Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

XIAOMI PERKENAL TEKNOLOGI GAYA HIDUP PINTAR BERSAMA SIRI MI M10 T


DAH
 lama Kak Fas tak dengar cerita mengenai jenama telefon pintar Xiaomi ini. Jadi bila mendapat undangan untuk ke majlis pelancaran model terbaharunya sudah tentulah Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang itu.

Apatah lagi bila mendapat tahu majlis akan berlangsung di sebuah hotel yang juga lama Kak Fas tidak berada waima tiada majlis yang dianjurkan di Equatorial Hotel berkenaan.


Majlis pelancaran dan memperkenalkan model terbaharu dari Xiaomi iaitu Mi 10T Pro dan Mi 10 T berlangsung meriah walau pun di bawah SOP yang ketat.

Di situ,  pertama kalinya juga seluruh anggota Kak Fas disembur asap sebelum memasuki dewan di mana acara berlangsung. Memang terbaiklah!

Lebih menarik apabila menatap dan mendengar penerangan Presiden Wilayah Asia Tenggara, K.M.Leong berhubung keistimewaan kedua-dua peranti terbaharu dari Xiaomi itu.

Terpegun Kak Fas mendengarnya, sebab ia agak lain dari yang pernah Kak Fas saksikan sebelum ini waima harganya pun tidaklah semahal jenama terkenal sekarang ini.

Dengan hanya membayar RM1,999 untuk Mi 10T Pro dan RM1,699 bagi Mi 10T, pemiliknya berpeluang menikmati pelbagai sepesifikasi yang menarik malah mungkin tidak dapat ditandingi di kelasnya.

"Mi 10T Pro dan Mi 10T dicipta untuk memberikan penggunanya rasa terindah dalam segala aspek. Ia adalah peranti pada peringkat 5G yang dirancang untuk menggegarkan status quo pasaran telefon pintar global dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik.

"Prestasi pembuatannya tanpa kompromi dengan reka bentuk elegan dan keupayaan inovatifnya membuktikan komitmen Xiaomi untuk menawarkan pelanggannya di Malaysia dan peminat Mi  satu pengalaman unggul yang mampu memperkasakan kreativiti mereka," ujar Leong.

Nak tahu apa maksud Kak Fas bolehlah korang beralih ke ruang muka 'Product/Tech' (KLIK SINI) untuk membaca spesifikasinya secara lebih terperinci ya.


Apa pun, bersama pengumuman kedua-dua telefon pintar Xiaomi siri Mi, majlis turut memperkenalkan produk lain di bawah jenama sama iaitu  jam pintar pertama Xiaomi, Mi WatchMi True Wireless Earphone 2 Basic, Mi Smart Electric Toothbrush T500, Mi Air Purifier Pro dan Mi Robot Vacuum-Mop P yang kesemuanya dikategorikan untuk 'smart living' atau cara hidup gaya pintar.

Memang inovatif sangat produk daripada Xiaomi ni. Pendekata, semua yang diperkenalkan memang sesuai untuk gaya hidup pintar pada era teknologi moden terkini.

Lebih istimewa, bertepatan dengan kehidupan norma baharu sekarang di mana SOP perlu dititikberatkan dalam segala perkara, siri Mi M10 T tidak ketinggalan dilengkapi aksessori anti bakteria terutama sekali pada casingnya.

Khabarnya, setiap telefon pintar yang kita guna boleh dicemari bakteria sehingga 6,000,000 CFU/cm2 berbanding jenama Xiaomi yang mampu menyekat bakteria dengan kemungkinan dicemari pada kadar rendah iaitu 0.63 CFU/cm2 sahaja.

Kak Fas: Teruja juga nak cuba guna Mi M10 T ini apabila ia berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Fotografinya memang cantik.

#Xiaomi #MiM10TPlus #MiM10T #telefoninovatif #Sokong5G #AntiBakteria




Tiada ulasan:

Catat Ulasan