Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AZAD KEPINGIN ANAK LELAKI? EIRA PASRAH?


PASANGAN
selebriti ini, Azad Jasmin, 44,  dan Eira Syazira, 36, sudah  9 tahun mendirikan rumah tangga bahagia dengan dikurniakan 3 anak perempuan kesemuanya melalui pembedahan. Adakah Eira akan terus berusaha memberikan seorang anak lelaki pula sebagai pewaris kepada suami tercinta?

“Memang Azad mahukan seorang anak lelaki tetapi buat masa ini saya tidak boleh mengandung lagi selama tiga tahun selepas melahirkan anak bongsu melalui pembedahan, “ ujar Eira yang ditemui di samping Azad selepas meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 di Dealova Place, Sunway Nexis malam tadi.


Apa pun, tambah Eira atau nama penuhnya, Syazira Shuhaimi,  beliau tidak pula mahu berhenti daripada berdoa dikurniakan anak lelaki walau pun akur hanya boleh mengandung selepas tiga tahun lagi.


Eira dan Azad yang berkahwin pada 16 September 2011 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuaya diakhiri dengan nama Rose  iaitu Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4, dan Areisya Suri Rose, 2 tahun.


#Throwback. Foto kredit IG @eirasyazuiraofficial.


Pun begitu, Azad yang berada di samping mendengar harapan Eira akui tidak merasa hampa jika Allah tidak mengurniakannya anak lelaki.


“Walau pun memang semua orang mahukan anak lelaki dan kami sentiasa berdoa agar dimakbulkan tetapi jika tidak kesampaian tidak mengapa, tiga puteri yang ada sekarang pun dah cukup menghiburkan saya,” akui Azad atau pemilik nama penuh Azad Jasmin John Louis Jeffri  ini.


Majlis ulang tahun berkenaan dicetuskan oleh Azad sebagai satu kejutan kepada Eira yang dirahsiakan  di mana ketibaan Eira pun ditutup matanya sehingga ke hadapan pintu gerbang Dealova Place.





Sebaik sahaja dibuka ikatan matanya, laungan ‘surprise’ memecah kesepian sekali gus pancaran ‘flash light’ dari kamera dihadapan memperlihatkan cahaya genangan air mata yang tiba-tiba terpancar tanpa dipinta.


“Apa ni….. “ terpacul perkataan pertama dari Eira yang benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya waima sebelum itu beliau hanya diberitahu oleh Azad akan membawanya ke jamuan ‘candle light’ dinner sahaja bagi meraikan ulang tahun mereka yang sebenarnya jatuh pada 16 September 2020.


Namun pada tarikh itu, Eira terlebih dahulu memberikan kejutan kepada Azad dengan membawa keluarga bercuti ke Langkawi.


Melawat Langkawi SkyCab ketika bercuti ke Langkawi... Foto IG Eira.


“Tak sangka pula hari ini Azad pula yang berikan kejutan kepada saya,” ceritanya sambil memberitahu, selama berkahwin selalunya beliau sahaja yang membuat kejutan bagi meraikan sebarang hari istimewa ahli keluarga.


“Patutlah semasa saya nak sambung cuti kat Langkawi, Azad tidak bersetuju malah kata dah buat tempahan ‘candle light’ dinner dengan menu istimewa jadi tentulah rugi. Kerana itulah saya ikutkan sahaja,” tambah Eira yang mengenakan baju 'lip lap' yang disediakan oleh Azad.


Menurutnya, Azad mengaturkan segalanya dari sesi bersolek, berdandan hingga kepada pakaian malam ini.



Dan lebih mengejutkan Eira apabila dihadiahkan satu set koleksi emas daripada Emas Rozita Ipoh bernilai RM15,000 berupa rantai, gelang, subang dan cincin.


Wow! Tentu sekali ulang tahun ke-9 ini sesuatu yang tidak akan dilupakan Eira sampai bila-bila kan? 


Menurut pasangan manja ini, majis begini selalu menjadi acara istimewa setiap 3 tahun ulang tahun perkahwinan mereka.




“Kami mempunyai tiga orang anak, jadi setiap tiga tahun baharulah kami mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan,” ujar Azad dan Eira yang disandingkan semula di atas pelamin rekaan Rass Deco dan disokong penaja Bobba Fitz dengan acara restu pengantin oleh keluarga diikuti acara memotong kek perkahwinan serba putih.


Turut hadir meraikan hari kebahagian mereka adalah pasangan suami isteri romantis, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin. bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus  serta penyanyi popular BBNU, Aiman Tino yang menyampaikan lagu ‘Cinta Luar Biasa’ bersama anak pelakon Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi.




Kak Fas: Tahniah Azad dan Eira, Semoga rumah tangga kekal abadi dan dianugerahkan seorang putera selepas ini. 

Percayalah, kehadiran cahaya mata perempuan tidak kurang kebaikannya waima sabda Rasulullah s.a.w memetik hadis Riwayat Al-Bukhari


“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”


Jadi alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan kan?




#AzadJasmin #EiraSyazira #Kejutan #UlangTahunPerkahwinan #Dealova



1 ulasan:

  1. Meriah majlis semalam. Teruja tengok Eira happy sangat-sangat dan terkejut. Tahniah Azad berjaya bagi kejutan istimewa ni

    BalasPadam