TOMOK, AINA ABDUL DITEWASKAN ROOKIE AISHA RETNO & ALIF KADIM. BIAR BETOI?
WOW! Pada konsert pertama, ‘Vokal Mania’ sudah menyaksikan dua rookie tewaskan dua idol.
Malah idol yang ditewaskan itu bukan calang-calang artis lak - Aina Abdul dan Tomok. Hebat tu kan?
Pentas sulong yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam semalam (25 Oktober 2020) menyaksikan penyanyi yang mempunyai vokal mantap, Aisha Retno menumpaskan Tomok manakala Alif Kadim kalahkan artis yang diketahui ramai mempunyai suara hebat, Aina Abdul.
Pendekata, sebaik sahaja tirai konsert dibuka dengan persembahan Aisha Retno, Kak Fas dah agak vokalnya yang mantap tidak akan menandingi suara Tomok yang dikatakan ‘playsafe’ ketika menyampaikan lagu ‘Jangan Kau Mimpi’ oleh juri tetap, Yusry Abdul Hamid.
Tidak hairan jugalah Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno turut memenangi 'Rookie Star Award' yang pertama.
Tenggelam suara Tomok dibuat Aisha Retno.
Begitu juga, Aliff Kadim yang berbekalkan suara dan bakat besarnya, siapa sangka dapat menumpaskan Aina Abdul ketika persembahan duet mereka pada lagu ‘Takkan Terlerai’.
Baik Misha Omar mahu pun Yusry sukar memberikan keputusan waima melihat kedua-duanya hebat namun sudah tentu dengan kemampuan Alif Kadim menyanyi sehebat Aina, sudah tentu usahanya itu perlu diberikan kredit dan memilih beliau sebagai pemenang merupakan satu keputusan bijak dibuat Yusry.
Dua idol lain, Lan Solo dan Indah Ruhaila pula berjaya menewaskan Rookie yang mencabar mereka, Wafariena dan Tuah Adzmi.
Kehebatan suara Lan Solo mahu pun Indah Ruhaila membuatkan Wafariena dan Tuah Adzmi tidak ‘bertuah’ apabila tewas ketika masing-masing berduet dengan idol dengan lagu ‘Kita Insan Biasa’ dan lagu ‘Dirgahayu’.
Untuk pengetahuan korang, format program ‘Vokal Mania’ ini yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) yang berpengalaman.
Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100% oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.
Walau bagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania.
Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70% daripada undian awam, dan 30% daripada penilaian juri tetap.
Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata.
Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan.
Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing dan menangi wang tunai dari hadiah terkumpul bernilai RM80,000.
Wah! Lumayan tu hadianya. Untunglah sesiapa yang menjuarainya nanti.
Apa pun, jika korang terlepas episod pertama, nantikan episod kedua 'Vokal Mania' di kaca televisyen pada 31 Oktober nanti.
Siapakah Idol yang yang akan dicabar oleh Nuha Bahrin, Daniesh Suffian, Razak A’ai dan Fiera?
Saksikan 'Vokal Mania' setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3!
'Vokal Mania' ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my.
Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3Malaysia.
Untuk info lanjut waima penonton juga boleh rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan #vokalmania.
#VokalMania #Yusry #MishaOmar #Tomok #AinaAbdul #LanSolo #IndahRuhaila
Tiada ulasan:
Catat Ulasan