Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUMPAH NAIM DANIEL NAKAL. BETOI KE?


SIAPA
tidak mengenali Naim Daniel dalam dunia lakonan dan nyanyian kan?


Dalam usia muda masih 23 tahun, Naim telah membuktikan keunggulannya dalam industri hiburan waima pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin ini mampu mengalahkan nama-nama besar apabila dinobatkan Juara dalam Anugerah Juala Lagu ke-34 dengan lagu popularnya, ‘Sumpah’.


Apa pun, Naim Daniel sememangnya dikenali dengan sifat bertenaga dan nakal selain dari bakat besarnya. 


Kini, Naim bakal tunjukkan sejauh manakah kenalakannya di drama Lestary: 'Lelaki Lingkungan Cinta' yang akan bersiaran bermula 21 Oktober 2020 di TV3. 


Drama adaptasi novel nukilan Lily Haslina Nasir  itu akan bersiaran di TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam.


Menariknya,  drama ini juga merupakan ‘debut’ Cik B dalam dunia lakonan, bergandingan dengan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita Che Wan, Syazuwan Hassan dan Rozita Che Wan. 


Korang kenal kan siapa Cik B? Alah anak usahawan kosmetik terkenal 

Datuk Seri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tu. Nanti kita tonton bagaimana lakonan Cik B kan?



Sinopsis:


Lelaki Lingkungan Cinta ini mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang. Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan pelbgai 'pickup-line' digunakan untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang 'over protective' iaitu Zambri (Ismail Izzani).


Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu. Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran kreatif Adib untuk mengenakan Esya.


Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya? 


Dapatkan jawapan persoalan-persoalan ini di 'Lelaki Lingkungan Cinta', setiap hari Rabu hingga Jumaat bermula 21 Oktober 2020, pada pukul 9 malam, di TV3.


Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production di bawah arahan Emi Suffian.



#LelakiLindunganCinta #NaimDaniel #CikB #DatukVida #AnugerahJuaraLagu34

Tiada ulasan:

Catat Ulasan