ZAFESHA BUKA PELUANG 'RESELLER' JANA PENDAPATAN TANPA MODAL
SUDAH 10 perniagaan yang diusahakan dengan modal permulaan RM15,000, namun rezeki pasangan usahawan suami isteri, Afizam Abdul Aziz dan Siti Aisah Muhamad Hamim ini tidak menjadi waima kerugian ratusan ribu ringgit.
Namun keduanya tidak mengenali erti penat lelah bahkan menjadikan kegagalan itu sebagai semangat untuk terus bangkit.
"Masa mula-mula berniaga kami tidak fokus dan tidak belajar selok belok perniagaan malah menganggap cara perniagaan sendiri melalui talian sudah cukup kuat. Tapi kami silap," cerita Afizam yang merupakan bekas penjawat awam manakala Siti Aisah pernah bekerja sebagai jururawat.
Kini, selepas mengharungi pelbagai cabaran dan setelah lahirnya produk kecantikan yang fokusnya kepada wanita selepas usia 30-an sejak tiga tahun lalu, baharulah nampak sinar cahaya di hujung terowong yang gelap selama ini.
Sudah tentu segalanya berkat kesabaran dan usaha terus menerus pasangan anak jati Felda Redong, Segamat, Johor ini.
Bagaikan rezeki datang bergolek, usahawan bersama Zafesha Networking & Marketing Sdn Bhd ini mungkin juga tidak sangka yang mereka kini bukan sahaja telah menikmati hasil jualan sehingga berjuta ringgit tetapi mampu juga berkongsi rezeki dengan 'reseller' yang aktif memasarkan produk kecantikan mereka di bawah label Zafesha Simply, khususnya ZS Foundation.
"Kini, dengan pelantikan penyanyi Datin Alyah, kami sasarkan untuk mempunyai kira-kira 5,000 reseller melalui jualan kaedah 'dropship' menjelang akhir tahun, " ujar Afizam kepada media ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan Alyah sebagai wajah baharu Zafesha Simply Foundation (ZSF) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya baru-baru ini.
Majlis sama turut menganjurkan The New Conquerer oleh Sifu Jamal, Siful Fbads untuk ejen berdaftar termasuk sesi ramah mesra antara duta dan barisan staf malah diserikan juga dengan nyanyian Alyah serta Hael Husaini.
Dan lebih menarik, bukti kejayaan Zafesha sudah tentu terang lagi bersuluh apabila tidak lama lagi anda berpeluang menatap 30 billboard tambahan yng dirancang terpampan di tepian lebuh raya Utara-Selatan.
Hebat kan, sebab khabarnya lebih kurang RM1 juta diperuntukkan untuk papan tanda gergasi itu yang memaparkan wajah pesona Alyah bersama Siti Aisah mempromosikan produk ZSF.
Apa pun, persoalan yang mungkin ramai ingin tahu kenapa memilih Datin Alyah kan?
“Personaliti beliau sebagai wanita aktif, sentiasa terdedah kepada UV dan
pencemaran lain dan sentiasa memerlukan pelindungan kulit wajah turut
menjadi faktor utama,” jawab Siti Aisah Muhammad Hamim sambil menambahkata usia penyanyi itu bertepatan dengan produk yang dibuat khusus bagi wanita berusia 35 tahun ke atas.
Menurut bekas jururawat itu, perlantikan Datin Alyah sebagai duta adalah untuk tempoh 12 bulan sesuai dengan target atau kumpulan sasaran pengguna Zafesha Simply untuk memancing 5,000 keahlian.
Tetapi apa yang membuatkan isteri kepada maestro terkenal, Dato Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram ini menerima pelawaan dari Zafesha?
"Saya bersetuju untuk mencuba produk ini sebab ia satu produk organik dan kedua sebab selepas mencubanya hampir 2 bulan ia mampu menyegarkan kulit saya yang kering malah sentiasa kelihatan lembap dan bermaya bagaikan bidadari baru bangun tidor," ujar Alyah sambil memberitahu Tok Ram pun nampak 'cahaya segar' pada wajah bangun tidornya sambil ketawa kecil.
Kak Fas dapat lihat penampilan wajah Alyah kini nampak berseri dan bersih dan pasti juga kerana wajahnya disirami air wuduk seraya hatinya pun dah bersih kan?
Menurut Alyah, sebagai peniaga juga, beliau tidak mahu menipu pembeli dan kerana itu perlu mencuba sesuatu produk terlebih dahulu sebelum bersetuju menjadi duta wajah Zafesha.
Zafesha Simply (ZS) Foundation dengan dua kod warna diformulakan khas untuk solekan biasa dan digunakan secara harian oleh wanita berumur 35 tahun ke atas.
"Ia juga merupakan bedak yang boleh membantu
mengurangkan jeragat dengan penggunaan kerap dan mempunyai
kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan sijil
halal daripada Jakim," ujar Siti Aisah.
Sebagai perniagaan dalam talian yang ditumpukan kepada kaedah 'dropship' yang tidak memerlukan modal Zafesha Marketing. membuka peluang kepada orang ramai khususnya suri rumah yang mahu menambah pendapatan untuk berdaftar sebagai ejen.
"Kami akan memberikan mereka sokongan pemasaran melalui iklan d radio, akhbar dan TV dan sentiasa mengekalkan kualiti produk," jelas Aizam.
Menurutnya, antara kelebihan menjadi ejen Zafesha ialah jenama ini ada kepakaran dengan memberi latihan secara dalam talian,
kelebihan menjual iaitu komisyen tinggi dan harga tetap (tiada dominasi harga) iaitu RM80 sekotak dan RM85 bagi Sabah/Sarawak.
Nak tahu lanjut mengenai produk boleh layari Website HQ Zafesha :
http://zafeshasimplyhq.com. atau jika nak daftar sebagai 'reseller' boleh melakukannya melalui laman 'Pendaftaran dropship' ini melalui laman web:
https://kliksini.my/BantuSayaJanaIncome-
Kak Fas: Wah! Tahun hadapan Zafesha nak hadiahkan kereta Proton X50 kepada 'reseller' paling tinggi capaian jualannya. Tahun ini nilai paling tinggi adalah RM810,290. Tahniah kepada semua yang mencapai sasaran masing-masing.
#ZafeshaFoundation #Alyah #HaelHusaini #ZafeshaNetworkingMarketing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan