Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JERSI KELANTAN UNITED FC KEKAL MERAH, TAJAAN UMBRO



MEMETIK
kata-kata semangat Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Mr.Vach Pillutla, ‘Bersama Kita Bangkit Semula’, Kak Fas pun turut bersemangat mengikuti tiga acara siaran langsung yang melibatkan tiga negeri - Terengganu, Melaka  & Kelantan memperkenalkan jersi terbaharu masing-masing secara virtual baru-baru ini.

Sila layari kembali entri pelancaran jersi Terengganu FC dan Melaka United FC di  SINI dan di SINI juga.


Terbaharu, berlangsung di bumi Cik Siti Wan Kembang, menyaksikan pelancaran kit jersi Kelab Bolasepak Kelantan United FC (KUFC) untuk musim 2021 tajaan jenama UMBRO yang dibawakan secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports di Malaysia, telah selamat disempurnakan oleh Presidennya, Dato Che Abdullah Mat Nawi (gambar atas, dua dari kiri) yang juga wakil Parlimen Tumpat dan bertugas sebagai Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada 3 Mac lalu.



Pada majlis pelancaran yang turut dipancarkan secara ‘live’ di laman facebook Al-Ikhsan Sports, diacarakan oleh pelakon Danny X Factor itu turut dihadiri Pengurus Jenama Persendirian Al-ikhsan, Anwar Mamtaj (gambar atas sekali, kiri), Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada  (dua dari kanan) dan Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Syed Muhammad Sani (kiri).


Seperti kelab bolasepak lain, Kelantan United FC turut memperkenalkan dua jersi rasmi mereka bagi ‘Home’ (jersi tuan rumah) dan ‘Away’ (jersi pelawat) termasuk jersi buat penjaga gol.


Jersi tuan rumah kekal dengan rona merah dengan jalur hitam putih menegak pada bahagian kiri baju.



Dengan rekaan terbaharu di bahagian kolar baju, fabriknya mengembalikan corak ‘checkers’ yang pernah menghiasi jersi Kelantan sebelum ini.


Manakala untuk jersi ‘Away’, diberikan rona putih dengan jalur merah hitam pula sementara jersi bagi penjaga gol berlatarkan rona merah jambu dan kuning bercorak abstrax.


Bila dah melihat coraknya tentu gatal tapak tangan nak membeli kan apatah lagi anda penyokong setia KUFC?


Usah khuatir harga yang ditawarkan mampu milik iaitu cuma RM119.90 dan anda boleh membelinya di semua cawangan Al Ikhsan Kelantan dan Football Republic seluruh negara.



Tetapi jika rasa jauh kita dekat-dekatkan, Mudah sahaja tempah dalam talian melalui  lama rasmi www.al-Ikhsan.com atau KLIK SINI.


Untuk rekod, Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) yang juga dijuluki "The Green Deers" adalah sebuah kelab yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. 


Setelah beraksi cemerlang dalam Liga M3, di mana mereka telah. dinobatkan sebagai juara, mereka  diberikan peluang untuk bersaing di Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

 

Akira Higashiyama dilantik untuk meneraju pasukan KUFC sebagai ketua jurulatih untuk musim yang akan datang. 


Apa lagi…. piteh mana piteh… jom g beli supaya boleh pakai masa menonton Liga Premier musim 2021 tak lama lagi. -  Kak Fas online.


Kak Fas: ’Kita Sahut Kita Lawan’ yang penting kalah menang dalam tangan hi hi.

 




#KUFC #KelantanUnitedFC #TerengganuFC #MelakaUnitedFC #LigaPerdana2021

Tiada ulasan:

Catat Ulasan