Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK BELI PRODUK 100% HALAL TOYIBAN? JOM KE 'ARABIAN VILLAGE'



ARABIAN Village’ - Nama pasaraya mini ini sudah cukup menceritakan konsep produk jualannya. Jika dialih bahasakan ia bermaksud ‘Perkampungan Arabia’ dan ini bermakna segala apa yang anda kepinginkan dari Timur Tengah berada di bawah satu bumbung, di  sini, di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kira tak perlu lagilah nak terbang jauh-jauh atau pesan pada sanak saudara mahu pun rakan taulan di sana untuk mengirimkan produk kegemaran anda. 


Pendekata, melangkah masuk ke ‘Arabian Village’, aroma ‘padang pasir’ dengan bau haruman daripada asap Bakhoor atau kayu gaharu (oud) pasti menyusup ke sanubari menambahkan keinginan untuk meneroka apa yang berada di dalamnya.


Sebaik Kak Fas berada di dalamnya selepas melepasi segala peraturan SOP  seperti yang dikehendaki dalam kehidupan norma baharu sekarang, fikiran Kak Fas melayang jauh seolah berada di kota Madinah ketika menunaikan ibadah umrah tahun lalu.


Mana tidaknya, lebih kurang 3,000 produk yang teratur kemas di atas dua rak memanjang di tengah tengah kedai dengan sebelah menyebelahnya dipenuhi pelbagai  barangan keperluan harian berupa produk buatan Arab.


Jadi sudah tentu ia mengingatkan Kak Fas ketika membeli-belah di kota Madinah mahu pun di tanah haram kota Mekah gayanya, apatah lagi bila mata tertumpu pada lebih kurang 50 jenis minyak wangi Arab berbagai jenama yang mengisi ruang pamer di bahagian kiri kedai.



Sebaik meneliti dan mengambil peluang menghidup berbagai jenis parfum, daripada botol pewangi yang tersedia indah, mata Kak Fas tertarik dengan sebotol pati minyak wangi wanita yang diberi nama ‘Sultan Brunei’.

Wah! Memandangkan Sultan Brunei Darussalam antara kerabat diRaja yang Kak Fas kepingin untuk bertemu ramah ketika menjadi wartawan Kumpulan Utusan dulu, tetapi tidak kesampaian, jadi tentulah nama itu menarik perhatian apatah lagi bila dijenamakan sebagai bahan pewangi.


Terus Kak Fas mencapai botolnya untuk menghidu wangian berkenaan. Wah! semerbak baunya, aromanya sangat memikat. Terus Kak Fas membeli ‘key chain’ berkaca untuk mengisi pati minyak wangi Sultan Brunei gitu!  hihi..


Ok.. cukup setekat itu kisah minyak wangi  yang antara lain terdapat juga yang diinspirasikan daripada nama selebriti terkenal seperti Selena Gomez, Katy Berry mahu pun dari jenama eksklusif seperti Gucci, Bulgari, Hugo Boss, Dunhill Desire, Paco Rabanne dan banyak lagi nama menarik lagi unik seperti Malaikat Subuh,  Kasturi Hitam, Forbidden Rose dan lain-lain.



Hampir lebih sejam meninjau beberapa produk tersedia daripada rempah ratus, makanan jajan seperti kekacang, gula-gula, pelbagai assam jeruk, baklava, halawa dan sebagainya, tentu sekali apabila berada di kedai Arab, tidak ketinggalan lah buah kurma menjadi tarikan.

Kak Fas antara penggemar buah kurma terutama kurma Ajwa atau lebih dikenali sebagai tamar Nabi. 


Iyalah, kurma Ajwa kan kurma pertama ditanam sendiri Nabi Muhammad s.a.w dikurniakan kelebihan oleh Allah swt iitu mampu menghalang serangan penyakit fizikal dan makhlus halus.


Jika korang nak tahu terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia waima di Arab Saudi sahaja ada sekitar 400 jenis kurma, itu pun

belum kurma yang terdapat di Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California.


Jika dahulu kurma sering dicari apabila menghampiri bulan Ramadan disebabkan umat Islam disunatkan berbuka dengan kurma kerana ia merupakan makanan sunnah, kini kurma bukan lagi produk semusim sahaja.


Kandungannya yang berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin penting memang diperlukan tubuh badan lantas ia seakan menjadi suapan ringan seharian.


Di ‘Arabian Village’  makanan sunnah inilah produk  pertama menyambut kedatangan setiap pengunjung yang melepasi pintu kaca kedai, selain pelbagai jenis kismis.


DANIA menyambut kedatangan kami dengan mempelawa kami mencuba pelbagai jenis kurma yang tersedia di 'Arabian Village' kat KL Traders Square.

Ada kira-kira 20 jenis kurma yang boleh dipilih berharga antara serendah RM3.50 per 100 kg hingga kepada RM390 ke atas bergantung pada kualitinya dan buahnya tetapi semuanya hasil tanaman bumi Arab.


Memang bijak langkah diatur pemilik kedai ‘Arabian Village’, Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim apabila meletakkan makanan sunnah itu berhadapan pintu masuk. Ibarat rezeki menjempiut waima buian Ramadan pun menghampiri, sesuailah kurma menjadi santapan mata terlebih dahulu ketika melangkah masuk ke pasaraya mini ini.


Dr. Homdi memperkenalkan jenis-jenis madu yang diformulasikan AV.

Sebaik bertemu dengan tuanpunya kedai berusia 33 tahun yang petah juga berbicara dalam bahasa Melayu, beliau memulakan mukadimahnya dengan membawa Kak Fas dan lima rakan blogger lain ke sudut kiri kedai di mana terletaknya pelbagai jenis madu.


“Madu dari negara Arab agak pekat sebab ia dihasilkan dari gunung ganang serta pokok dalam keadaan cuaca yang kering berbanding madu tempatan waima kelembapan cuaca akibat hujan menyebaban madu agak cair,” ujar Dr. Homdi sambil mengesyorkan madu yang dinamakan ‘Untuk Pasangan Berkahwin’ (Only For Married) buatan Yemen sebagai yang terbaik untuk pasangan yang kepinginkan cahaya mata.

Menurut Dr. Homdi, madu berkenaan mampu meningkatkan daya seksual di samping melindungi daripada penuaan pramatang serta mengimbangi hormon badan sekali gus mampu mencegah ketumbuhan dalam rahim.


Tertarik juga Kak Fas mencubanya… hish bukan untuk kehamilan tau… dah cukup dah empat anak hahaha tetapi apabila Dr. Homdi kata ia sesuai untuk mereka yang mengalami masalah ketumbuhan bolehlah mencuba. 


Kak Fas memang ada cyst sebesar guli kecil yang alhamdullillah kini semakin kecil dan tidak berbahaya kata doktor walau pun dinasihat untuk membuangnya sahaja namun Kak Fas enggan hihi.. biarlah ia kekal di situ selagi boleh bertahan dan tidak memudaratkan kesihatan. Moga dipermudahkan ya!


Apa pun mendengar penerangan Dr. Homdi mengenai fungsi beberapa jenis madu yang diformulasikannya sendiri itu Kak Fas pasti ramai yang akan tampil mencuba apatah lagi ia asli, pekat dan berkhasiat tanpa campuran gula mahu pun bahan pengawet.



Bertolak daripada kemanisan, meninjau beberapa produk lain membawa kami ke rak yang menempatkan produk jenama ‘Arabian Village’ (AV) sendiri berupa minyak zaitun, pati buah delima,  pati buah kurma serta pelbagai jenis sirap dan cuka seperti cuka epal dan cuka kurma bercampur madu.


“Ini adalah produk signature kami, “ ujar Dr. Homdi jujur sambil memberitahu banyak lagi produk di bawah jenama AV bakal dikeluarkan dalam tempoh terdekat.


Beliau yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam jurusan perniagaan ekspot impot bukan sahaja berjaya sebagai seorang usahawan malah memiliki ilmu lengkap perihal produk-produk sunnah yang dibawanya.


Tanya sahaja apa yang terbuku di hati, Dr. Homdi mampu menjawabnya. Itulah kepakarannya.


Memilih mengeluarkan produk cecair seperti minyak zaitun dan segala macam pati sudah tentu memperlihatkan  keprihatinan Dr. Homdi dalam mengutamakan kesihatan.


Korang semua maklumkan, khasiat minyak zaitun atau pun pati buah delima contohnya memang tidak perlu dipertikaikan lagi,  yang mana kandungan vitamin E dalam minyak zaitun bukan sahaja mampu melindungi kulit malah bersifat antioksidan.



Begitu juga buah delima kandungannya yang kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, E dan  B9 serta kalium waima kecerahan bijinya mengandungi polifenal yang merupakan zat antioksidan lebih tinggi daripada buah-buahan lain malah mampu mengurangkan radikal bebas.


Jika nak diceritakan panjang lebar lagi khasiat yang dimiliki daripada minyak zaitun mahu pun pati pati buah delima dan pelbagai jenis cuka di bawah jenama “AV Original”.



Pendekkan cerita,  jika nak tinjau satu persatu pelbagai produk tersedia termasuk yang berada di dalam peti sejuknya seperti ayam daging semua, berada di ‘Arabian Village’ ini boleh membuatkan anda rabun mata dan terleka dan jika ikutkan hati semua nak beli.


Nasib baiklah ada penjualan secara online juga jadi jika sebuk tak perlulah tergesa-gesa nak memandu dan cari parkir dan sebagaimana. Layari sahaja laman web rasminya di www.arabianvillage.my atau KLIK SINI sahaja.


‘Packaging’ untuk pembelian online tidak kurang menariknya di mana  kurma, atau kacang contohnya dipek dalam bungkusan atau botol menarik malah boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja.



Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkininya melalaui laman Instagram @arabianvillagemy atau pun facebook @Arabian Village Malaysia.


Lebih mudah jika mahu bertanya lanjut mengenai keberadaan sesebuah produk telefon sahaja talian bernombor  011-1119585 dan bercakap dengan kakitangan AV yang mesra alam gitu.


Sepanjang berada di kedai Arab ini Kak Fas mendapat perhatian dan layanan mesra daripada eksekutifnya, Dania, yang walau pun baharu ditemui tetapi kemesraan yang terjalin bagaikan  sudah berkawan lama.


Menariknya, sehingga hujung tahun ini, sesiapa yang melangkah masuk ke ‘Arabian Village’ ini dan membeli-belah boleh mendapatkan diskaun 10% untuk keseluruhan pembelian dengan menyebut kod ‘Fas10’ sahaja.


Kak Fas: Bila nampak roti ala perancis yang panjang bagaikan tongkat itu, terus Kak Fas beli sebab Kak Fas ni memang suka makan roti apatah lagi menurut Dania segala jenis roti yang dijual adalah segar dan diadun khas oleh chef mereka sendiri.  

Lebih menarik ia murah sangat. Roti perancis baharu berharga RM2 manakala roti panjang dan bun yang sesuai dibuat burger atau roti john berharga serendah 0.50 sen satu. Terima kasih daun keladi Dr. Homdi dan Dania memperkenalkan Kak Fas dengan kedai yang sudah tentu 100% produknya halal toyiban ini!


#ArabianVillage #KLTradersSquare #KurmaAjwa #ProdukSunnah #TimurTengah

9 ulasan:

  1. Syok datang kat sini. Macam2 ada. Boleh beli mcm2 produk dr Timur tengah

    BalasPadam
  2. Waa menarik betul nampaknya kat situ, pelbagai barangan keperluan boleh kita dapatkan kan! Selalu beli online je brg2 mcm tu, nnt klau ada pergi area situ bolehlah borong stock up mcm2 hehe

    BalasPadam
  3. Kalau nak cari bahan masak atau rempah ratus dari Timur Tengah bolehlah mai cari kat sini. Meriah betul gayanya. Minyak wangi pun ada. Nak pergi jengah lah nanti.

    BalasPadam
  4. Those who fancy arabian products will definitely be jumping in joy to know that they can now get their favourite products from one place.

    BalasPadam
  5. Saya kalau pergi kedai Arab memang jadi rambang mata sebab banyak betul barang menarik yang susah nak dapat kat tempat lain. Teringin nak cuba perfume Sultan Brunei tu.

    BalasPadam
  6. Banyaknya produk dekat Arabian Village ni! Ada fav Marsha pula tu. Kalau datang sini mesti rambang mata.

    BalasPadam
  7. wow, this shops has everything! cannot wait to make a trip here to get all my middle eastern groceries!

    BalasPadam
  8. Seriously tak tahu banyaknya barang boleh beli kat kedai ni.. padahal hari2 lalu depan kedai.. :) next time boleh cuba masuk dalam la.. bawah rumah jer ni..

    BalasPadam
  9. Okay ada tmpt baru nak beli barang middle east ni.. Za suka cheese dorang.. Mcm2 ada pulak kat tmpt ni ye.. Nk terjah la nnt

    BalasPadam