Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NUFIYA EMPIRE SASAR JUALAN RM4j, KEAHLIAN CAPAI 5,000 ORANG. BAGAIMANA?


DALAM situasi ekonomi negara masih belum kukuh dan ramai yang terkesan dek kerana wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, hidup perlu diteruskan tak gitu?

Langkah syarikat Nufiya Empire Sdn Bhd, meneruskan perniagaan dengan melancarkan produk baharu mereka, 'King Kaffe' harus dipuji dan dijadikan contoh bahawa perjuangan harus diteruskan demi membantu ekonomi negara kembali cerah.

Malah dengan seruan Kerajaan melalui kempen 'Beli Barangan Malaysia', pelancaran produk begini tepat pada masanya untuk rakyat sama-sama membantu produk lokal berbanding luar negara yang belum tentu sahih halal toyibannya.

'King Kaffe' yang baharu sahaja dilancarkan dalam sebuah majlis bertemakan 'glitter & glam' di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson baru-baru ini menyaksikan pengasasnya, Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn Bhd, Yaya Suhaimi turut menyuarakan hasrat beliau mengajak orang ramai  terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya.

“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.

“Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 sales sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi surirumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelas Yaya ketika meraikan kira-kira 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan avangersnufiya pada majlis pelancaran itu.

Mereka diberikan penghargaan khas  berupa hadiah, trofi dan juga sijil penghargaan atas sokongan padu mempromosikan jualan 'King Kaffe'.

Mesti korang nak tahu kan apa keistimewaan King Kaffe ini yang mampu menjana kira-kira RM2.6j kepada syarikat Nufiya ini?


King Kaffe, dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki.

Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini mempunyai sijil pengkelasan makanan dan dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP. 

"Produk ini lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP. Antara kelebihan King Kaffe adalah dihasilkan untuk membantu masalah dalaman lelaki dan meningkatkan tenaga, " tambah Yaya. 


“Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan, tetapi sebanyak 5,000 set telah terjual, dimana mereka membuat pembelian lebih awal. Doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna," harapan Yaya yang turut ditemani suami tercinta yang banyak memberikan sokongan, Muhd Fikri Ahmad Roshdi.


Bersama pasangan ini sebaga tetamu kehormat adalah sifu kepada Yaya iaitu Najib Assaddok dan isteri. Najib merupakan  seorang sosial media 'trainer' dan pengasas Momentum Internet Sdn Bhd.

Jadi, jika ada yang membaca entri ini dan  ingin menyahut tawaran Yaya untuk menjadi agen dan sebagainya, apa kata baca lanjut jawapan-jawapan pada persoalan jatuh bangun dan cabaran yang dirasai Yaya ketika sesi temubual di bawah ini... kut kut ia mampu menambahkan lagi keyakinan korang untuk bersama berkongsi rezeki dengan Nufiya Empire.


1. Bagaimana tercetus idea untuk menghasilkan King Kaffe?

King kaffe dikeluarkan setelah ramai para isteri mengatakan bahawa suami juga ingin merasakan kopi sedap dari Nufiya seperti ladyes coafee. Ramai juga para suami yang meminta untuk Nufiya keluarkan minuman pracampuran khas untuk dalaman lelaki kerana mereka mudah mengalami masalah cepat letih.

2. Boleh ceritakan serba sedikit pengalaman manis, getir sepanjang berbisnes?

"Pengalaman paling getir pada 2019 dimana kita berjalan tanpa arah tuju, belum jelas dengan matlamat yang nak dicapai, sampaikan sale mula stuck. Masalah dengan pengurusan stock, team in house berhenti kerja 24jam. Dalam keadaan berpantang pulas kena uruskan semua sendirian. Buat bisnes tanpa ilmu membuatkan banyak melakukan kesilapan. Agen, stokis satu per satu tinggalkan Nufiya. Sale 6 angka tetapi salah costing membuatkan cashflow tercekik  namun  pengalaman paling manis mula muncul satu per satu pada tahun 2020 ni. Yaya kembali untuk menuntut ilmu bersama sifu Najib Asaddok, alhamdulillah Allah gantikan dengan in house team yang memahami dan ringan tulang. Nufiya juga terpilih untuk memenangi Global Halal Excellence Award 2020, terpilih dalam jenama pilihan pa&ma 2020 dan Nona Superwoman 2020. Bukan itu saja, Nufiya juga berkolaborasi bersama hospital yang besar. Sale Nufiya mula meningkat dan pecah record iaitu RM2.6 juta setakat Ogos.


3. Pencapaian NUFIYA EMPIRE SDN BHD setakat ini. Bilangan agen dan lain-lain?

Pencapaian Nufiya setakat sekarang sudah melahirkan 5 orang kapten berasal dari suri rumah yang tiada income dan kini memecah record sale 6 angka - 7 angka dan mrempunyai 2,500 orang agen/dropship bersmaa Nufiya.

4.Harapan Yaya?  

Harapan Yaya untuk tahun 2020 adalah untuk capai jualan iaitu RM4 juta dan melahirkan 5, 000 orang suri rumah/wanita untuk bangkit dan berjaya memiliki income sekurang-kurangnya 4 angka sebulan dan bantu lebih ramai ibu menyusu simanja sehingga 2 tahun.



5. Kelebihan join ejen atau stokis?

Dengan sertai Nufiya, kelebihan jadi avengersnufiya bukan saja mudah untuk tambah income, tetapi Nufiya ada tawarkan insentif kelahiran dan kematian untuk avengersnufiya. Setiap RM1 boleh ditukar kepada 1 point . Boleh kumpul point dan redeem reward tanpa target setiap bulan. Jadi bermula dari dropship, cepat lambat boleh merasai reward dari hq. Untuk bulan Januari lalaiu. Nufiya juga taja avengersnufiya bercutike Langkawi secara percuma. Lucky draw setiap bulan.

6. Pesanan pada yang berminat?

Bagi sesiapa yang nak keluar dari kehidupan yang kerap meminjam wang, jom kami bantu. Bermula dengan 'dropship' tak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi seorang jutawan. Kerana saya dulunya juga seorang dropship dan surirumah . Begitu juga kapten Nufiya yang turut bermula dari dropship.

Bagaimana berminat? Dah tak sabar nak cuba dan tambah pendapatan?

Nak tahu lanjut layari laman webnya di www.nufiya.com atau facebook (https://www.facebook.com/nufiyabreastfeeding/) dan instagram (https://www.instagram.com/nufiyahq/.


Kak Fas: Dapat rasakan semua yang hadir pasti 'enjoy' habis apatah lagi pengacaranya, Fiza Freezy yang terkenal bijak mencuit hati hadirin dengan gayanya yang spontan dan menghiburkan.


#Nufiya #KingKaffe #Dropship #YayaSuhaimi #NufiyaEmpire #FizaFreezy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan