Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMU SELERA ARAB SAMBIL NIKMATI SUASANA 'ISTANA' DI HADRAMAWT PALACE BUKIT BINTANG


WOW! Patutlah nama restoran Arab ini  "Hadramawt Palace" (Istana Hydramawt), sekali pandang dan berada di dalamnya boleh melayangkan pemikiran bagaikan berada di sebuah istana di negara Arab gayanya.

Betapa tidaknya,  dekorasi dan desain 'istana hinggap' untuk menikmati makanan autentik dari Timur Tengah khususnya masakan Yemeni, Syria dan Lebanon ini yang dibina pada kos kira-kira RM1 juta memang cantik.

Tiada siapa yang melangkah masuk ke restoran ini tidak akan terlepas dari bergambar terutama pada bilik kenamaan (vip) yang mampu menempatkan seramai 8 pelanggan pada harga RM100 seorang ini.

Susun atur meja dan dekorasi dinding sepadan tidak syak lagi akan menggamit sesiapa sahaja yang melihatnya untuk mengambil gambar termasuklah Kak Fas sendiri yang tidak kurang 'menyusahkan' rakan blogger Reef bagi membantu 'snap' foto-foto dari pelbagai sudut hihi...

Khabarnya dinding pada bilik vip ini diukir khas pereka dalaman yang diterbangkan dari negara Arab. Memang unik dan 'worthy instagram'.


KAMI pun apa lagi mulalah sesi bergambar di bilik vip ni hihi...


Patutlah bila menjengah ke laman sosial Instagram @restoranhadramawtpalace mahu pun facebooknya, begitu banyak sekali foto-foto indah yang dirakamkan oleh pelanggannya.

Bila diamati rupanya ada satu babak dalam drama yang kini sedang popular di tv3, 'Pengantin Satu Malam' mengambil lokasi Hadramawt Palace yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini.

Antara artis yang terlibat ketika itu, kelihatan Norish KarmanAfifah Nasir, Sharifah Shahora, dan Farisha Irwayu. Pasti trending restoran Arab ni pas ni kan?

Apa pun bagi Kak Fas, inilah pertama kalinya melangkah ke Hadramawt Palace untuk menikmati hidangan menu Arab. Sejujurnya, selama ini Kak Fas yang bukan mempunyai selera luar daripada kebiasaan makanan lokal apatah lagi masakan Arab dan baharu pula tahu bahawa perkataan 'Hadramawt' itu adalah nama sebuah bandar di Yemen.

Selama ini apabila melintasi atau melihat wujudnya restoran Hadramawt sekitar Kuala Lumpur, Kak Fas fikir ia milik seorang peniaga sahaja tetapi sebenarnya bukan.

Nama 'Hadramawt' itu melambangkan restoran yang menghidangkan masakan Arab yang terkenal di Yemen dan bukan dimiliki usahawan yang sama gitu. Baharu lah faham...

Hadramawt Palace Bukit Bintang ini merupakan satu-satunya yang beroperasi di Kuala Lumpur yang diusahakan oleh Pengarahnya, Faris Abdul Rahman

"Kami mempunyai satu lagi cawangan di Melaka dan di Jakarta," ujar Faris ketika ditemui baru-baru ini.

Diusahakan bersama tiga rakan kongsinya, Hadramawt Palace rupanya sudah beroperasi sejak tahun 2011 dan menjadi satu-satunya restoran pilihan pelancong Timur Tengah mahu pun warga Kuala Lumpur melepaskan rindu masing-masing terhadap masakan Arab ini.

Keluasan restoran dua tingkat ini yang mampu menampung kira-kira 500 pelanggan sekali gus turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain seperti katering mahu pun bersedia menerima tempahan bagi majlis peribadi dengan minima pek seramai 100 orang.

Pada malam terindah, Kak Fas dan rakan-rakan dibawa ke Hadramawt Palace kami dihidangkan dengan menu popularnya seperti Nasi Mandy Kambing, Nasi Mandy Ayam dan macam-macam lagi lah. 


Lidah yang jarang diketemukan dengan selera Arab ini tiba-tiba rasa sesuai dan enak pula menikmati segala hidangan yang tersedia itu.

Paling Kak Fas suka Nasi Mandy Kambing yang cukup lembut dan apabila dimakan bersama sambal Arab emmm.. cukup menyelerakanlah!



Iya...tak sangka ia mampu membangkitkan selera Kak Fas terhadap masakan Arab ini malah apabila diberikan minuman khasnya iaitu limau bercampur 'mint' memang terbaik kerana ia mampu mengseimbangkan segala makanan yang dah masuk ke perut. Memang sedap minuman tu! Korang harus cuba.




Selain itu ada juga buah-buahan dan 'coctel hadramawt' sebagai pemanis mulut dan korang juga kena cuba minum teh Arab... sedap juga tau!

Lebih menarik, bagi mereka yang tidak boleh tinggalkan merokok, ada ruangan khas yang disediakan di mana mereka juga boleh menempah Hookah atau pun lebih dikenali sebagai Shisha.

Untuk yang belum tahu, Shisha merupakan satu alat yang direka bentuk bagi tujuan merokok tembakau berperisa yang dikenali sebagai tembakau shisha yang disedut melalui satu hos yang bersambungan dengan satu alat penyedut.

Kak Fas tidak dapat melawat bahagian atas kerana menurut Faris ia sedang di dalam pembinaan pengubahsuaian. Tentu lebih cantik nanti kan?

Seperti perniagaan lainnya, Hadramawt Palace turut terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara di mana selama tiga bulan restoran ditutup, mereka terpaksa beralih kepada pesanan secara atas talian dan konsep bungkus untuk dibawa pulang.


Kini, setelah beroperasi kembali, Hadramawt Palace tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh Peringtah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP).

Pelanggan yang hadir tidak ketinggalan melepasi kawalan merekod butiran serta suhu badan masing-masing.

“Di dalam restoran pula, susun atur meja ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja bagi memastikan penjarakan sosial dan pada masa yang sama hanya dua pelanggan dibenarkan duduk semeja dengan setiap meja disedakan cecair pembasmi kuman," ujar Faris.

Menurut Faris, tindakan itu perlu bagi memastikan pelanggan yang hadir berasa selamat untuk menikmati menu yang disediakan tanpa ragu-ragu.

Pun begitu, Faris memberitahu, konsep pek yang diperkenalkan mendapat sambutan hangat dan menjadi pilihan banyak syarikat korporat untuk pesanan kepada barisan petugas hadapan (frontliners) semasa tempoh PKP terdahulu.

"Kami menerima tempahan pek bagi minima 20 pek ke atas," tambah Faris. 

Sesungguhnya, bagi penggemar masakan Arab, Hadramawt Palace ini satu pilihan terbaik waima 'parking' pun mudah apatah lagi ketika menjamu selera pada suasana malam diterangi cahaya lampu berlatarkan paparan 'twin tower' di hadapan memberikan satu foto kenangan anda di sini nampak menakjubkan dan cantik. 

Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi Restoran Hadramawt Palace Kuala Lumpur di talian 03-21433333 atau cawangan Melaka di talian 062866662 atau layari Instagram: Hadramawt.palace.restaurant.

Kak Fas: Selamat menjamu selera!




#HadramawtPalace #MakananArab #Shisha #BukitBintang #MenuYemen




Tiada ulasan:

Catat Ulasan