Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MALAYSIA GONDOL DUA ANUGERAH UTAMA ACES 2020


DUA usahawan tempatan terkenal Malaysia, Tan Sri Datuk G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd., dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando's Chickenland Malaysia and Singapura, Mac Chung Lynn berjaya menggondol dua daripada tiga kategori utama dalam Anugerah Kelestarian & Kecemerlangan Korporat Asia (ACES).


Hartawan industri perkapalan Malaysia Tan Sri Datuk G. Gnanalingam(gambar atas, kanan), itu dianugerahkan Usahawan Tahun 2020, bagi kepimpinan beliau yang berwawasan dalam menguruskan satu-satunya pelabuhan milik persendirian di Malaysia.


Pemberhentian seketika dalam pertumbuhan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya telah memberikan Westports masa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan fasa penambakan tanah pada kos yang lebih kompetitif untuk perluasan Terminal Kontena gergasinya.


Sementara itu, bagi Mac Chung Lynn (kiri) pula, beliau  menerima anugerah Usahawan Wanita Tahun 2020 bagi kepimpinannya dalam pertumbuhan minda, kemampuan membuat keputusan yang berani serta pemahaman perniagaan yang kukuh.


Setelah memulakan kerjayanya dalam bidang seni bina, Chung Lynn kembali ke Malaysia dari United Kingdom untuk membantu keuarganya memulakan perniagaan francais Nando’s.


Selepas dua puluh satu tahun, syarikat terbabit telah berkembang menjadi rangkaian kedai makan yang berjaya di seluruh Malaysia dan Singapura.


Malah, di bawah hala tuju Chung Lynn, Nando’s Malaysia telah setakat ini berkembang dengan 78 restoran di seluruh Malaysia dan 9 restoran di Singapura.


Dan pada kategori ‘Juara Industri Tahun 2020’, Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan Kenanga Investment Bank Berhad adalah dua syarikat Malaysia yang
diumumkan berjaya.



Mereka antara 14 syarikat Malaysia  lain yang berjaya ke pusingan akhir termasuk Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd; Etika Holdings Sdn Bhd; Dell Global Business Center Sdn Bhd; D Jungle People Sdn Bhd; Kumpulan RAMSSOL; Berjayapak Sdn Bhd; Suria Capital Holdings Berhad  dan Yayasan Amal Budimas.

ACES 2020 adalah tahun yang luar biasa bagi perniagaan dan syarikat Malaysia, dengan jumlah calon kedua paling ramai selepas Filipina.


Terdapat 420 calon dan 150 finalis dari Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Taiwan, Laos, Myanmar, Kemboja, Bangladesh, Vietnam, dan Sri Lanka yang terlibat. Malaysia berada pada kedudukan kedua dengan 59 penyertaan berbanding Filipina 61 dan Thailand 51.



Tahun ini juga menyaksikan calon dari 4 negara baru iaitu Maldives, Arab Saudi, Jerman dan Amerika Syarikat.


“Akibat penularan pandemik Covid-19, ketua eksekutif syarikat perlu mengenal pasti cara baru untuk menjalankan perniagaan. Inilah yang dilakukan mereka yang memenangi Anugerah Kelestarian & Kecemerlangan Korporat Asia (ACES) kali ini,” ujar Shanggari B, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS, sebagai penganjur ACES kepada media melalui persidangan secara virtual yang berlangsung selama sejam 20 minit petang semalam. (10 November 2020) dihoskan Anne Edwards.



Turut bersama secara virtual adalah Hemant K. Batra, Pengerusi Kehormat Anugerah ACES; Dr. Jayanti Desan dan Luis Bueno Nieto selaku anggota juri dan beberapa pemenang anugerah terlibat. 


Menurut Shanggari, pada tahun fiskal ini, fokus kebanyakan syarikat telah bertukar daripada mementingkan keuntungan kepada cara bagaimana untuk bertahan dan meneruskan operasi perniagaan masing-masing.


“Apa yang kita nampak ialah ketangkasan yang diperlukan dalam kepimpinan korporat kini, dengan kebanyakan ketua eksekutif syarikat melaksanakan strategi pengurusan yang drastik supaya perniagaan mereka boleh dikekalkan,” Shanggari Balakrishnan berpendapat.


Jelasnya lagi, apa yang membezakan tahun 2020 daripada tahun-tahun terdahulu ialah kesukaran akibat penularan pandemik yang dihadapi syarikat, organisasi dan ketua eksekutif yang dicalonkan ACES.


Bercerita lanjut, Shanggari melahirkan sedikit rasa kecewa apabila edisi ke tujuh majlis penganugerah ACES yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada tahun ini, setelah Singapura menjadi tuan rumah sejak bermulanya ACES pada 2014, dan selepas itu di Bangkok pada 2019 ,tidak dapat direalisasikan gara-gara penularan pandemik yang melanda seluruh dunia.


“Ini adalah kekecewaan yang besar bagi saya, terutamanya kerana kami mengalu-alukan barisan pemenang yang cemerlang pada malam itu, tetapi nampak gayanya terpaksa ditunda ke tarikh lain,” luah Shanggari.


Pun begitu, beliau melahirkan rasa bangga apabila terdapat peningkatan dalam jumlah calon biarpun berdepan ujian pandemik COVID-19.


“Seperti yang dijangkakan, terdapat peningkatan dalam jumlah calon, dan kecekalan mereka diuji oleh keadaan terkini ketika penularan pandemik Covid19,” jelas  beliau pada ucapan aluannya kepada lebih kurang 22 media dari Malaysia termasuk Filipina yang menyertai sidang media virtual berkenaan.



Kiri atas: Pang Yee Beng, Pengarah Urusan dari Dell Technologies Malaysia diumumkan pemenang 'Outstanding Leaders in Asia bersama Khalid Alvi, CEO Etika Holdings (Pepsi) (gambar bawahnya) dan Shamsuddin Mohamed Yusof, COO Kumpulan CTRM iaitu Composite Technology Research Malaysia. (kanan).


Walau pun majlis anugerah tidak dapat diadakan sehingga jumlah jangkitan di seluruh dunia menunjukkan penurunan, majlis kecil-kecilan yang dirancang penganjur dan dihadiri pemenang serta calon anugerah daripada beberapa negara individu (Kuala Lumpur, Manila, dan Bangkok) akan tetap diadakan bagi membolehkan pemenang belajar dan menjalin rangkaian antara satu sama lain.


“Kami sedang merancang apa yang boleh dianjurkan apabila keadaan membenarkan supaya kelestarian ACES dapat terus bernafas biar pun dalam masa-masa yang sukar ini,” akhiri Shanggara B.


Keputusan penuh ACES Awards 2020 yang diumumkan secara online.


Kak Fas: Nampak gayanya Kak Fas pun perlu ikut tugasan cara norma baharu sebab ini kali ke-2  join sidang media virtual sebegini. Tahniah kepada semua pemenang. Ikuti rakaman sidang media penuh di bawah ini:



#ACES #WestportsMalaysia #CowayMalaysia #NandosChickenLand  #MORS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan