AL EBRIEIZ PERKENAL GELOMBANG KEWANGAN HIBRID BARU PATUH SYARIAH
KAK Fas jarang-jarang hadir ke majlis yang melibatkan soal ekonomi dan perdagangan terutama yang melibatkan sistem ‘block-chain’.
Tetapi baru-baru ini atas jemputan rakan blogger, Kak Fas turut hadir untuk mengetajui lebih lanjut apa yang dibicarakan pada majlis anjuran Al Ebreiz Global Capital Berhad yang membawa tajuk ‘The Future of Islamic Hybrid Finance (AladeenGold.com) atau jika dialihbahasa membawa maksud ‘Masa Depan Kewangan Hibrid Islam'.
Tetapi sebelum itu, seperti Kak Fas, korang pasti nak tahu kan apa sebenarnya fungsi, misi dan visi Al Ebreiz Global Capita Berhad ini?
Al Ebreiz Global Capital Berhad adalah organisasi berasaskan teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian kewangan hibrid Islam bertenaga blockchain dengan tujuan mengubah sistem ekonomi moden menjadi sistem kewangan Islam berdasarkan keadilan, kelestarian dan bebas faedah (Riba).
Diketuai oleh sepasukan perancang masa hadapan, Al Ebreiz yang baharu ditubuhkan pada tahun 2020 ini dan beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia mempunyai visi untuk menawarkan pelanggannya penyelesaian kewangan berkualiti yuang menguntungkan, selesa dan patuh syariah.
FOTO Kredit: Megat |
Visinya pula mahu menjadi sebuah organisasi berasaskan teknologi terkemuka, menyediakan penyelesaian kewangan hibrid Islam bertenaga blockchain ke dunia.
“Kami ingin memberi peluang kepada pelanggan kami dalam mencapai matlamat kewangan mereka mengikut prinsip kewangan Islam,” kata Encik Hamid Rashid (dua dari kanan) selaku Timbalan Presiden Teknologi Al Ebreiz Global Capital.
Turut hadir pada majlis memperkenalkan objektif Al Ebreiz serta pra pelancaran platform digital e-dompet, “AlaDeenGold’ terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutifnya Al Ebreiz, Encik Azam Dato Mohammad (gambar atas, dua dari kiri) serta Dr. Mohd Izwan Hussein (gambar bawah, penceramah Al-Ebreiz (Emas).
Di samping itu, majlis turut menyaksikan perjanjian (MoU) dimeterai bersama beberapa syarikat seperti antaranya Finterra dan UvendTech.
Wow! Jauh matlamat mereka tetapi tentu tidak mustahil kan?
Dengan perancangan untuk berkembang ke Singapura, Indonesia dan Timur Tengah, Al Ebreiz yakin mampu mencipta cara termudah bagi orang untuk berdagang dan memiliki emas fizikal tanpa sebarang kesulitan penyimpanan dan keselamatan fizikal iaitu melalui MTOG atau Musharakah Token Offering Gold).
“Dengan MTOG melalui e-dompet AlaDeenGold yang mewakili emas fizikal dan digunakan sebagai nilai pertukaran, pemegang token diberi hak milik emas sebenar di peti besi paling selamat di dunia bersama dengan penggunaan dompet digital dengan menggunakan teknologi blockchain,” jelas Hamid.
Menurutnya lagi, tujuan utama majlis yang berlansung adalah untuk memperkenalkan gelombang kewangan hibrid baru yang selaras dengan prinsip Islam.
“Kami menyediakan anda platform untuk memperdagangkan dan menyimpan emas fizikal dengan aplikasi mudah alih patuh Syariah yang mengubah cara anda membeli, menjual dan menebus,” ulangi Hamid.
Melangkah ke hadapan, Al-Ebreiz memberitahu, pihaknya mempunyai rancangan untuk memperkenalkan mata wang fizikal Dinar dan Dirhamnya sendiri yang diperbuat daripada emas dan perak.
Dagangan berasaskan emas itu dijalankan patuh syariah dan Islamik.
“Kami sasarkan projek yang ingin kami perkenalkan ini mampu memasuki pasaran global dalam tempoh 2 tahun,” harapannya.
Apa pun bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut dengan lebih terperinci boleh merujuk pada laman web rasminya di halaman INI.
#AlEbreizGlobalCapitalBerhad #AlaDeenGold #Blockchain #Dinar #Dirham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan