Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GO SHOP TAWAR HADIAH LUMAYAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-6



SIAPA di sini suka membeli-belah dalam talian? Pasti ramai yang suka kan, apatah lagi dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat ini di mana lebih baik kita ‘go shop’ dalam talian ya tak?

Dan bagi mereka yang sering membuat pembelian melalui peneraju perniagaan e-dagang khususnya melalui  ‘GO SHOP’, sudah tentu tahu, platform yang bersiaran setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin sudah pun 6 tahun kewujudannya.

Justeru, sempena menyambut ulang tahun ke-6 nya itu, ‘GO SHOP’ menganjurkan kempen #GoShopGreaterTogether sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka, dengan tawaran dan diskaun istimewa dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020.


“Tahun ini, Go Shop menunjukkan perkembangan dan kami telah mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 38% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu. Tambahan pula, kami juga telah meningkatkan bilangan pelanggan kami sebanyak 31% sejak tahun lalu kepada 2.6 juta pelanggan. Kami berharap dapat melihat trend ini kekal berterusan, “ ujar Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Dr. Grace Lee ketika ditemubual secara virtual selama sejam bersama  para media terpilih tengah hari tadi.  Turut hadir hos Go Shop, Hai Chyi dan Datuk Aznil Hj Nawawi.

Seperti kata Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, inilah pertama kali bagi dirinya tetapi kali kedua bagi Kak Fas menyertai satu sidang media secara maya mengikut norma baharu demi mengikut perintah SOP yang disyorkan Kerajaan, 

Kali pertama Kak Fas layan acara virtual ketika sidang media ‘The House - Ezurin Khyra’  minggu lalu.

Memang rasa sedikit ganjil waima tidak dapat merasakan keseronokannya jika berada di lokasi sebenar tetapi sudah tentu memudahkan kerana segalanya boleh dijayakan di hujung jari sahaja, tak perlu nak bersiap sedia, naik kereta, cari parkir dan sebagainya. Duduk sahaja di hadapan komputer atau pegang telefon bimbit untuk berhubung, lebih senang kan?

Apa pun, yang penting Kak Fas nak bagitahu, Go Shop telah menganjurkan ‘6th Anniversary Live Party’ hari ini (31 Oktober) di mana selain Pak Nik turut bersama hos-hos dan selebriti tempatan lain ialah  Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal




Sambutan berkenaan telah distrim melalui kesemua platform Go Shop termasuk ‘Facebook Live’ dan ‘YouTube Live’. 

Pelanggan-pelanggan menikmati tawaran eksklusif ulang tahun sepanjang satu hari, seperti Beli 1 Percuma 1, Potongan Harga sehingga 50% dan Hadiah Bonus Percuma untuk beberapa perkakas rumah yang paling laris, peralatan dan barangan dapur, kecantikan dan produk-produk digital.

Wah! Habat dan untung kan beli satu dapat percuma satu, boleh hadiahkan kepada ibu bapa atau tersayang ya tak?

"Dengan asas yang kukuh untuk perjalanan transformasi digital kami, Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat ke 3 kategori pembelian tertinggi di Go Shop”,  sambung Dr. Grace lagi.

Menurutnya, Go Shop komited dalam  menyokong perniagaan tempatan  mengharungi situasi mencabar sepanjang tempoh pandemik COVID-19 di mana  salah satu daripada usaha mereka adalah membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) dan Mikro-PKS merangkumi eBazaar semasa musim Hari Raya lalu.

Menariknya sempena meraikan ulang tahun ke-6 ini lagi, kempen ‘Go Shop 6th Anniversary’ akan menampilkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 31 Oktober hingga 13 Disember 2020. 

Pelanggan boleh menikmati Tawaran Mingguan Eksklusif, Potongan Harga sehingga 60% dan Produk di bawah RM60

Di samping itu, Go Shop memberikan kupon bernilai RM600,000 di mana pelanggan dapat menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.



Sementara itu, di aplikasi mudah alih Go Shop, pelanggan dapat mengambil bahagian dalam permainan mudah ‘Tap & Win’ untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000 di mana dari 1 November – 12 Disember, 166 pemain terbaik setiap minggu akan memenangi hadiah.

Pelanggan juga dapat menikmati potongan harga eksklusif apabila mereka melakukan pembelian secara dalam talian dengan GrabPay, Standard Chartered dan Public Bank sepanjang tempoh kempen ini. 



Di samping itu, mereka dapat menyertai Peraduan ‘Spend & Win’ dengan kerjasama GDEX dari sekarang hingga 25 November dan berpeluang memenangi sebuah TV 85” dengan Sistem Teater Rumah dan banyak lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM60,000.

Jadi jangan lupa tau, ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro (saluran 118), (saluran 120) dan (saluran 111) untuk siaran Bahasa Malaysia atau (saluran 303) untuk siaran Bahasa Mandarin.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ‘Go Shop 6th Anniversary’ dan pelbagai tawaran lain dengan melayari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). 

Kak Fas: Moh! Kita Shopping ya….Happy Besday #GoShop.



#GoShop #GoShop6thAnniversary #GoShopGreaterTogether #Tap&Win #ASTRO 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan