ANITA BIKERS BERLIBUR DI D'TEMPAT COUNTRY CLUB, SENDAYAN SAMBIL BERKEMPEN
SEMPENA kempen ‘Safe Ride & Go Green’, Kelab Anita Bikers yang dipimpin Anita Yusof terus meneruskan misi tanggungjawab sosialnya dengan membawa 100 ahlinya menjelajah ke D’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan bagi majlis minum petang baru-baru ini.
Anita Yusof yang selama ini terkenal dengan program ‘Santai Selebriti Media’ dikenali ramai sebagai seorang wanita besi yang tidak mengenal erti putus asa walau pun berdepan pelbagai cabaran dalam apa jua perancangannya.
Malah, baharu sahaja bangkit daripada berdepan masalah kesihatan melibatkan ‘mahkotanya’ perlu menjalani pembedahan namun sedikit pun tidak menghalangnya untuk meneruskan tanggungjawab sosialnya, khusus kepada Kelab Anita Bikers Malaysia.
Ini terbukti daripada beberapa jelajah yang telah disempurnakan waima pada siri ke-48 baru-baru ini Anita membawa sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tingginya ke majlis minum petang selain acara cuti2 ke D’Sora dan D’Tempat.
Tetapi bukan sekadar untuk berkumpul, berseronok dan makan minum sahaja tau tetapi Anita tidak ketinggalan menyelitkan sesi bicara santai bersama penajanya, Jean-Michael Kok (gambar bawah, kanan) selaku Ketua Hospitaliti D’ Tempat Country Club tersebut dengan mengetengahkan topik kesedaran mengenai soal keselamatan, pengendalian serta tunggangan motosikal yang betul.
Michael Kok yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman tinggi dalam bidang itu memberi pelbagai panduan kepada penunggang motosikal yang hadir.
Mereka terbabit terdiri daripada gabungan ANITA Bikers Bodyguards, Motor Escort Team, Gabungan Melaka Group (GMB ), Benelli Owners Group dan Gabungan Perak Bikers.
Iyalah, sebagai bikers, mereka perlu disedarkan juga mengenai ‘do’s and dont’s’ demi keselamatan diri dan juga orang ramai ketika menunggang ya tak? Jangan sekadar nak tahu laju sahaja waima tidak menghiraukan soal keselamatan di jalan raya.
Di samping menerima maklumat berguna itu, kesemua hadirin turut menyaksikan pelancaran dan promosi kad penyertaannya, ANITA Protex Cards.
Tentu korang nak tahu kan apa istimewanya kad Anita Protex ni?
“Kad ini menawarkan harga diskaun pembelian dan pembayaran yang cukup ekonomi, sekali gus memberi manafaat kepada semua pihak, dalam usaha membantu warga kerja dan individu di pelbagai sektor perniagaan pada musim wabak ini,” ujar Anita Yusop selaku pengasas Kelab Anita Bikers.
Menurutnya, selain menawarkan harga diskaun pembelian dan pembayaran ia juga memberi manafaat kepada kalangan pendokong perniagaan industri pelancongan dan sektor lain.
“Secara tidak langsung, membantu kalangan peniaga dan usahawan di bidang perhotelan dan pelancongan yang terkesan oleh pandemik Covid-19,” tambah Anita.
Dan sambungnya lagi, penggunaan kad diskaun itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perniagaan di samping memulihkan ekonomi semasa ahli.
Wah! Apa lagi…. jika anda seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi apa kata join Kelab Anita Bikers ni, sambil jelajah boleh beli barang dengan harga diskaun lagi gitu!
Khabarnya, kelab sedang dalam perancangan mengaturkan program ‘Rentas Borneo’ bertujuan mengembangkan lagi sayapnya melalui kempen terbaru bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia, sebagai ikon Tabung Hari Pahlawan 2020-2021.
“InsyaAllah, selepas negara bebas dari COVID-19 dan dibenarkan rentas negeri/negara saya akan realisasikan jelajah ‘Rentas Borneo’,” akhiri Anita penuh harapan.
Kak Fas: Nasib baik tak pandai tunggang motor kalau tidak dah join ni. Apa pun tetap tunggu program 'Santai Selebriti Media' yang dah lama tak kesambungan huhu... bila lagi Anita.. anjurlah lagi lepas habis COVID-19 ni ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan