AISHAHANIM SELITKAN SURAH AL-ASR AGAR MASYARAKAT TIDAK 'LEKA'
PASANGAN kembar seiras ini, yang menggelarkan diri mereka #Aishahanim sudah ada 4 single sebelum munculnya single terbaharu 'Leka' feat Papa Iq Dinzly rupanya.
Tetapi macam mana Kak Fas boleh terlepas pandang ya? Selama ini tak pernah pun nampak mereka dalam arus perdana hiburan tanai air atau Kak Fas yang ketinggalan?
Apa pun, Kak Fas 'tabik' keduanya kerana walau pun nama mereka tidak lah gah seperti penyanyi-penyanyi popular atau golongan BBNU sekali pun, vokal mereka mantap malah lagu pun sedap.
Apabila diberitahu single 'Angkara' adalah lagu OST bagi drama popular 'Bukan Gadis Biasa' baharulah Kak Fas sedar dan berkata di dalam hati 'oh... ini rupanya penyanyi asalnya..."
Sejujurnya pertama kali Kak Fas lihat persembahan mereka ketika tampil di program 'Muzik Muzik' waima lagu 'Angkara' tersenarai dalam undian.
Mula-mula Kak Fas sangka penyanyinya seorang sahaja waima imej seorang lagi itu adalah cerminan mainan teknik tv tetapi rupanya dua orang yang sama wajah, kembar rupanya.
Terpegun juga Kak Fas melihat mereka. Eh! penyanyi baharu ke fikir hati sebab tak pernah tengok sebelum ini.....
Apa pun dalam hati Kak Fas tertarik dengan penampilan mereka apatah lagi vokal kedua-dua beradik ini mantap dan sedap halwa telinga mendengarnya. Ketika itu pula kedua-duanya nampak terserlah dalam gaun sedondon rona merah.
Begitulah mula-mulanya Kak Fas mengenali siapa itu Aishah dan Hanim.
Dan baru-baru ini apabila mendapat jemputan hadir ke majlis pelancaran video muzik 'Leka' oleh sahabat media, Putri, Kak Fas masih belum diberitahu siapa kah penyanyi di sebalik lagu tersebut kecuali kata Putri, 'Mak Lang saya'.
Emm... siapa pula Mak Lang Putri ni fikir hati...?
Dan sebaik sahaja tiba di Faroz Cafe, barulah nampak kelibat penyanyinya, kembar #Aishahanim sekali gus mengembalikan ingatan Kak Fas pada tontonan program Muzik Muzik yang lalu.
'Eh! Inilah pasangan kembar tu," kata hati Kak Fas di mana kemudiannya kami diperkenalkan oleh Putri.
Aduh! Panjang pula intro Kak Fas ini ya.... macam judul single terbaharu mereka, Kak Fas pun agak 'Leka' seketika haha....
Okey, jom fokus kepada 'LEKA' yang merupakan single ke-5 #aishahanim atau nama sebenar pasangan kembar ini, Aisha Abu Bakar dan adiknya, Hanim Fariza Abu Bakar.
Menariknya, 'LEKA' menampilkan Aishahanim bersama pelakon yang dilabel ramai sebagai 'aneh' mahu pun 'gila' dalam erti kata perbuatannya iaitu pelakon Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly, 38 tahun.
Tentu ada yang tertanya-tanya kan kenapa Aishahanim memilih Iqram setelah tahu mengenai latar belakangnya?
“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Iq Dinzly kerana lagu ini sinonim dengan liku-liku kehidupan yang pernah dilaluinya. Tambahan pula, ini juga satu kelaianan kerana inilah kemunculan pertama Iq dalam lagu,” kata AishaHanim.
'LEKA' menyentuh kisah masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, kecurangan suami isteri, kepincangan institusi rumah tangga dan sebagainya dengan mesej mahu menyedarkan golongan masyarakat agar tidak leka daripada duniawi. Sebaliknya, mengamalkan kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.
“Selain berhibur, peminat boleh menikmati lagu ini sambil menerapkan mesej-mesej positif dalam diri. Mesej ini disampaikan dalam bentuk santai supaya senang diterima oleh pendengar.
Menurut Aisha, lagu terbaharu mereka ini bukanlah lagu dakwah atau ketuhanan semata-mata namun terselit Surah al-Asr (103:1-3) yang menggariskan maksud seperti berikut:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”
Merupakan ciptaan Iqie Hugh dan lirik oleh Khalid, 'Leka' kini sudah boleh didapati di pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
Malah, bagi terus membina momentum lagu ini, video muzik rasmi LEKA telah dilancarkan pada 9 September 2020 menerusi saluran Youtube AishaHanim.
Video muzik rasmi yang menampilkan kelainan imej Aisha Hanim dan Iq Dinzly pastinya membuatkan anda teruja.
Sebelum ini, selain 'Angkara" Aishahanim juga telah menyampaikan lagu 'Mata Kunci Cinta dan 'Benar Cinta'.
Majlis yang berlangsung santai tetapi diselit pelbagai kejutan turut mendapat tajaan dari @fabulash.my, @zarac.my dan kudapan milik Iqram @dinzlycious.
FOTO Kredit FB Syazara Aisha. |
Kak Fas: Benar-benar terhibur dengan kelainan yang ditampilkan pasangan kembar seiras ini. Moga lagu 'Angkara' berjaya tersenarai dalam finalis Anugerah Juara Lagu.... insyaAllah!
Baca artikel berkaitan di SINI.
#Leka #Angkara #Aishahanim #IqDinzly #MuzikVideo #BukanGadisBiasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan