NORWAY CATAT 23 KEMATIAN WARGA EMAS AKIBAT SUNTIKAN VAKSIN
Gambar hiasan: Dipetik dari The Times of India. |
Dua puluh tiga orang mati di Norway dalam beberapa hari setelah menetima dos pertama vaksin Pfizer COVID-19 dengan 13 daripada kematian tersebut berkaitan kesan sampingan dari suntikan, New York Post melaporkan.
Kesemua 13 adalah pesakit dari rumah jagaan dan berumur sekurang-kurangnya 80 tahun.
Melalui entri yang turut mendapat laporan dari Times of India, menyatakan reaksi biasa terhadap vaksin, termasuk demam dan loya, "mungkin menyumbang kepada faktor penyebab maut kepada pesakit yang lemah’ sebagaimana laporan New York Post yang memetik pernyataan Ketua Doktor di Badan Perubatan Norway, Sigurd Hortemo pada Jumaat lalu.
Pun begitu, walau pun para pegawai perubatan tidak meyatakan kebimbangan serius terhadap isu tersebut namun mereka sedang menyusun langkah dan panduan mengenai siapa yang harus menerima suntikan vaksin berkenaan.
Bagaimana pun, Pengarah perubatan agensi, Steinar Madsen menyatakan bahawa "agensi itu tidak bimbang dengan perkara tersebut’.
Gambar hiasan: Foto kredit AFP.
"Sangat jelas bahawa vaksin ini mempunyai risiko yang sangat kecil kecuali kepada pesakit yang lemah, itu pun dalam bilangan kecil. Sekarang ini para doktor harus mempertimbangkan dengan teliti siapa yang patut diberikan suntikan vaksin. Mereka yang sangat lemah dan pada akhir hayat boleh menerima vaksin setelah penilaian terhadap kesihatan mereka dilakukan terlebih dahulu, “ katanya.
Agensi itu melaporkan pada hari Khamis bahawa seramai 29 orang mengalami kesan sampingan, termasuk 13 orang yang meninggal dunia.
Laporan menunjukkan dua puluh satu wanita dan lapan lelaki mengalami kesan sampingan.
Selain mereka yang meninggal, sembilan mempunyai kesan sampingan yang serius termasuk reaksi alahan, ketidakselesaan yang kuat dan demam yang teruk - sementara tujuh mengalami yang lebih serius, termasuk sakit teruk di tempat suntikan, lapor New York Post.
Menurut para pegawai kesihatan, sekitar 400 orang mati setiap minggu di rumah penjagaan secara purata.
Seorang wakil Pfizer mengatakan syarikat itu "menyedari kematian yang dilaporkan" berikutan pemberian vaksin di Norway dan sedang bekerjasama dengan Badan Perubatan Norway untuk mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan.
Untuk rekod, jumlah kes coronavirus yang dilaporkan di Norway adalah 58.202, sementara jumlah kematian adalah 517, menurut laporan Universiti Johns Hopkins.
Semoga segalanya dipermudahkan.
#COVID-19 #VaksinPfizer #Suntikan #Norway #MeninggalDunia #NewYorkPost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan