KEMBALIKAN TENAGA DENGAN SARAPAN PAGI AIK CHEONG COFFEE
ADAKAH anda kuat tidur malam sehingga terbangun lewat dan gara-gara itu terpaksa melepaskan sarapan pagi di rumah kerana kesuntuhan masa sebelum bergegas keluar untuk ke pejabat?
Sebenarnya, jika inilah masalah yang dihadapi setiap hari anda sepatutnya mengubah gaya hidup itu. Kajian menunjukkan bahawa jumlah tenaga yang banyak digunakan untuk pertumbuhan tisu dan pembaikan sel sepanjang malam memerlukan ia dikembalikan dengan sarapan pagi.
Anda perlu tahu bahawa sarapan pagi amat penting untuk permulaan hari yang baik. Namun, ia sering diabaikan kerana kesuntukan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang atau disebabkan oleh kekurangan selera.
Walau bagaimanapun, ia masih belum terlambat untuk menjadikan sarapan pagi sebagai satu keutamaan.
"Sarapan pagi merupakan sajian terpenting kerana peranan utamanya ialah untuk mengembalikan tenaga setelah 'berpuasa' semalaman. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang pada waktu pagi akan membantu memberi tenaga yang diperlukan oleh badan untuk memulakan hari. Hidangan pertama ini tidak semestinya mengambil masa yang lama untuk disediakan atau memerlukan makanan yang berat atau mewah. Apa yang penting ialah ia berkhasiat dan mengandungi protein, vitamin, mineral serta serat,” kata Mohamed Zaim bin Mohd Halini, Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan, Aik Cheong Coffee Roaster Sdn Bhd.
Memang benarlah kata Mohamed Zaim tu sarapan pagi cukup penting bagi mengembalikan tenaga.
Kak Fas pun kekadang melepaskan sarapan pagi hingga lewat bertujuan nak diet lah konon tetapi kini akur perlu makan pagi walau pun sekadar secawan kopi dan roti dan sebii telur sekali pun.
Dan bercakap tentang kopi, sesiapa yang memerlukan secawan kopi untuk medapatkan bekalan kafein setiap pagi.... ada berita menarik untuk pengetahuan korang.
Jenama Aik Cheong Coffee dah perkenalkan 'Aik Cheong Black Series', dihasilkan dengan biji kopi Arabica aromatik, berasal dari Ethiopia, Colombia, Nicaragua dan Guatemala yang mempunyai perisa yang berbeza.
Ia dibungkus secara berasingan dalam paket individu untuk mengekalkan kesegaran dan memudahkan proses pembancuhan kopi.
Hanya tuangkan air panas melalui beg titisan dan nikmati aromanya.
Aik Cheong Black Series sesuai diminum bersama roti bakar, penkek, telur hancur atau Aik Cheong IT’s Granola Cup semasa anda menyusun jadual pada waktu pagi untuk hari tersebut.
Apa tu IT's Granola Cup?
Produk terbaru Aik Cheong, IT'S Granola Cup mengandungi bahan semula jadi seperti gandum gulung, serbuk oat, biji chia, gula kelapa, minyak canola, kacang dan beri yang membekalkan serat, vitamin dan protein untuk permulaan hari yang penuh dengan nutrisi.
Terdapat beri campuran, dan buah-buahan serta kacang campuran yang boleh dinikmati sebagai topping, dicampur dengan susu atau yogurt, atau dimakan begitu sahaja.
Semua kebaikan ini terkandung dalam sebuah cawan untuk memberi kemudahan dan direka khas untuk mereka yang sentiasa sibuk.
Satu lagi pilihan produk Aik Cheong yang lain ialah bijirin oat segera.
Mengandungi sumber serat daripada biji oat dan biji chia; kalsium, zat besi dan vitamin daripada kismis dan kacang, bijirin oat segera ini merupakan pilihan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat.
Sepaket bijirin oat segera dengan pilihan kacang atau buah-buahan akan memberi tenaga kepada rakyat Malaysia sehingga tengah hari dan mengurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat.
Paket bijirin oat segera ini senang dibawa ke mana sahaja dan amat mudah disediakan. Jadi kalau tak sempat nak makan kat rumah pun boleh bawa ke pejabat gitu.
Untuk mendorong dan membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang
lebih sihat, Aik Cheong menawarkan diskaun hingga 50% untuk keseluruhan rangkaian produknya serta potongan harga tambahan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM60 dan potongan RM8 dengan perbelanjaan minimum RM88 dengan baucar kedai rasmi Aik Cheong di Shopee.
Gunakan baucar tersebut untuk nikmati lebih penjimatan dan buat bayaran melalui ShopeePay untuk transaksi yang lebih lancar.
Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM60, pengguna Shopee akan mendapat sebuah kotak hadiah Tahun Baru Cina yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Shopee.
Kotak hadiah tersebut mengandungi CD lagu Tahun Baru Cina terbaharu mereka yang dinyanyikan oleh duta Aik Cheong dan bekas pemain badminton profesional No.1 Dunia Malaysia, Tan Boon Heong bersama artis Malaysia, Danny Ahboy, sampul angpao, beg kantung dan empat paket Black Series.
Peminat Aik Cheong yang mengunjungi Shopee dari sekarang hingga 13 Februari juga berpeluang untuk menikmati baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan hanya pada 8 sen semasa Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina.
Acara membeli-belah Tahun Baru Cina ini juga membawakan pelbagai hiburan kepada para pengguna termasuk Kotak Bertuah Shopee RM8,888 setiap hari dengan hadiah wang tunai untuk dimenangi.
Jadi mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat dan seimbang dengan Aik Cheong sambil berpeluang memenangi hadiah dengan melayari laman web INI atau nak dapatkan info lanjut mengenai Aik Cheong Coffee boleh lawatinya DI SINI.
Kak Fas: Selamat Tahun Baru kepada teman-teman Cina yang merayakannya dan juga pengurusan Aik Cheong Coffee serta Sally dan lain-lain dari Shopee.
#AikCheongCoffee #Shopee #IT'sGranolaCup #BlackSeries #BijiranOatSegera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan