Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NABILA TIADA 'PELUANG KEDUA' SERTAI SFMM35 MALAM AHAD INI?



MALAM
ini akan bermulanya episod separuh akhir pertama Muzik-Muzik ke-35 di mana 11 lagu akan bersaing untuk ke pentas final.

Nak tahu lagu apa yang bertanding malam ini (20 November 2020) sila lihat carta di bawah ini:

Tak sabar kan nak tonton. Begitu pun dalam kerancakannya timbul khabar berita yang pasti menyedihkan peminat penyanyi bernama penuh Nur Nabila Mohd Razali atau lebih popular dikenali dengan nama pentasnya, Nabila Razali.

Penyanyi dan pelakon muda berusia 28 tahun ini khabarnya terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan apabila gilirannya bakal berlangsung pada malam Ahad di episod ketiga dan terakhir SFMM35 pada 22 November 2020.

Melalui kenyataan akhbar yang diedarkan pengurusnya, Ash, beliau mengumumkan kesihatan Nabila tidak mengizinkannya untuk melakukan persembahan lusa.


Keputusan itu jelas Ash dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu 'Peluang Kedua', Hael Husaini & MFMF.

Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun Nabila dinasihatkan berehat dalam jangka masa yang panjang sebagai jalan terbaik untuknya.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” tambah Ash.

Tambah Ash, pihak mereka masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk membawakan 'Peluang Kedua' dan sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” akhirinya.


Video kredit: Ikmalif Music.

#TRIVIA SFMM35


  1. Lima lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mika Chan tercalon dalam Muzik Muzik Separuh Akhir 35: X Not Missing You, Kau Sakiti, Panggung, I Want You To Love Me dan Sebentar

  2. Naim Daniel kembali untuk merebut trofi AJL buat tahun kedua dengan lagu Sembah dan Adakah Engkau Menungguku, 

  3. Setelah gagal ke AJL tahun lalu dengan lagunya Bidadari, Ismail Izzani juga kembali ke SFMM dengan lagunya Hello bersama Andi Bernadi, yang merupakan kali pertama buatnya.

  4. Aina Abdul kembali untuk buktikan kebolehannya mendapat tempat sebagai salah satu pemenang AJL35 dengan lagunya Semalam.

  5. Stacy Anam dan Akim Ahmad tampil di pentas SFMM buat pertama kali sebagai suami isteri dengan lagu mereka Aku Kau dan Muzik

  6. SFMM 35 turut membariskan penyanyi yang mempunyai lebih dari satu lagu seperti Stacy, Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel, Stacy, Yonnyboii, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.

  7. Lagu ciptaan sulung novelis dan peguam, Siti Rosmizah, Aku Bidadari Syurgamu yang juga merupakan lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku turut bertanding dalam SFMM35.

  8. Merupakan SFMM pertama dianjurkan tanpa penonton serta komposer dan penulis lirik demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu musim pandemik Covid-19.

  9. SFMM35 ini juga dianjurkan selama tiga hari berturut-turut dan tidak tiga minggu seperti tahun-tahun lalu.

  10. Komposer dan penulis lirik bakat baharu tanah air, Yonnyboii tercalon dalam SFMM35 buat kali pertama dengan dua buah lagu ciptaannya sendiri dan satu lagu bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja'a, Tuju.


 #SFFM35 #MuzikMuzik35 #NabilaRazali #SeparuhAkhirPertama #PeluangKedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan