AL-IKHSAN BANTU KPDNHEP PULIH EKONOMI, SERTAI KEMPEN JUALAN GAYA HIDUP
SEBUT sahaja nama rangkaian kedai Al-Ikhsan, siapa yang tidak kenal kan?
Syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan dan berkait rapat dengan arena sukan dunia ini sudah tentu tidak perlu diperkenalkan apatah lagi setiap tahun menghargai pelanggannya melalui jualan murah pada karnival sukan tahunan malah baru-baru ini juga telah melancarkan edisi jersi terbaharu dua kelab bola sepak terkenal iaitu ManUnited dan Liverpool.
Terbaharu, sebagai menyahut seruan kerajaan sempena Program Jualan Malaysia (PJM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia sertai meraikan bulan Sukan Negara yang disambut pada 10 Oktober ini, Al-Ikhsan mengadakan jualan besar-besaran sehingga Disember 2020 ini melibatkan 135 cawangannya di seluruh negara.
Wow! Pelanggan Al-Ikhsan seperti Kak Fas tentu tidak mahu melepaskan peluang begini apatah lagi dalam tempoh COVID-19 ini, ekonomi yang tidak kukuh memaksa kita berjimat cermat ya tak?
Majlis pelancaran kempen disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di kedai Al-Ikhsan Sports, Pusat Membeli-belah My Town, Cheras Khamis lalu.
Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla yang mengiringi Menteri melakukan sepak 'gol' sebagai gimik tanda perasmian.
Bertemakan kempen 'Jualan Negaraku Selamat dan Aktif' bagi memberi nilai terbaik kepada rakyat Malaysia untuk terus berbelanja sekali gus membantu menjana semula ekonomi negara, harga 'value for money' yang ditawarkan pada produk jualan di premis Al-ikhsan,sesuatu yang tidak harus dilepaskan.
Meninjau ruang kedai, Kak Fas turut teruja dengan potongan harga pada hampir kesemua jenama sukan terkenal seperti Adidas, Puma, Umbro, Nike, AL, Lotto dan banyak lagi. Kira rabun mata juga lah nak memilih mana satu berkenan di hati.
Apa pun, seperti kata Vach Pillutla, setiap produk jualan di Al-Ikhsan mampu diterjemahkan sebagai satu motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat sejajar dengan tema yang digunapakai.
"Kami percaya dengan aktif bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat negara akan selamat dan rakyatnya pula terpelihara dari penyakit berbahaya," ujar Vach Pillutla ketika ditanya berhubung tema yang diketengahkan.
Tidak hairan lah Al-Ikhsan mengambil langkah pro aktif dengan menghasilkan cecair pembasmi kuman dalam botol kecil berharga cuma RM1.50 sahaja.
"Saiznya yang kecil memudahkan sesiapa sahaja menyimpannya di dalam bag tangan atau poket sekali pun di mana mereka boleh sentiasa bersihkan tangan," tambah Vach sambil menghadiahkan set pembasmi kuman itu bersama pelitup muka kepada Datuk Alexander.
Sementara itu, Datuk Alexander yang menyuarakan ucapan penghargaannya kepada Kumpulan Al-Ikhsan atas kesudian mereka menyokong usaha Kerajaan menjana semula ekonomi negara berharap ramai lagi di kalangan pihak swasta mencontohinya.
"KPDNHEP mensasarkan penjualan mampu mencecah RM100 bilion menjelang akhir tahun sepanjang tempoh kempen beli produk Malaysia dan jualan mega dilancarkan sejak Julai lalu," ujar Alexander Nanta Linggi.
Sehubungan itu, kata Alexander Kementerian mengalu-alukan rakyat Malaysia amnya dan pencinta sukan dan riadah khususnya untuk berbelanja dan menyokong menjana ekonomi negara serta terus aktif bersukan agar Malaysia terus kekal sihat dan selamat daripada wabak COVID-19.
Kak Fas: Jom kita sambut bulan Sukan Negara pada Oktober ini bertepatan dengan 'Jualan bertemakan Gaya Hidup' dengan berbelanja di Al-Ikhsan. Berbaloi wang ringgit yang dibelanjakan tau! Rugi kalau tak beli!
#KempenBeliBaranganMalaysia #JualanMega #Al-Ikhsan #SukanNegara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan