ANAM 2020 MENGORAK LANGKAH KE PERSADA DUNIA MARTABAT NASYID
11 Anugerah, 8 Penyampai dan 10 persembahan bakal menyerikan malam Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) yang semakin menghampiri kemuncaknya pada 27 Disember 2020 ini yang akan disiarkan secara langsung tanpa penonton di TV1 pukul 9 malam.
Acara bersejarah anjuran Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) di bawah pimpinan Presidennya, Muhammad Razin Che Mad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020 itu turut mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala RTM dipilih sebagai penyiar rasmi.
Selain itu, ia turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM), Yayasan Taqwa-MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat – MAIWP sebagai rakan strategik ANAM 2020.
“ANAM 2020 adalah permulaan bagi mengorak langkah mengangkat dan memartabatkan lagu-lagu nasyid ke persada antarabangsa dengan cara lebih sistematik supaya kelak ia setidak-tidaknya boleh setanding dan diterima ramai sebagaimana pengaruh K-Pop,” ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam ucapannya yang diberikan secara maya pada majlis sidang media ANAM 2020 yang berlangsung di Marina Putrajaya baru-baru ini.
Menurut beliau, berikutan penganjuran ANAM 2020 tahun ini, ada perancangan untuk menganjurkan Anugerah Nasyid Antarabangsa Malaysia tahun hadapan dengan matlamat menjadi satu produk antarabangsa yang bukan sahaja boleh dimenangi di Malaysia bahkan boleh meraih kejayaan besar di Anugerah Grammy, yang merupakan anugerah paling berprestij dalam industri muzik.
"Kita juga bercadang menganjurkan Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia tahun hadapan sebagai langkah awal menghimpunkan artis-artis nasyid baharu dan lama sejajar dengan status Malaysia sebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di persada dunia, " sambung Muhammad Razin.
Begitu pun, sebagai acara yang julung kali di adakan menutup kalendar 2020, ANAM telah menerima 585 penyertaan bagi 9 kategori yang dipertandingkan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Susunan Muzik Nasyid Terbaik, Vokal Nasyid Terbaik , Rakaman Lagu Nasyid Terbaik, Video Muzik Nasyid Terbaik , Artis Nasyid Pilihan, Artis Nasyid Baru Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan.
Manakala 2 lagi kategori iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah pula adalah anugerah khas yang dikhususnya kepada individu atau kumpulan yang telah memperoleh pencapaian tertinggi yang dinilai oleh panel khas yang dilantik Jawatankuasa Penganjur ANAM 2020.
KUMPULAN HIJJAZ dan Rabbani (atas) antara yang tercalon top '8'.
Selain itu, 3 kategori undian peminat turut diperkenalkan meliputi Artis Nasyid Pilihan, Artis Baru Nasyid Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan.
8 finalis bagi setiap kategori telah disenarai pendek untuk diundi oleh para peminat masing-masing bermula 17 Disember 2020 di laman sesawang www.anam.my atau lebih mudah KLIK DI SINI.
Bagi 6 kategori yang dinilai oleh juri professional pula, 3 finalis bagi setiap kategori akan diumumkan pada 21 Disember 2020 selepas berakhirnya proses penjurian oleh barisan juri professional.
Senarai finalis bagi kategori tersebut adalah seperti berikut:
ARTIS NASYID PILIHAN |
ARTIS NASYID BARU PILIHAN |
ARTIS NASYID NUSANTARA PILIHAN |
1. Fitri Harris 2. Hijjaz 3. Inteam 4. Rabbani 5. Rabithah 6. Raihan 7. The Helmis 8. UNIC |
1. Aniq Muhai 2. Ashabul Kahfi 3. Darwish 4.Farhatul Fairuzah 5. Farred Zane 6. Fuad Ko 7. Lutfan 8. Zayne |
1. Ar Redhuan - Brunei 2. Farn Farhan - Thailand 3. Nissa Sabyan - Indonesia 4. Nur Firdaus - Brunei 5. Sufi Jamal - Singapura 6. Syakir Daulay - Indonesia 7. Tasnim - Singapura 8. Wildarn - Thailand |
Malam kemuncak ANAM 2020 yang akan dihoskan oleh pengacara popular Farah Fauzana bersama artis nasyid terkenal Hafiz Hamidun akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisaan artis nasyid popular tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers dan Inteam.
Malah tidak ketinggalan. diundang pelantun lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’, Dato Jamal Abdillah dan artis-artis baharu seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Colour of Voices dan ramai lagi.
Antara selebriti yang bakal tampil di pentas ANAM 2020 sebagai penyampai anugerah pula adalah Altimet, Dato Nash, Along Exists dan IM Ashraf.
Siapa agaknya pilihan artis nasyid kegemaran anda? Segalanya terjawab pada 27 Disember ini melalui TV 1, jam 9 malam ya!
Untuk info lanjut boleh layari laman web www.anam.my atau instagram anam.my serta facebook Anugerah Nasyid Malaysia.
Artikel berkaitan boleh juga baca DI SINI.
#ANAM2020 #Nasyid #FestivalNasyidAntarabangsaMalaysia #Grammy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan