Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEK SUKAN ASTRO KEMBALI SIAR LIGA PERDANA INGGERIS


DARI Kiri: Pengacara Reem Shahwa & Adam Carruthers bersama Euan Smith dan CK Lee serta kelihatan Gary Neville dari England di skrin belakang.
 


BAGI peminat sukan yang sudah lama tidak menyaksikan perlawanan bola sepak gara-gara pandemik COVID-19 pastinya  teruja dan gembira mendengar yang ASTRO akan kembali dengan pek Sukan Astro bermula 12 September 2020 ini dengan membawa liputan kesemua 380 perlawanan  Liga Perdana Inggeris secara langsung.

Sebagai syarikat penyiaran rasmi Liga Perdana secara eksklusif di Malaysia, peminat bola sepak berpeluang menyaksikan acara sukan terbesar di dunia itu melalui kaca telivsyen dan aplikasi Astro Go.

Betapa tidaknya, setelah mengambil 30 tahun untuk meraih gelaran juara Liga Perdana, Liverpool kini menjadi sasaran utama bagi pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea untuk musim 2020/21, di mana pasukan Jurgen Klopp berjuang untuk mempertahankan takhta mereka. 

Jadi sudah  tentu, dengan kemunculan semula siaran langsung acara sukan Liga Perdana, pelanggan tidak akan lagi ketinggalan untuk menonton siaran langsung dengan aplikasi Astro GO dan strim program Liga Perdana secara eksklusif melalui On Demand pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.


Lebih menarik, Astro membawa tontonan bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan Ultra Box dan Jalur Lebar yang menawarkan siaran perlawanan secara langsung dalam 4K UHD yang tiada tandingannya.

“Kami sedar bahawa ketika mengharungi situasi global terkini, adalah penting buat kami di Astro untuk terus berusaha mencari kaedah baharu agar dapat kekal berhubung dengan pelanggan dan peminat sukan secara maya. Kami lihat, terdapat ruang dalam segmen pembangunan sukan, justeru kami berusaha untuk memacu pendapatan dan nilai di ruangan-ruangan digital ini dengan memperhebatkan inisiatif-inisiatif baharu,” ujar Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro pada media di majlis pengumuman acara Liga Perdana dengan Pek Sukan Astro di Sunway Pyramid baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri bersama CK Lee selaku Ketua Bahagian Sukan Astro menyaksikan wawancara eksklusif secara maya bersama bekas pemain bola sepak Inggeris bagi pasukan Manchester United, Gary Neville, 45, dari England.

GARY Neville. Foto Kredit The Telegraph.

Bercakap lanjut, Euan Smith memberitahu, dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro dengan berbesar hati dapat sekali lagi menyajikan pelanggannya dengan acara sukan global terbesar seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara lain termasuk Formula 1, Moto GP, UFC, NBA dan banyak lagi. 

Pendekata, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai tontonan lebih tinggi dan fleksibel dengan adanya peluang memilih untuk menambah Pek Sukan dari mana-mana Pek Starter, yang membolehkan peminat menonton acara sukan global di sebelas (11) saluran berdefinisi tinggi. 

Jelas Smith, pelanggan perlu gabungkan Ultra Box dengan Jalur Lebar Astro untuk membolehkan mereka berinteraktif dan berupaya untuk menstrim kandungan menerusi on demand.

Selain itu tambah Smith, pengalaman baharu Astro juga merangkumi Rakaman Awan dan antaramuka pengguna baru yang lebih lancar di semua skrin peranti, cadangan kandungan yang lebih baik berdasarkan latar belakang tontonan sukan pilihan penonton, permainan dari awal semua perlawanan langsung dan kebolehan untuk merakam beberapa siaran langsung acara sukan pada satu masa yang sama. 

Liga Perdana, dengan kerjasama Astro, akan melancarkan kempen anti-cetak rompaknya yang pertama, ‘Boot Out Piracy’. 

Kempen pengiklanan itu akan dijalankan di seluruh platform digital bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kualiti tontonan yang telah dikompromi serta risiko yang bakal dihadapi oleh peminat ketika menonton perlawanan menerusi platform-platform yang distrim secara tidak sah dan menyalahi undang-undang seperti malware dan ransomware, yang sering menyebabkan kecurian dan penipuan data.

Sementara itu, CK Lee mengumumkan Astro turut menawarkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang seperti acara ‘Meet & Greet’ secara maya bersama pemain bola sepak dan penganalisis Liga Perdana.

“Selain itu, nantikan pesta menonton secara langsung bersama pengacara Astro Supersport di mana terdapat peluang untuk memenangi barangan eksklusif,” tambah Lee.

Jadi peminat sukan semua, bolehlah ikuti perkembangan Liga Perdana dan acara sukan dengan 500 jam program sokongan seperti Fanzone, The Kelly & Wrighty Show, Premier League Daily, program pra- perlawanan, penganalisisan selepas perlawanan dan sorotan perlawanan. Juga, dapatkan berita dan temubual terkini di Stadium Astro.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pek Sukan Astro, layari www.astro.com.my. 

#ASTRO #PekSukan #OnDemand #LigaPerdana #PremierLeague #Liverpool

Tiada ulasan:

Catat Ulasan