Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN VIDEO RAKAMAN KONSERT 'MANISFESTIVAL SITI NURHALIZA X HOTKOOL' 12 OGOS

Umum yang meminati penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza sudah tentu tahu beliau baharu sahaja melahirkan album ke-18nya yang menceritakan perjalanannya melalui 'ManifestaSITI2020'.

Sejak dilancarkan pada awal bulan Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali rancak selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membantut segala aktiviti seni. 


Album yang mendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital  malah album fizikalnya juga laris dijual. 


Malah sejajar pula dengan norma baharu yang perlu dipraktikkan mengikut SOP yang ditetapkan Kerajaan, penyanyi yang mesra disapa Tok Ti ini mencipta sejarah  apabila berjaya mengadakan seuah konsert interaktif dalam talian, 'Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool' pada 21 Julai 2020 lalu. Dan tentu sekali ini antara langkah baharu dalam mempromosikan albumnya.



'Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool' merupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM. 

Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini. 


Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Dato’ Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talian berskala besar. 



 “Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusi peraduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia. 


"Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja. Namun begitu, ia masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,” jelas Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.


Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata “Konsert maya Manifestival Siti Nurhaliza telah memberi satu pengalaman baharu kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital dimana peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor 1 Malaysia walaupun tidak berada secara fizikal di situ. Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini.”


Sehubungan itu juga, Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan menjelaskan, “Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan akses sebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagi menyaksikan konsert  'Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool' secara maya dan sambutan yang diterima daripada pendengar amat menggalakkan’.”


Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini,Tok Ti  berkata:


“Konsert ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020 dan ini merupakan pengalaman baharu saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi  dengan saya. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Mungkin anda yang sedang membaca entri ini merupakan salah seorang yang bertuah berjaya dipilih untuk sertai konsert maya ini kan?


Namun bagi mereka yang tidak terpilih dan ketinggalan menyaksikan konsert 'Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool' ini secara langsung pada tempohari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool yang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada esok hari (12 OGOS 2020) bermula daripada jam 7 pagi hingga 9 pagi.


Jadi tandakan kalendar anda tau!


Kak Fas: Mengenali Tok Ti sejak beliau mula bertapak dalam industri malah pernah menemuramahnya melalui telefon sahaja dan pertama kali bertemunya di majlis santai 'road show' majalah HAI di sebuah tempat berkelah di Ulu Yam.


#ManifestaSITI2020 #KonsertManifestivalSitiNurhalizaXHotKool #KonsertMaya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan