Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CELCOM BUKA PELUANG PKS PACU TRANSFORMASI DIGITAL

Celcom Axiata Berhad (Celcom) melancarkan kempen 'Celcom Business: Reimagine SME for Tomorrow' bersama 13 rakan organisasi dalam pelbagai industri bertujuan membuka potensi dalam meluaskan rangkaian perniagaan PKS dan memberikan mereka peluang menjana hasil baharu serta memacu pertumbuhan masa hadapan sekali gus kembali bangkit daripada kesan COVID-19.

Majlis pelancaran berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur semalam bersama 13 organisasi terlibat meliputi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corporation, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Alliance Bank Berhad, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Usahanita Kebangsaan, SME Association, Selangor Freight Forwarders and Logistics Association (SFFLA), Microsoft, Slurp! dan Avana Asia.



"Persekitaran kolaboratif ini akan menyediakan situasi ‘menang bersama’ yang memberi faedah kepada PKS, pengguna dan mencapai aspirasi negara ke arah ekonomi digital," ujar Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom.


Turut bersama beliau, Dato Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau ringkasnya, MDEC.



Melalui kempen ‘Celcom Business: Reimagine SME for Tomorrow’, PKS yang menyertai akan mempunyai peluang unik untuk diperkasa secara digital, dengan kit digital PKS daripada Celcom yang inovatif. 


Malah, dengan Celcom Business Suite™, PKS boleh melakukan trasnformasi segera dan mengoptimisasi operasi perniagaan mereka dengan ringkas, fleksibel dan mampu dimiliki seperti e-POS berasaskan Cloud, pembayaran elektronik, penyelesaian pemasaran digital dan alat produktiviti tambahan seperti tablet dan Microsoft Office365. 


Perkhidmatan menyeluruh ini membolehkan perniagaan dengan penyelesaian digital yang tepat, dipadankan dengan mempermudahkan digitalisasi perniagaan berskala kecil.


Menurut Idham lagi, ketika negara sedang melalui tempoh pemulihan, Celcom sebagai pemain industri utama berusaha untuk memastikan perusahaan kecil dapat bangkit semula bersama sektor yang lain.


“Pada tahun 2019, PKS menyumbang 38.9% kepada KDNK negara. Oleh itu ia amat penting bagi memastikan pertumbuhan dan kemampanan PKS diberi perhatian dan bantuan segera dalam tempoh ini," tambahnya.


Idham turut memberitahu, penglibatan Celcom sebagai Rakan Penyelesaian Teknologi bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), membolehkan Celcom Business Suite ™ ditawarkan sebagai salah satu perkhidmatan yang layak menerima geran Digitalisasi Perniagaan. 



Geran tersebut diperkenalkan kerajaan dalam Belanjawan 2020, menawarkan kepada PKS pemberian 50% yang hampir sama dengan RM5, 000 untuk setiap langganan perkhidmatan digital seperti Point of Sales elektronik (e-POS), Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), elektronik sistem gaji, Pemasaran Digital, Perolehan, e-Dagang dan Kerja Jarak Jauh (remote working).


“PKS perlu merebut peluang ini dengan segera dan tidak harus berlengah lagi. Celcom kini memudahkan mereka untuk turut serta. 


Setelah lebih 30 tahun menyokong perniagaan di Malaysia dengan liputan rangkaian 4G LTE terluas di seluruh negara, Celcom terus memperkasa inovasi digital bagi kesemua industri dan memacu adaptasi digital yang lebih pantas, untuk mempertingkat ekosistem digital negara. 


Pemilik perniagaan PKS tempatan boleh membuat permohonan untuk meyertai kempen ini melalui  LINK INI sekaligus memulakan transformasi digital secara mudah untuk perniagaan mereka.


Mereka boleh mengunjungi lebih 250 cawangan termasuk bluecube, pengurus akaun, serta wakil yang dilantik oleh Celcom di seluruh negara untuk membantu mereka memulakan transformasi digital berkenaan. 


Apa pun jika nak tahu lanjut mengenai Celcom Business Suite ™ atau pelbagai produk dan perkhidmatan terkini dari Celcom, sila KLIK SINI.

Kak Fas: Satu initiatif yang baik dalam membantu golongan PKS bangkit semula selepas terjejas akibat pandemik COVID-19. 


#Celcom #MDEC #CelcomBusinessSuite #SMECorporation #PUNB #MARA

Gambar Kredit: Alias Abu Bakar (utvmediamalaysia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan