Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

4 GOLONGAN TAK PERLU PAKAI MASK. SIAPA DIA?


Pada 1 Ogos 2020, sesiapa yang tidak patuh kepada arahan memakai pelitup muka sebagai satu norma baharu dalam tempoh wabak COVID-19 masih bermaharaja lela boleh dikenakan denda RM1,000 kecuali empat golongan tertentu yang diberikan kelonggaran.

Empat golongan berkenaan hanyalah kanak-kanak dibawah usia 2 tahun, golongan yang sukar bernafas, individu yang tidak sedarkan diri termasuk yang kurang berupaya atau yang tidak mampu menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.


Menurut perkongsian di laman twiter Kementerian Kesihatan Malaysia,  empat golongan terbabit dikecualikan waima yang lain diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan sesak seperti pasar, pasar tani, pasar raya dan  yang menggunakan pengangkutan awam - LRT, MRT dan bas setiap hari.


Orang ramai yang gagal mematuhinya boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).


Keputusan peraturan baharu itu dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Dalam pada itu, rakyat diingatkan juga agar menggunakan pelitup muka yang mampu mermbendung penularan dan  jangkitan iaitu penutup muka perubahan dan pelitup muka bukan perubatan.Jika menggunakan pelitup muka fabrik atau dijahit sendiri, produk itu  perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Dalam pada itu juga, orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi pelitup muka yang telah digunakan malah setelah digunapakai ia harus terus dilupuskan dengan cara yang betul.


Sebaiknya pemakaian setiap keping pelitup muka  pakai buang digunakan  bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan tiga lapisan, terdiri daripada lapisan paling dalam yang hidrofilik iaitu bersifat menyerap air misalnya kapas atau campuran kapas.


Lapisan paling luar pula diperbuat daripada bahan hidrofobik iaitu bersifat menghindar penyerapan air misalnya polipropilena, poliester atau campurannya boleh mengehadkan pencemaran luar daripada menembusi masuk ke hidung dan mulut pemakai, manakala lapisan tengah hidrofobik diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.


Begitu pun, pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik di pasaran yang tidak menepati ciri-ciri disarankan WHO boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung pada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan.


Namun, golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan penghidap kencing manis serta darah tinggi disaran menggunakan pelitup muka jenis tiga lapis, khususnya ketika berada di tempat yang menyukarkan penjarakan sosial.


#COVID-19 #PelitupMuka #Kanak-Kanak #GolonganDiKecualikanPelitup #Wargaemas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan