HAVAIANAS FLIP FLOP GAYA BARU KINI DI PAVILION KL
Nama jenama ini Havaianas…bila sebut teringat pula Kak Fas pada Hawaii haha. Tetapi jangan salah sangka, Havaianas bukan produk dari kepulauan terkenal Amerika Syarikat yang terletak di lautan Pasifik itu.
Havaianas adalah jenama Flip Flop Brazil yang diperkenalkan kepada rakyatnya sejak tahun 1962 lagi. Jenama ini mengubah konsep kasut pada pertengahan 1990-an, menjadikan sandal ini sebagai antara aksesori fesyen yang sangat popular waima lebih daripada 5 bilion pasang Havaianas telah dijual di seluruh dunia.
Havaianas juga lebih daripada sekadar jenama yang sering digunakan ramai di pantai, ia merupakan salah satu cara hidup orang-orang Brazil di mana sejumlah 94% rakyatnya memiliki sekurang-kurangnya satu pasang Havaianas di rumah masing-masing.
Terkenal dengan kualiti produknya, ia bukan sahaja dimiliki golongan biasa tetapi turut diminati pemimpin antarabangsa dari semua peringkat umur, jantina dan kelas sosial.
Setiap tahun, Havaianas menjual lebih daripada 240 juta pasang flip flop di seluruh dunia.
Jika korang pun nak rasa bagaimana selesanya memakai Havaianas apa kata berkunjung ke beberapa outletnya di mana yang terbaharu, kedai Havaianas sudah pun berada di pusat membeli-belah ternama, Pavilion Kuala Lumpur.
Kak Fas turut berada pada majlis pelancaran kedai berkenaan baru-baru ini yang disempurnakan oleh Duta Brazil ke Kuala Lumpur, Carlos Martins Ceglia bersama dua artis popular tanah air, Nellydia Senrose dan Fatin Afeefa yang dilantik Havaianas sebagai duta Havaianas mewakili Malaysia dalam Squad Havaianas Asia yang turut diserta artis terkenal Indonesia, Luna Maya.
Selain mereka bertiga Havaianas turut melantik Cecilia Song Yanfei dari China, Jarinporn dan Joss Way-er dari Thailand, Jessica Mila Agensia dan Verrell Bramasta Fadilla dari Indonesia untuk bersama di dalam squad.
Mengetengahkan gaya hidup ‘Lets Weekend’ sebagai taktik untuk menarik perhatian orang bandar, Havaianas juga mahu menunjukkan bahawa sandal flip flopnya ini boleh digayakan oleh sesiapa tidak kira pangkat atau darjat.
Sehubungan itu, Havaianas telah membawa para selebriti yang dilantik mewakili negara masing-masing ke Brazil selama seminggu pada awal tahun 2020 lalu untuk mengenali dengan lebih mendalam sejarah dan etos Havaianas.
Mereka dibawa mengembara ke Kota Sao Paola yang berwarna-warni bagi bertemu dengan para pengarah Havaianas antarabangsa di kedai Havaianas yang terbesar di dunia di situ.
Fatin Afeefa bersama Nellydia Senrose dan Luna Maya (kanan) ketika di Brazil. |
Kemudiannya, lawatan mereka berakhir di bandar persisiran pantai yang terkenal, Riio De Janeiro bagi menikmati pemandangan waktu malam sambil menikmati malam bersamba.
Tidak hairanlah, tarian samba membuka persembahan majlis pelancaran yang diadakan di The Loaf bersama media sebelum para tetamu vip naik ke tingkat 5 di mana terletaknya butik Havaianas bagi upacara memotong riben.
Menariknya, kali ini Havaianas bekerjasama dengan Swarovski untuk mengembangkan gaya baru, menghasilkan perhiasan pada rekaan sandal terbaharunya.
Memang cantik. Harga pun tak lah mahal sangat. Kira mampu miliklah. Kak Fas sendiri pun terpegun dengan koleksi yang ada di kedai tersebut, Bukan sahaja banyak pilihan sandal yang ada tetapi turut disediakan aksesori lain seperti bag sehingga Kak Fas tidak ragu-ragu lagi untuk membelinya apabila berkunjung buat kali kedua di kedai berkenaan.
Kak Fas: Akan pergi sekali lagi untuk mencari sandal yang lebih mesra pelbagai acara macam yang ada swarovski tu ke hihi….sekarang dah ada kasut & bag produk Havaianas.
Baca artikel berkaitan di SINI.
#Havaianas #NellydiaSenrose #FatinAfeefa #PavilionKL #LunaMaya #Brazil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan