Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AVON TAMPILKAN SOLEKAN TAHAN LAMA DISEBALIK PELITUP MUKA



JENAMA
AVON tidak perlu diperkenalkan lagi. Dah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir ke mana-mana acara atau pelancaran AVON waima PR yang dikenali khabarnya sudah penamatkan perkhidmatan.

Apa pun terbaharu, Kak Fas dapat tahu Avon melancarkan produk Avon True Power Stay, koleksi alat solek kekal lama yang tahan haba, peluh dan kelembapan. 


Koleksi ini terdiri daripada penyamar noda, cecair asas, pewarna bibir, maskara dan penggaris mata yang diformulasi untuk memastikan solekan kekal selesa dan segar walaupun dalam keadaan berpelitup muka sepanjang hari. 


Pelancaran ini sejajar dengan Watch Me Now, penjenamaan baru yang mencerminkan Avon hari ini - inovatif, berani dan inklusif; di mana posisi baru ini juga meraikan inovasi produk Avon yang terus berkembang bagi memenuhi trend kecantikan dan keperluan pengguna masa kini.


“Avon ingin terus dekat di hati pengguna sepanjang masa, jadi kami menyediakan produk yang bersesuaian dengan rutin harian mereka. Dengan pelancaran koleksi Avon True Power Stay ini, pengguna pasti mengecapi hasil ‘kekal lama’ tersebut. 


"True Power Stay dihasilkan dengan formula kalis air dan peluh yang unik. Ia bertahan dalam cuaca panas, peluh, kelembapan, serta geseran dari pelitup muka, yang kini menjadi keperluan harian kita.” – kata Julianne Ang, Ketua Pemasaran, Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd.


“Produk rangkaian Avon True Power Stay memberikan pengguna solekan mengujakan yang mudah digunakan, dan kami akan terus berinovasi agar pengguna kami dapat memiliki solekan yang sesuai dengan perubahan gaya hidup mereka, tanpa kompromi.”  tambahnya lagi.

 

Avon True Power Stay merangkumi lima (5) produk yang menawarkan ‘Tampak Bak Baru Dipakai’ sepanjang hari iaitu: 


AVON TRUE POWER STAY 18 HOURS CONCEALER

  • Avon True Power Stay 18 Hours Concealer menutup garis halus, lingkaran gelap di bawah mata dan cela dengan mudah. Formulasi bebas minyaknya tahan haba, peluh dan kelembapan yang berpanjangan. Penyamar noda berkemasan ‘natural’ ini memberikan hasil tanpa kilauan (matte). Ianya selesa, ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Harga: RM20.90 & RM24.05 (Sabah & Sarawak).

AVON TRUE POWER STAY 24 HOURS FOUNDATION

  • Avon True Power Stay 24 Hours Foundation mempunyai 4 rona berperlindungan SPF10. Ia dirumus untuk memadan dengan pelbagai warna kulit, dan kalis dari comot dan kelembapan. Cecair asas ini memberikan kemasan ‘matte’ natural dengan liputan hebat yang mampu bertahan sepanjang hari. Rumusan ringannya membenarkan kulit bernafas, dan turut menawarkan perlindungan sinaran matahari. Ia mudah disapu dan diratakan ke seluruh wajah. Harga RM49.90 & RM57.40 (Sabah & Sarawak).
AVON TRUE POWER STAY 16 HOUR LIP COLOR

  • Hanya satu lapisan Avon True Power Stay 16 Hour Lip Color diperlukan untuk penampilan rona pekat dan sekata yang tidak akan mencomot sesudah ia kering. Kesemua 7 rona menghasilkan kemasan ‘matte’ tanpa membuat bibir berasa tidak selesa. *93% pengguna bersetuju Lip Color ini tidak meluntur dengan mudah setiap kali selepas makan. Harga RM34.90 & RM40.15 (Sabah & Sarawak). *Kajian oleh Home Tester Club pada 29/9/20 hingga 2/11/20, di mana 252 ahli menerima dan menguji AVON True Power Stay 16 Hour Lip Colour di rumah.
AVON TRUE POWER STAY 24 HOUR WATERPROOF VOLUME MASCARA
  • Dihasilkan menggunakan teknologi ‘Color Lock’ yang menyalut setiap helaian bulu mata dengan formula ultra-hitam bagi penampilan bulu mata yang lebih tebal. Teknologi ini mengandungi kolagen, protein dan asid amino, dengan tekstur licin dan berkrim yang menjadikan bulu mata terasa lembut, fleksibel serta bebas gumpalan. Rekaan berus berbulu pendek dan panjang menyalut keseluruhan 360 darjah bulu mata bagi hasil menebal unggul yang kekal selama 24 jam. Berus ini berfungsi untuk memisah, mendefinisi, menganjak dan menyalut setiap bulu mata menjadi lebih tebal dan bebas gumpalan. Harga RM34.90 & RM40.15 (Sabah & Sarawak).


AVON TRUE POWER STAY 24 HOUR EYELINER

  • Avon True Power Stay 24 Hour Eyeliner dirumus untuk meluncur lancar di mata agar anda mendapat pemakaian yang kemas dan sekata. Ianya kalis dari peluh dan air, tidak mencomot mahupun berpindah, dan kekal sepanjang hari. *95% pengguna bersetuju bahawa AVON True Power Stay 24 Hour Eyeliner kekal di mata mereka sekurang-kurangnya 8 jam. Harga RM18.90 & RM21.75 (Sabah & Sarawak). *Kajian oleh Home Tester Club pada 29/9/20 hingga 2/11/20, di mana 265 ahli menerima dan menguji AVON True Power Stay 24 Hour Eyeliner di rumah.

Koleksi Avon True Power Stay boleh didapati dari mana-mana Wakil Avon atau Butik Kecantikan AVON berdekatan anda di seluruh negara. 


#AVONMalaysia #AVONTruePowerStay #Tampak Bak Baru Dipakai 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan