambilnya di ‘Baloy Members Mart’ berhampiran.


Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman web Baloy atau di mana-mana 46 kedai fizikal terdekat.


“Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan bahan runcit berkualiti dan‘ jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin,” tambah Dan Lim yang mempunyai lapan tahun pengalaman sebagai perunding perniagaan serta perancang dan strategi pemasaran di sektor runcit FMCG (Fast Moving Consumer Goods).




Menurutnya, maklum balas dari pelanggan adalah bukti terbaik Baloy Member Mart mendapat sambutan hangat sekali gus mengukuhkan prestasi syarikat.


“Dengan formula tersedia, saya percaya Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” ujar Dan Lim membuka peluang kepada pelabur baharu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat walau pun setekat ini telah menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat dan badan swasta lain.


Untuk info lanjut sila ikuti pautan berkait pada laman web baloy.oom.my; Instagram: @baloymembermart atau laman Facebook: @baloymembermart.




Kak Fas: Memang berbaloi beli kat sini  apabila harganya kurang sedikit daripada kebiasaan memandangkan kata Dan Lim, beliau memperoleh stoknya terus daripada pihak pembuat.


#Baloy #BaloyMemberMart #LowestPriceGuaranteed #MemangBerbaloi #GrandLaunch


Tiada ulasan:

Catat Ulasan