BIRDNEST BEAUTY SOLUTION SASAR JUALAN RM30 JUTA
SIAPA kata pandemik COVID-19 memberi kesan buruk terhadap semua orang?
Jika ada yang beranggapan begitu, eloklah tepiskan sahaja anggapan negatif itu dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
“Saya sendiri sangat terkejut apabila jualan produk terbaharu saya laris pada tempahan awal (pre-order) daripada stokis dan ejen meskipun belum dilancarkan,” ujar Pengasas Birdnest Beauty Solution (BBS), Norshahila Ahmad.
Norshahila atau lebih mesra disapa Shahila memberitahu, kedua-dua produk terbaharunya, set G2G (GoToGlow) telah terjual sebanyak 3,000 unit manakala sabun banana milk yogurt pula memperoleh jualan lebih dari 60 ribu buku.
“Kini, saya mensasarkan jualan keseluruhan kami bagi kedua-dua produk tahun ini mampu mencecah hampir RM30 juta dengan jualan 20 ribu set G2G dan 3 juta buku sabun banana milk yogurt.” jelas Shahila ketika ditemui pada majlis pelancaran produk berkenaan serta penyampaian hadiah kepada 24 orang stokis dan ejen yang mencapai sasaran jualan antara serendah RM30,000 hingga RM895,000 bagi tahun 2020 didahului oleh Norlida Hisham yang berjaya mencapai jualan sebanyak RM895,000 (gambar bawah).
Mereka ditawarkan beberapa hadiah yang terdiri daripada tiket umrah, wang tunai, barang kemas dan banyak lagi seperti bag berjenama mewah.
Majlis yang bertemakan Melayu Tradisional anjuran Newsfeed Media diterajui rakan Kak Fas, Norzira Syarini, menjadikan suasana malam di dewan utama Hotel Marriot Putrajaya cukup gemilang apa bila kira-kira 250 tetamu jemputan masing-masing bergaya dalam pakaian kebangsaan, lengkap dengan tanjak di kepala bagi golongan lelaki dan cucuk sanggul bagi kaum wanitanya.
Turut hadir bergaya dalam busana kebaya labuh sebagai tetamu kehormat adalah pelakon berusia 51 tahun yang tetap nampak awet muda dengan potongan badan mengalahkan anak dara, iaitu Datin Seri Maria Farida bersama suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur.
Kegemilangan acara sudah tentu terletak pada majlis pelancaran produk di mana pengasasnya, Norshahila 'menari' sambil duduk di atas kerusi bagaikan permaisuri diringi lagu jingle ciptaan DJ Fuzz memperkenalkan G2G dan Banana Milk Yogurt Soap.
Set G2G (4 dalam 1) merupakan produk ke 12 yang dilengkapi dengan Birdnest Propolis Collagen Soap, Poreless Magic Toner, Day Whitening, dan juga night repairing cream.
“Majlis ini sebenarnya telah dirancang untuk diadakan pada tahun lalu lagi, tapi disebabkan kekangan PKP, kami menghormati keputusan kerajaan dan bersyukur akhirnya majlis ini dapat direalisasikan. Sesungguhnya, kita merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih besar,” cerita Norshahila.
Katanya lagi, kedua-dua produk terbaharu ini dihasilkan atas faktor tertentu terutama dalam memudahkan dan membantu pengguna di luar sana memiliki set penjagaan kecantikan lengkap pada harga mampu milik.
Tidak mahu terus berhenti untuk berkongsi rezeki, Norshahila mengajak lebih ramai wanita mahu pun lelaki yang ingin menjana pendapatan demgan menjual rangkaian produk di bawah labelnya..
Menurutnya, ada stokis yang berjaya capai jualan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan, dan ingin melahirkan lebih ramai usahawan berjaya.
“Kami menawarkan pelbagai hadiah menarik menanti setiap ejen yang berjaya capai jualan sasaran tahun 2021, termasuk kereta mewah Vellfire, emas dan banyak lagi,” akhiri Shahila.
Terkenal dengan tagline, ‘makin calit makin cantik’ sejak penubuhannya pada 2018, BBS yakin dapat mencapai sasaran jualannya sebanyak RM30 juta tahun ini sekali gus menambah bilangan jutawan bumiputra waima membuktian juga wabak COVID-19 bukan alasan untuk tidak mampu beroleh kejayaan selagi ada daya usaha yang berterusan untuk maju dan bukan patah semangat hanya kerana wabak yang melanda kerana aturan Allah pada setiap umatnya sudah tertulis baik buruknya.
Apa pun bagi maklumat lanjut boleh layari laman web dan laman sosial BBS:
Laman Web : https://birdnestbeautysolution.com/
Facebook : https://www.facebook.com/BirdnestBeautyHQ atau KLIK SINI
#MakinCalitMakinCantik #BirdnestBeautySolution #G2G #BananaMilkYogurtSoap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan