SERTAI SkUAD BIRDNESTBYPNA BINA EMPAYAR NIAGA JUTAAN RINGGIT
Terbaik dan Hebat!
Itulah perkataan tepat yang dapat Kak Fas simpulkan ketika hadir menyaksikan majlis pelancaran produk terbaharu keluaran PNA Legacy Sdn Bhd, “Birdnest Facial Radiance by PNA (BNFR) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kenapa Kak Fas berpendapat begitu?
Pertama sebab ia sebuah majlis yang penuh glamor waima hampir sebahagian besar dari para tetamu seramai 220 orang yang hadir berpakaian mengikut tema “Glamorous Fairytale”.
Apabila dikelilingi kaum wanita yang berpakaian ala Cinderella atau pun bagaikan ratu dengan gaun kembang seperti pengantin Inggeris gayanya, sudah tentu membuat sesiapa yang menyaksikannya rasa teruja. Pelbagai macam idea fesyen yang dapat disaksikan, ada yang menggayakan kostume gaya Maleficient, ada pula seperti Frozen malah bagaikan pengantin pun ada.
Tetapi yang paling utama, Kak Fas harus tabik kepada majlis yang dianjurkan NewsfeedMalaysia untuk PNA Legacy ini waima ini satu-satunya majlis yang pernah Kak Fas hadiri yang dimulakan tepat pada waktunya.
Selalunya apabila majlis ditulis bermula 8 malam selalunya akan berlarutan sehingga 8.30 atau 8.40 selewat-lewatnya namun walau pun Kak Fas tiba kira-kira 8.10 minit, majlis sudah pun bermula.
“Eh! Cepat pula majlis bermula,” fikir hati sebab selalunya lewat. Kak Fas pula tiba selepas 10 minit dah start. Ok lah kan... tak la lambat sangat.
Apa pun yang penting Kak Fas tidak terlepas daripada mendengar cerita suka duka di sebalik ucapan setiap usahawan yang telah berjaya mencapai jualan ribuan ringgit hasil jualan produk Birdnest.
Korang mesti nak tahu lebih lanjut kan produk apa yang mampu menghasilkan ramai jutawan ni?
Birdnest Facial Radiance by PNA adalah produk kedua keluaran PNA Legacy selepas Birdnest Essence. Ia merupakan produk yang berfungsi 2 dalam 1, sebagai pencuci muka dan pencuci make up (make up remover) bagi membantu pengguna membersihkan kulit dari dalam sekali gu menanggalkan makeup dengan mudah.
Di samping itu ia mampu mencegah dan mengatasi jerawat, mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan jeragat, menghaluskan kulit, mengangkat sel kulit mati, mengurangkan radang kulit, meningkatkan daya penyembuhan kulit, bertindak sebagai antiseptic, mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan risiko kulit sensitif.
Wow! Banyak manfaatnya tu kan. Berbaloi wang yang dibelanjakan cuma RM20 bagi produk bertiub dengan kandungan 50ml ini.
Khabarnya, dalam masa enam bulan, PNA Legacy berjaya mencapai jualan sehingga RM80j malah produk terbaharunya sahaja mampu terjual sebanyak 450 ribu unit sebaik ia dilancarkan.
BNFR merupakan salah satu produk pencuci muka buatan Malaysia yang berkualiti.
“Kami telah mendapat kelulusan makmal (labtest) serta mempunyai kelulusan KKM, dan tidak membahayakan kesihatan,” ujar pengasasnya, Puan Nadya Abdullah yang mula memasarkan produk sulongnya, “Birdnest Essence” bersama suaminya selaku CEO syarikat, Encik Mazrulhisyam Muhammad.
“Doakan agar BNFR terus mendapat tempat di hati pengguna,” tambah Nadya berikutan pengeluaran produk keduanya, ‘Birdnest Facial Radiance’ berkenaan.
Mahu berkongsi pendapatan dengan mereka yang berminat, Nadya memberitahu syarikatnya mengajak orang ramai terutamanya para suri rumah untuk menjana pendapatan dengan menyertai #SquadPNA.
“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM75 sahaja”, tambah Nadya.
Sehubungan itu, dalam merancakkan lagi promosi, PNA turut melancarkan muzik video dan lagu ‘jingle’ berjudul 'Yakinlah by BNE' bagi produk BNE yang menampilkan penyanyi popular, Datin Alyah.Gambar Kredit IG @alyah81.
Melalui muzik video berkenaan, orang ramai dapat menyaksikan klip video lakonan semula pasangan Nadya dan suami, Mazrulhisyam melalui detik-detik suka duka sebelum bergelar usahawan berjaya.
Klip video berdurasi 3 minit itu dihasilkan sebagai inspirasi kepada #PNAsquad dan orang ramai agar tidak mudah putus asa dalam usaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
“Klip video ini memaparkan penceritaan sebenar bagaimana jatuh bangunnya kami bersama demi sesuap nasi. Nak beli susu anak, pampers anak memang sangat sukar masa itu. Kami buat macam-macam dan Alhamdulillah, Allah dengar doa kami. Akhirnya berkat kesabaran dan usaha, kami dapat apa yang tidak pernah terjangkau dek akal,” cerita Nadya bersyukur.
Lawak spontan Syuk dan Elly yang lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom menggamatkan suasana majlis apatah lagi apabila Syuk membuat temuramah bersama 10 wanita-wanita terpilih yang bergaya sakan dengan pilihan baju glam masing-masing bagi mencari Ratu Glamor Fairytale.Foto Kredit IG @puannadyaabdullah.
Bayangkan ada yang sanggup menghabiskan wang sehingga lebih RM2 ribu ringgit hanya untuk menyewa gaun yang dipakainya malah ada juga yang berbelanja lebih RM3 ribu pula untuk menempah gaun ala ‘Cinderela’nya.
Wah! Hebat sungguh masing-masing walau pun bak kata Syuk tak bazir ke duit bila sanggup sewa baju sampai lebih RM2 ribu tu.
Tetapi itulah semangat kerjasama yang diberikan setiap ahli-ahli PNA dan PNASquad sekali gus menjadikan malam ‘Glamorous Fairytale PNA’ menepati tema dan hasratnya menghargai ahli.
LOVE THE DRESSES
BalasPadamkejayaan anak tempatan yang seharusnya dibanggakan. moga nadya terus sukses
BalasPadamSatu pelaburan yg hebat apabila mendapat sambutan.. apatah lg dengan majlis pelancaran penuh glamour.. bukan produk biashe biashe ni
BalasPadamWow! Rawlins memang suka event bertema sebegini. Pastu jika yang hadir pun sama-sama sporting, lagi meriah! Tahniah kepada pengasa produk nie!
BalasPadamseronoknya majlis sebegini, masing2 melaram dengan pakaian yg indah2 belaka. semoga perniagaan mereka semakin maju dan berkembang pesat. :)
BalasPadamThis is the first time heard of this bird nest brand so have not tried using it yet.
BalasPadamBaju-baju dorang cantik-cantiklah. Macam puteri dan bidadari pula saya tengok. Menarik sangat tengok event macam ni.
BalasPadamSeronok sangat dapat jana pendapatan sama sama. Dapat kenal ramai orang. Seronok tengok
BalasPadamWah meriah betul event ni! Sekarang banyak juga skincare yang berasaskan birdnest kan.
BalasPadambirdnest is one of the good collagen.. i love to have it so much!!!!! geram baca ni
BalasPadamWish I could generate as much income as them. :) Really inspiring.
BalasPadam