Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'STATUS QUO' PERTARUHAN ARTIS BAHARU ABIGAIL



ABIGAIL
, itulah nama artis terbaharu Rocketfuel Entertainment, si cantik manis dari Kuala Lumpur.

Penyanyi serta penulis lirik muda berbakat besar dan bukan calang-calang gadis, Abigail, mengorak langkah sulung sebagai penyanyi di persada muzik Malaysia dengan single pertama yang penuh bermesej berjudul ‘Status Quo.


Gadis yang baharu sahaja menginjak usia 21 tahun dan sedang melanjutkan ijazahnya ini telah menghasilkan lirik dan melodi lagu terbaharunya hanya dalam masa 2 jam sahaja.


“Idea untuk mencipta lagu 'Status Quo' sebenarnya datang secara spontan dan mudah kerana saya sememangnya sudah terbiasa dengan kerja-kerja penghasilan lagu sejak remaja lagi, akan tetapi ia menjadi lebih lengkap dengan bantuan MFMF kerana mereka berjaya merealisasikan impian saya sekaligus menyempurnakan karya tersebut,” ujar Abigail.


'Status Quo' membicarakan perihal norma kemasyarakatan dan label yang sering diberikan oleh masyarakat dengan maksud yang mendalam dan tersirat.


“Kadang-kadang kita rasa hendak lari jauh daripada tanggapan atau stereotaip yang selalu dikenakan oleh masyarakat, dan seringkali kita berdepan dengan kekecewaan oleh mereka yang kita percayai, kerana kehidupan bukanlah sebuah cerita dongeng yang kita sangkakan,” tambah Abigail.

Menurutnya, beliau mahukan sebuah lagu yang dapat mencerminkan imejnya yang ingin dipamerkan kepada umum, dan dengan 'Status Quoia merupakan pengenalan terbaik buat semua malah bakal menjadi bayangan kepada kerjaya muziknya pada masa akan datang, yang lebih tertumpu membahaskan isu kesihatan mental.


“Mesej yang saya cuba sampaikan kepada dunia adalah ‘it’s okay to not be okay’, dan supaya masyarakat dapat menerima dan lebih memahami konsep perkara ini," ulas Abigail.



Proses rakaman lagu 'Status Quo' berlangsung di Studio MFMF selama 2 hari, ia merangkumi kerja-kerja penambahbaik beberapa bahagian yang perlu dipercantikkan lagi, dan ada ketikanya Abigail mengalami masalah dengan suara. 


Kata Abigail, walaupun proses tersebut berlaku ketika negara sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beliau tetap rasa seronok melakukannya kerana suasananya yang riang ditambah dengan tenaga kerja yang hebat.



Pendatang baharu ini menyifatkan jenis muzik yang dibawakannya sebagai 'sad-crazy-pop' yang merupakan cerminan dirinya pada ketika ini.


“Sebenarnya saya tiada genre yang tetap kerana matlamat saya pada masa akan datang adalah untuk mencuba pelbagai genre lain dan berkembang seiring dengan peredaran muzik semasa,” jelasnya.


Sementara itu, Ketua Label, Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna memberitahu, keputusan untuk mengikat kontrak bersama Abigail diambil kerana potensi yang ada padanya sebagai penyanyi muda yang berbakat besar dan kreatif.


"Bahkan kebolehannya dalam mencipta lagu sendiri sangat mengagumkan, dan saya percaya 'Status Quo' bakal diterima baik oleh semua terutamanya golongan millenial,” ujar Feros.


Dan bagi Abigail harapannyua sudah tentu berharap agar  penggemar muzik akan suka lagu 'Status Quo'  sebagaimana beliau menyukainya.


"Saya amat teruja untuk berkongsi pendapat dan cerita dengan pendengar di luar sana kerana nilai empati yang saya curahkan dengan maksud yang mendalam ketika menghasilkannya dapat dirasai, dan saya juga berharap agar muzik saya menjadi lakaran dalam kehidupan sesiapa yang mendengarnya,” tambah Abigail.


Lagu ‘Status Quo’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 


Manakala video muzik lagu ‘Status Quo’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.



#Abigail #RocketFuelEntertainment #ArtisBaharu #StatusQuo #FerosSayna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan