ROY AZMAN TAK PUAS BERLAKON... KENAPA?
JIKA disebut Zairosminan Abdul Rahman tentu ramai yang bingung siapa tu? Pelakon yang lebih dikenali dengan nama Roy Azman, 50, ini melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya apabila kini diberikan watak ‘bapa’ yang bersahaja tanpa cabaran.
“Saya tak kisah sangat watak bapa tu cuma kalau watak itu tiada berkembang dan tiada cabaran rasa tak puas sungguh,” luah Roy Azman ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Sukan Terbesar 2.0 anjuran Al-Ikhsan, Red Army Malaysia dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang kini sedang berlangsung sehingga 31 Ogos 2020.
Roy Azman merupakan artis undangan pihak penganjur Al-Ikhsan, Red Army Malaysia dan WTCKL untuk mempromosikan jualan mega karnival sukan berkenaan bersama dua lagi rakan selebriti, Adeline Tsen dan Santesh Kumar.
“Anda semua harus datang sini kerana jualan nya sangat murah dengan diskaun sehingga 80% sekali gus menjimatkan. Bayangkan produk yang ori dijual pada harga rendah,” ujar Roy.
Bercerita lanjut mengenai perkembangannya dalam industri lakonan, Roy menyambung, walau pun tidak kisah peluang untuk mendapatkan tawaran watak hebat kurang namun beliau berharap watak ‘bapa bapa’ yang diberikan ada perkembangan.
“Seperti bapa yang berwatak komedi ke atau bapa jahat ke, baharu lah terasa puas sikit tetapi akhir-akhir ini selalu dapat watak bapa yang bersahaja. Itu yang tak puas rasanya,’ luah Roy.
Pun begitu, dalam usia 50an, Roy Azman tidak mahu memilih-milih watak asalkan masih ada tawaran berlakon yang boleh memberikan pendapatan,” jawabnya yang seperti artis-artis lain turut terkesan apabila negara berdepan PKP ketika wabak COVID-19 menular.
Dalam perkembangan terbaharunya, Roy berlakon dalam drama ‘One Two Hantu’ yang kini sedang ditayangkan di stesen Awesometv melalui saluran 112 Mytv dari Isnin hingga Rabu bermula 8.30 malam.
Sementara itu, sebagai artis jemputan ke Karnival Sukan Terbesar 2.0, Roy bukan sahaja dilihat mempromosikan jualan mega berkenaan tetapi tidak ketinggalan memborong pelbagai barangan sukan yang tersedia.
“Korang pasti tak menyesal datang sebab harga-harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan,” sambung Roy.
Karnival Sukan Terbesar 2.0 yang kini sedang berlangsung sehingga 31 Ogos ini menyedakan kira-kira 170,000 barangan sukan daripada kasut, jersey, baju t dan banyak lagi pada harga diskaun sehingga 80%.
Sambil membeli-belah pengunjung juga boleh berisytirihat sambil bermain game di ruang ‘Sports Park’ yang disediakan.
“Pendekata, apabila isteri masih memilih produk kesukaan masing-masing, si suami boleh bermain game di sini,” ujar Roy yang turut mencuba melakukan permainan sepakan bola ke lubang gol yang disediakan di mana hanya pada percubaan kali keempat baharulah beliau berjaya menyumbatkan gol.
Pelakon yang aktif bersukan dalam mainan bola sepak sebagai ‘gol keeper’ kumpulan artis ini selanjutnya memberitahu agar pengunjung sentiasa memakai pelitup muka memandangkan pihak penganjur tetap mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan.
“Sebelum masuk setiap orang dikehendaki memeriksa suhu badan dan melakukan scanning bagi mendapatkan maklumat peribadi masing-masing baharulah dibenarkan masuk ke ruang karnival yang bertempat di aras bawah,” cerita. Roy.
Apa pun jika korang tak sabar nak tengok dan membeli produk yang selama ini menjadi idaman hati tetapi tak dapat membelinya kerana masalah harga yang tinggi kini boleh tinjau kut kut barang yang dikehendaki ada dijual pada harga murah.
Kak Fas: Pun rambang mata nak pilih mana yang berkenan di hati sebab semuanya cantik-cantik belaka dan lebih memudahkan apabila setiap ruang dilabel dengan saiznya jadi senang nak tuju ke mana.
Tak perlu lagi merayau-rayau mencari satu dewan. Terus je ke saiz kasut atau saiz baju yang mahu dibeli. Mudah dan cepat gitu!
Baca berita berkaitan di LINK INI.
Video Kredit : Alias UTVMediaMalaysia.
#Al-Ikhsan #RedArmyMalaysia #KarnivalSukanTerbesar2.0 #ManchesterUnited
Tiada ulasan:
Catat Ulasan