Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KENAPA HANNAH DELISHA KAHWIN MENDADAK? INI JAWABNYA...



RASANYA
semua peminat industri hiburan sudah pun maklum mengenai perkahwinan mengejut aktres jelita, Hannah Delisha, 25, dan pasangannya, juga seorang pelakon Singapura Imam Shah, 32, yang berlangsung baru-baru ini.

Iyalah, mana tak rasa terkejut sebab tiba-tiba sahaja tiada angin tiada berita yang Hannah sedang bercinta sekali pun tup tup terus kahwin.


Pernikahan pasangan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.


Majlis secara kecil-kecilan berlangsumg  secara tertutup dan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak sahaja.



Mengapa ek Hannah... satu persoalan yang tentu sekali menjadi tanda tanya semua yang meminati pelakon bernama penuh, Hannah Adlima Blackburne-Birch ini?


Mengulas mengapa ia kelihatan mendadak, Hannah Delisha berkata. beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat menjaga privasi terutama tentang hal yang bersifat peribadi. 


“Hannah minta maaf sebab Hannah memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Memang tak pernah Hannah nak post dalam media sosial yang Hannah bercinta selama ini, sebab bagi Hannah, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak share. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” jelasnya.


Berkongsi sedikit latar belakang suaminya, Hannah Delisha mengakui telah lama mengenali Imam Shah sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun dahulu. 


“Hannah kenal Imam masa kita shoot sebuah drama episod yang bertajuk 'Faculty' di Singapura lima tahun lepas. 


Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang, dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong Hannah untuk lebih cenderung ke arah keagamaan dan Alhamdulillah Hannah yang sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga.”


“Hannah pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya Hannah. Majlis bersanding kita akan umumkan nanti. InsyaAllah kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat. 


"Tentang tarikh, Hannah tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding," ujar pelakon 'Tercipta Satu Ikatan' ini.


Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini fokus beliau akan lebih banyak ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. 


“Hannah sebenarnya tengah busy promote single terbaru Hannah “Terlalu Mudah”. Untuk bidang lakonan, Hannah takkan tinggal, cuma Hannah akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang. 


"Hannah pun akan busy sikit dengan business baru Hannah. Hannah nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula. InsyaAllah tak lama lagi Hannah akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan design. Hannah jangkakan insyaAllah kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya, ” tambah Hannah yang mula berhijab pada bulan September tahun lalu.


Berikutan itu, beliau mengambil langkah memadamkan lebih kurang 800 gambar beliau berimej seksi di laman instagramnya pada awal Januari 2021.


Selamat Pengantin Baru Hannah-Imam semoga ikatan yang dicipta kekal abadi hingga ke anak cucu! Yang boleh menjawab hanya Allah SWT sahaja kerana itulah aturannya apabila jodoh sudah kesampaian.




#HannahDelisha #ImamShah #Kahwin #Singapura #TerlaluMudah #Delicia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan