FINAL AJL 35 DITUNDA PATUHI TEMPOH PKP SELAMA DUA MINGGU
ANUGERAH Juara Lagu 35 yang telah dirancang untuk bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021, ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang semalam.
“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun, petang tadi Perdana Menteri menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu sehingga 26 Januari 2021,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.
“Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain. Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” tambah Khairul.
“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini. Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamat kita semua.” ujarnya lagi.
Untuk info lanjut AJL35 boleh layari laman sesawang INI serta laman sosial media rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur.
Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.
#AJL35 #Tunda #Final #TV3Malaysia #PKP #COVID-19 #AxiataArenaBukitJalil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan