Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APA CERITA MILO ANDA? PELUANG MENANGI HADIAH!


SIAPA
tidak pernah minum MILO, minuman coklat malt ikonik yang popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya digemari kanak-kanak. Tahun ini, MILO meraikan ulang tahun ke-70nya di Malaysia dengan pelbagai aktiviti serta tawaran menarik. 


Malah, sebagai peneraju pembangunan sukan, MILO yang diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta padat dengan vitamin dan mineral penting, mahu terus menjadi keperluan seisi rumah serta pelengkap sarapan pagi rakyat Malaysia setiap hari.


Sehubungan itu, bagi meraikan ulang tahun ke-70 sekali gus menyambut musim Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia tidak lama lagi (16 September 2020), MILO melancarkan 'Konvoi Kebaikan MILO', iaitu jelajah konvoi van MILO vintaj - dari 1950an hingga reka bentuk terkini - ke seluruh negara sehingga 4 Oktober depan.


Perjalanan yang kini telah pun bermula bertujuan meneruskan kebaikan dan berkongsi keceriaan minuman MILO dari van MILO yang menyegarkan dan bertenaga untuk semua secara percuma.



Malah bagi merancakkan lagi fasa sambutan, MILO melancarkan Pekan MILO iaitu jerayawara yang menemui pengguna di Sunway Pyramid pada 2 September 2020 lalu.


Pekan MILO direka bentuk menyerupai sebuah pekan kecil Malaysia yang menyatukan semua kebaikan MILO masa lalu, masa kini dan masa hadapan.


Di Pekan MILO yang dibuka sehingga 6 September ini, memberikan pengunjung pengalaman seumur hidup untuk menggamit memori perjalanan 70 tahun MILO di samping meneroka sekilas gambaran masa hadapan jenama itu.


“Seiring dengan Nestlé, MILO telah membangun bersama Malaysia serta menyumbang kepada pertumbuhan negara sehingga  menjadi sebati dengan cara hidup masyarakat. Kami berbangga dengan warisan ini yang bukan sahaja membuktikan kebaikan khasiat MILO, malahan nilai-nilai murni yang dipupuk melalui sukan seperti kecekalan, kegigihan, keberanian dan semangat takkan gentar. Tahun ini sangat mencabar bagi kita semua, namun nilai-nilai ini telah mendorong kita untuk melangkah lebih jauh,” ujar Juan Aranols (gambar bawah, dua dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.



Sehubungan itu juga, Ng Su Yen (dua dari kiri) selaku Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO, Nestlé (Malaysia) Berhad menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan kebaikan bersama dengan berkongsi cerita atau kenangan indah mereka bersama MILO menerusi ‘Cerita MILO Saya’ di stesen radio HITZ, ERA dan MY FM. 


Penyertaan yang paling kreatif berpeluang memenangi tin MILO vintaj edisi terhad.


Menurutnya, sambutan 'MILO 70 Tahun di Malaysia' telah bermula sejak bulan Julai dengan ‘Peraduan MILO 70 Tahun Kebaikan Dalam 70 Hari’ yang akan berakhir pada 27 September. ini.


Peraduan berkenaan menawarkan peluang kepada lebih 900 peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM550,000.


Wow! Menarik cara MILO menghargai pelanggannya kan?


Apa pun jika nak tahu lanjut rentetan kisah-kisah menarik yang telah membentuk sejarah serta kebaikan MILO 70 Tahun di Malaysia, boleh layari laman web rasminya di www.milo.com.my.


Jadi, penggemar setia MILO cepat kongsikan pengalaman ‘MILO 70 Tahun di Malaysia’ anda di media sosial dengan #MILO70Tahun. 


Good luck!


#MILO #Nestle(Malaysia)Berhad #KonvoiKebaikanMILO #MILO70Tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan