Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILIKI WISMA MUTYARA, TYA ARIFFIN MENANGIS PECAH RAHSIA ?


SIAPA tidak mengenali Tya Ariffin, pelakon berasal dari Palembang, Indonesia yang kini sudah berhijrah ke Malaysia setelah mengahwini anak ketiga Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa, Asyraf Khalid sejak November 2015.

Walau pun namanya dalam bidang lakonan tidaklah sehebat Bunga Citra Lestari contohya waima kurang aktif berlakon namun pemilik nama sebenar Nurtria Wulandar, 26, ini tidak petah berdiam diri meskipun sudah bergelar isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih.

"Saya tidak betah duduk diam. Jujurnya pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya rasa seperti  hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo," luah Tya Ariffin ketika ditemui selepas majlis pelancaran Wisma Mutyara di Taman Perindustrian Puchong Utama, semalam.

Memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara diusahakan bersama suami, sesungguhnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.

Menurut Tya, luahannya itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat cuma beliau percaya kehidupan seseorang itu perlu diterokai dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh.

"Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan," ujar Tya sambil mengakui berkahwin dengan Asyraf memerlukannya banyak bersabar dan berkorban apatah lagi terpaksa berpisah dengan keluarga di Indonesia malah di saat itu juga mengubah drastik kehidupan dan kerjaya seninya yang sudah mekar di tanah kelahirannya sendiri.

“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami,' kenang Tya yang nampak tersentuh jiwanya apabila berbicara mengenai keluarga khusnya ibu dan ayah tercintanya.



Tanpa disedari, air matanya berlinang membasahi pipi kala bercerita soal keluarga yang dirindui dan lama tidak ditemui sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Saat itu, Kak Fas turut rasa tersentuh bagaikan dapat menyelami jiwanya yang amat merindui keluarga di Indonesia yang terakhir ditemui katanya ketika bersama-sama dipertemukan di kota Mekah saat mengerjakan umrah pada bulan Februari lalu. 

"Walau pun mereka tiada di sisi pada majlis penuh makna ini tetapi seluruh keluarga saya mahu pun keluarga Asyraf banyak memberi sokongan dan restu mereka. Itu sudah mencukupi," tambah Tya sambil mengesat air matanya yang tentu sekali bukan satu lakonan tetapi hadir tanpa diduga saat berbicara soal keluarga.


Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya berhijrah dan berkahwin dengan Asyraf ketika bibit cinta bersulam selama setahun berkenalan, membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulung mereka.

“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas," kata Tya.

Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari ibunya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna. 

“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat i apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.

Bagi Tya, menyelak kembali perjalanan hampir tiga tahun mengusahakan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri bukan satu kejayaan mudah.

Jika ikutkan semangat membara dalam diri, sejak awal fasa berniaga lagi, Tya sudah memasang cita cita untuk memiliki sebuah wisma sendiri.

Kini, seperti pepatah dari Indonesia berbunyi, 'tiada hasil yang mengkhianati usaha', Tya boleh tersenyum bangga kerana apa yang diimpikan menjadi kenyataan.


Memanjat rasa syukur atas rezeki yang diperoleh,Tya menarik nafas lega apabila melalui perniagaan Mutyara, beliau bukan sahaja boleh berbangga dengan  usaha kerasnya selama ini tetapi lebih bahagia apabila dapat membantu golongan wanita sepertinya untuk menjana pendapatan tambahan.

“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.

“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.

“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.

“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya.

Jika mahu diimbas, perniagaan Mutyara ini awalnya hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya.

Seterusnya berpindah ke lot pejabat di kawasan sama sekitar awal tahun. 

“Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan diri. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar kita sebuah erti kehidupan dan selok belok dunia niaga.



“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti. 

“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” tambahnya panjang lebar.

Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran tetapi yang lebih utama, kejayaannya itu berkat niatnya yang mahu membantu wanita khususnya suri rumah sepertinya memperoleh pendapatan sendiri.


Sepanjang perbualan, berkali-kali Tya menegaskan dalam mengharungi pahit manis  kejayaan berniaga banyak bergantung kepada niat utamanya iaitu membantu kaum wanita meraih pendapatan.

Kerana itu, Tya membuka peluang perniagaan produk Mutyaranya kepada stokis dan mengamalkan bisnes secara 'dropship' yang tidak memerlukan modal.

“ Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.

“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang, tambahnya.

Baru-baru ini Tya dan Asyraf menghargai dua staf mereka yang setia dengan pemberian kereta. (Rujuk LINK INI).

“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah,” Tya berbicara dalam loghat Melayu lebih daripada loghat Indonesia.

Sebagai manusia biasa, Tya dan suami juga percaya keberkatan itu juga datang atas posisi mereka sebagai anak dan hamba Allah.

“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarga di Indonesia. Begitu juga saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna,” katanya.

TURUT diadakan Majlis Maulid sebelum pelancaran Wisma Mutyara bersama Dato K.

Tya kini juga turut bertindak menjadi pembimbing mereka yang mahu berjinak jinak menjadi usahawan Mutyara.

“Alhamdulilah sejak enam bulan lalu saya juga bertindak menjadi mentor membimbing usahawan Mutyara tanpa latarbelakang perniagaan menjana pendapatan tanpa modal.

“Ada antara mereka yang mampu membuat pendapatan sampingan mencecah RM100,000 sebulan dengan menjual rangkaian produk Mutyara. 

“Saya kalau boleh nak tarik lagi golongan sebegini termasuk suri rumah untuk terus meningkatkan taraf hidup. Di tambah dengan situasi pandemik Covid 19 ramai yang terkesan. Tapi kita boleh ubah semua itu dengan sertai kami di Mutyara sebagai stokis dan  dropship,” ulanginya membuka peluang kepada wanita yang berminat.

Bagi Tya biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, wanita ini  juga tidak malu mengakui pernah gagal.

“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri. 

“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk.

“Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” tambah Tya yang turut mempunyai perancangan untuk melebarkan sayapnya ke pasaran Indonesia tahun hadapan.

Setekat ini, produk Mutyara mempunyai 6,000 ahli yang terdiri daripada stokis serta dropship, mendapat sambutan hangat di Singapura malah turut menerima tempahan dari luar negara seperti pelanggan dari Australia dan rantau Asia.


Menurut Tya, jus kesihatan ini terlebih dahulu dipasarkan dalam format botol namun mempunyai perancangan untuk membekalkannya dalam bentuk sachet bagi memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja mereka berada. 

"InsyaAllah, saya akan lancarkan packaging terbaharu Mutyara dalam bentuk sachet dijangka pada bulan Disember nanti," harapan Tya.

Jadi jika korang berminat dan mahu berkongsi rezeki bersama Tya bolehlah mendapat bimbingan aktres dan  usahawan muda ini waima anda tidak perlu keluarkan modal sekali pun.

"Mereka bagaimana pun perlu menghadiri kelas bimbingan selama tiga hari seminggu dan setelah yakin bolehlah mula berniaga dan memperoleh komisyen hasil jualan," jelas Tya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mutyara.com atau klik https://bit.ly/2Q5nJ2h untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan dibimbing bersama Mutyara atau  boleh menghubungi talian 0182789277.

Kak Fas
: Tahniah Tya dan Asyraf. Seronok dengar Tya bercakap Melayu lebih dari Indonesia kerana katanya sejak berkahwin suaminya mahu beliau bertutur dalam loghat Bahasa, jadi lidah pun dah terbiasa. Selama ini bagi apa sahaja produk atau supleman, Kak Fas enggan mencubanya tetapi mungkin kali ini akan cuba rasa sesudu dua setelah disyorkan oleh Tya sendiri untuk mengambilnya. Kata Tya, ia sesungguhnya jus kesihatan yang terbaik untuk wanita dan memberikan tenaga kerana bahan-bahan yang digunakan adalah herba-herba tradisional nenek moyang kita dahulu kala.


#TyaAriffin #AsyrafKhalid #Mutyara #Stokis #Dropship #JusKesihatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan