MENANGI HADIAH LUMAYAN, SERTAI PERADUAN FOTOGRAFI TOURISM MALAYSIA-OPPO
APAKAH anda seorang pemilik telefon pintar berjenama OPPO dan suka pula melancong?
Jika jawapannya ya, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM129,000 melalui pertandingam fotografi “Be A RENOgrapher’. Tetapi jika and bukan pemilik OPPO pun anda masih berpeluang merebut hadiah tersebut. Bagaimana caranya?
Tourism Malaysia bersama OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia kini berkolaborasi bersama dalam melancarkan pertandingan fotografi tersebut bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar mereka sekali gus memupuk minat fotografi.
Peraduan terbahagi kepada empat kategori berbeza meliputi subjek ‘Clearly Your Best Night’, ‘Clearly Your Best Portrait’, ‘Clearly Your Best Creativity’ dan ‘Clearly Your Best Landscape’.
'Clearly Your Best Night' memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret.
Di bawah kategori 'Clearly Your Best Creativity', peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala 'Clearly Your Best Landscape' memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.
“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal,” ujar Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, sambil berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang selamat buat semua pelancong.
Malah bagi Pengurus Produk OPPO Malaysia, Ray Wong sebagai penganjur bersama, beliau turut berharap melalui RENO, pihaknya dapat memberi inspirasi, mendorong dan menyerlahkan bakat terpendam para pengguna dalam bidang fotografi.
“OPPO sentiasa berusaha dalam menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini demi kemudahan para pengguna, termasuklah kecanggihan kamera di telefon pintar kami," tambah kata Ray Wong.
Teruja tak? Jadi, bagaimana cara untuk menyertainya? Sila lihat di bawah ini:
Bagi pengguna OPPO:
Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.
Langkah 2: Guna apa sahaja jenis telefon pintar OPPO dan pastikan anda aktifkan watermark OPPO untuk mengambil gambar.
Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 3 hashtag
#BeRENOgrapher
Hashtag nama modal telefon pintar OPPO anda (contoh #OPPOReno4Pro)
Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.
Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.
Bagi bukan pengguna OPPO:
Langkah 1: Pilih tema yang diminati. Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.
Langkah 2: Ambil gambar dengan telefon pintar anda. Pastikan watermark ditutup.
Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 2 hashtag #BeRENOgrapher
Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.
Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.
Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, lapan pemenang hadiah cemerlang dan empat pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher.
8 Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 2 Januari 2021.
Para peserta juga boleh mengambil bahagian menerusi platform rakan kongsi, di mana pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Reno4 Pro manakala bukan pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Enco W31.
1 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih dari setiap platform rakan kongsi, yang akan diumumkan di platform masing-masing. Rakan kongsi yang mengambil bahagian antaranya Digi, China Press, Berita Harian, Era FM, Astro Gempak, Kuala Lumpur Photography Festival (https://klpf.com.my/oppo/), Zing Gadget dan Technave.
Peserta diberi peluang untuk menghantar penyertaan sebanyak mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah mingguan di samping memenangi hadiah-hadiah utama, di mana pemenang mingguan akan menikmati percutian bernilai RM500 di destinasi terpilih di seluruh Malaysia.
Bagi Kumpulan Pengguna OPPO, pemenang akan ditawarkan penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di Port Dickson, Kuching, atau Kota Kinabalu manakala pemenang dari Kumpulan Pengguna Bukan OPPO akan menerima penginapan dua hari 1 malam untuk dua orang di Port Dickson, Johor, atau Melaka.
Sepanjang tempoh peraduan, OPPO juga akan menganjurkan bengkel fotografi secara mingguan menerusi Facebook Live, yang akan dikendalikan oleh juri-juri peraduan ini.
Bengkel fotografi ini akan membincangkan setiap kategori peraduan termasuk demonstrasi dan petua yang akan dikongsikan oleh para juri yang berpengalaman.
Peserta yang menghantar penyertaan mereka akan mendapatkan kod promo eksklusif untuk siri Reno terpilih.
Sah dari 18 November 2020 hingga 13 Disember 2020, kod promo ini memberikan diskaun sebanyak RM100 untuk siri OPPO Reno4 dan RM50 untuk siri OPPO Reno3. Terhad untuk 100 penebusan pertama, diskaun ini adalah atas dasar layan dahulu.
Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, boleh layari laman web rasmi di https://oppomy.com/BeRENOgrapher
#BeARENOgrapher #OPPOMalaysia #PeraduanFotografi #TourismMalaysia #Hadiah
Wow, hadiahnya menarik. Memang lumayan
BalasPadam