Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAKSIKAN RUHAINIES TERBANG SEBAGAI 'PUTERI FELORA' MALAM INI



APAKAH
 anak-anak anda tergolong dalam ‘Gen Alpha’ iaitu mereka yang lahir selepas tahun 2010? 

Yang pasti golongan muda ini tentu ada yang tidak sedar atau mendengar kisah legenda zaman dahulu kala serta puteri-puteri Nusantara yang menjadi tontonan dan cerita waktu tidor ibu bapa kepada anak-anak mereka pada zaman dulu. 

Membangkitkan kembali kisah-kisah lagenda itu, Astro Ceria perkenalkan siri telefilem ‘Legenda’ mulai 6 Januari 2021 lalu. Ada tak yang dah tonton?


Kelainan Légénda‘ yang adik-adik tonton itu menerapkan pelbagai elemen moden dalam penceritaan malah menjadikan tema pemerkasaan wanita antara fokus utama.


“Kami melihat siri telefilem Légénda ini sebagai satu peluang untuk menzahirkan kisah-kisah zaman dahulu kala dan puteri-puteri Nusantara yang disajikan dalam nafas baharu, sesuai untuk santapan seisi keluarga, “ ujar Penolong Naib Presiden Kandungan GenNext Studios Astro, Yasmin Yahya.


Menurutnya, sebagai pembuka tirai tahun 2021 dan mencetuskan minat Gen Alpha terhadap kisah-kisah  lagenda Nusantara, Astro Ceria menampilkan dua siri telefilem Legenda berjudul Légénda Puteri Bulan‘ dan ‘Légénda Puteri Felora’.


Légénda Puteri Bulan’  sudah pun bermula 6 Januari lalu (Rabu), jam 9 malam di Astro Ceria HD (611) dan Astro Ceria (631) manakala telefilem kedua dari siri ini, ‘Légénda Puteri Felora’ pula akan disiarkan pada 13 Januari (hari ini) pada waktu yang sama. 



Kedua-dua telefilem ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.


Bercakap lanjut, Yasmin memberitahu, menarik lagi, pemerkasaan wanita menjadi salah satu fokus utama kedua-dua naskhah telefilem tersebut yang mana ia mengetengahkan protagonis bersifat bijak, baik hati, tidak mudah mengalah dan berjiwa besar. 



“Selaku peneraju kandungan hiburan utama tanah air, kami menyedari kepentingan representasi positif bagi watak wanita dalam pembikinan sesebuah karya, terutamanya kandungan yang disaksikan oleh anak-anak kecil. Justeru itu, watak progresif Puteri Bulan dan Puteri Felora diharapkan dapat menjadi inspirasi untuk semua, sama ada perempuan mahupun lelaki, kanak-kanak atau dewasa terutamanya dari segi keyakinan diri,” tambah Yasmin.



Melalui arahan Bob Husaini, secara ringkas ‘Légénda Puteri Bulan’ berkisar mengenai Puteri Zaleha (lakonan Uyaina Arshad) yang dilahirkan istimewa kerana mempunyai darah putih yang mampu menyembuhkan penyakit.


Kerana kebolehannya itu,  beliau menjadi kesayangan semua kerana usahanya untuk membantu rakyat. Manakala adiknya, Puteri Mariam (Putri Hanan), tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan inginkan perhatian dari kakaknya. 


Apabila Puteri Zaleha menerima pinangan yang tidak boleh ditolak daripada Raja Achewah, Puteri Mariam memulakan ekspedisi untuk menyelamatkan kakaknya dan juga negaranya, Sukalangka. 


Légénda Puteri Bulan diinspirasikan daripada kisah Puteri Lindungan Bulan, dan penggambaran mengambil masa tujuh hari di beberapa lokasi menarik seperti di Perkampungan Budaya, Taman Botani Negara, Shah Alam dan juga di Kem Isi Rimba, Kemensah.  


Malah menurut  pengarahnya, Bob, beliau turut mengambil filem Ali Baba Bujang Lapok sebagai rujukan bagi telefilem 'Légénda Puteri Bulan'.



Selebriti popular, Zizan Razak, Johan As’ari dan Rozita Che Wan turut hadir sebagai watak cameo dalam cerita yang penulis skripnya dihasilkan oleh Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari dan Syadhafiza Rosli.


Sementara itu, bagi telefilem ‘Légénda Puteri Felora’ arahan Ben Nambiar pula yang skripnya dihasilkan oleh penulis skrip terkenal, Sofia J Rhyland, ia mengisahkan Puteri Felora (lakonan Ruhainies), seorang  puteri tunggal kerajaan Azania yang tidak menurut perintah ibu bapanya. 


Akibat pilihannya itu, Puteri Felora terperangkap di zaman moden bersama Mangko, arnab kesayangannya yang dilakonkan oleh Cik B, yang namanya  kini sedang popular.


Di dunia masa kini, Puteri Felora diselamatkan oleh Mama (Vanidah Imran) dan keluarganya, namun Puteri Felora perlu segera mencari jalan pulang untuk menyelamatkan Azania dari kemusnahan.


Kelainannya cerita ini ia menampilkan perjalanan antara dimensi dan mengambil masa 7 hari penggambaran melibatkan tiga lokasi utama  - Janda Baik, Port Dickson, dan Ulu Yam. 



Lebih menarik, telefilem ini menggunakan banyak teknik kesan khas (CGI VFX) sehingga pelakon utamanya, Ruhainies beberapa kali perlu digantung di hadapan skrin hijau bagi memasukkan unsur kesan khas, seperti babak terbang dan kuasa ajaib. 


Wah! Nampak tu, menarik tak? Mesti anak-anak suka tau!


Jadi jangan lupa malam ini, jam 9 malam  saksikan pula 'Legenda Puteri Felora' ya!




#LegendaPuteriFelora #LegendaPuteriBulan #Ruhanies #ZizanRazak #AstroCeria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan