Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI PERKENAL PRODUK SULONG AAFIYAH 'BEAUKIDS' TINGKAT IMUNITI



SELALUNYA
apabila ada pelancaran produk khususnya barangan kesihatan, Kak Fas memang sentiasa bersedia menerima undangan dan melaporkan keberkesanannya kepada pembaca.

Sejak pandemik memasuki gelombang kedua dan tempoh PKP dikuatkuasakan semula, lama tiada sebarang acara pelancaran produk sehinggalah pada Khamis lalu (18 Mac 2021) Kak Fas terima undangan ke majlis '2 Legasi Dato Sri Siti Nurhaliza & Siti Aafiyah' yang berlangsung di Skypark, Cyberjaya.


Turut hadir kaum keluarga Dato K dan Siti serta anak cucu menantu masing-masing seperti Izara Aishah dan Tya Ariffin.


Rupanya majlis yang dianjurkan itu bukan sahaja meraikan pelancaran single dan produk terbaharu Tok Ti tetapi turut meraikan ulang tahun kelahiran  ke-3 puteri sulong penyanyi tersohor itu, Siti Aafiyah dan juga  penganugerahan anugerah emas, platinum oleh pihak Universal Music Malaysia kepada Siti.



Kiranya majlis yang berlangsung itu 3 dalam 1 lah... semuanya diraikan sekali, lebih mudah ya,  apa tah lagi dalam tempoh PKPB di mana syarat SOP perlu dipatuhi.


Majlis bermula dengan kemunculan Aafiyah memasuki dewan yang dihias indah bertemakam rona biru muda, merah jambu dan 'peach' bagaikan taman tema mini lengkap dengan 'merry-go-round' di satu sudut sementara beberapa ruang lain dihiasi meja 'candy', 'kek' dan pelbagai lagi yang cukup menarik mata memandang.



Bukan sahaja kanak-kanak yang melihatnya suka, kita yang dewasa tengok pun teruja untuk mengambil gambar.

Kemunculan Aafiyah ke pentas utama dengan kereta Ferrari merah menyala itu disambut ayahnya, Dato Sri Mohamed Khalid Jiwa bersama Siti untuk acara pelancaran produk kanak-kanak pertama yang diperkenalkan dibawah label , 'BeauKids' iaitu minuman jel berkhasiat 'BeauKids Aafiyah' dari BeauSiti X WonderLab.

'BeauKids dari BeauSiti X WonderLab' merupakan lanjutan kolaborasi kedua-dua jenama yang sebelum ini telah melancarkan produk minuman kesihatan Botani untuk wanita iaitu – Beautéssence™ dan minuman kesihatan Sarang Burung – BeauNest, pada Disember tahun lalu. 


Menerusi BeauKids, kedua-dua jenama, BeauSiti dan WonderLab in mengorak langkah dalam membekalkan rangkaian minuman kesihatan yang lebih holistik apabila adanya produk-produk untuk orang dewasa dan kini, untuk kanak-kanak.

Diformulasi khas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan kanak-kanak berumur dua (2) tahun ke atas atau yang sudah bijak menghisap straw,  ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik. 


Selain itu, minuman berkhasiat itu juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan mereka.




"Ia bukan sahaja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat. Malah lebih menarik, perisa strawberi adalah pilihan Aafiyah sendiri," cerita Tok Ti.



Sambung beliau, ketika R&D terhadap produk berkenaan dilaksanakan setahun lalu, Aafiyah diberikan beberapa pilihan perisa selain strawberi seperti laici dan buah-buah lain tetapi Aafiyah memlih strawberi.


Jelas Siti lagi, antara faktor yang diambil kira dalam menyediakan makanan kanak-kanak termasuklah zat makanan yang lengkap, kebersihan proses penyediaan makanan dan yang paling penting, ia perlu lazat dan digemari.

Sesungguhnya, diet seimbang untuk anak-anak sememangnya menjadi agenda penting bagi ibu dan bapa. 


Apabila usia anak sudah boleh menikmati makanan pejal, ibu bapa kebiasaannya akan berusaha mencari idea makanan terbaik untuk zuriat tercinta. 


Sehubungan itu, langkah Siti menghasilkan rangkaian produk minuman terbaharunya, BeauKids dengan niat untuk pembangunan kanak-kanak sihat melalui minuman berkhasiat sesuatu yang sewajarnya dicontohi apatah lagi ketika negara sedang dalam situasi pandemik COVID-19.


"Dengan keupayaannya meningkatkan imun sistem badan ia memang baik diminum bagi menghindari sebarang wabak yang menyerang apatah lagi ia tidak ada campuran gula," jelas Siti mengenai kebaikan produk BeauKids tanpa ragu-ragu.


Seperti yang Kak Fas nyatakan awal, banyak majlis pelancaran produk kesihatan yang dihadiri namun Kak Fas tidak pula berani untuk mencubanya kerana jenis Kak Fas ini lidah agak kurang mahu menerima sesuatu yang asing.

Bukan setekat produk kesihatan malah nak prebiu makanan yang belum pernah dirasakan pun agak teragak-agak terutama yang melibatkan masakan Korea ke, Jepun ke atau Arab sekali pun. Entahlah, lidah Melayu tebal sangat kut haha...


Tetapi entah kenapa apabila Kak Fas diperkenalkan kepada rangkaian produk BeauSiti, tergerak pula hati nak mencuba walau pun pada mulanya rasa di hujung lidah sahaja.


"Emm, sedap juga rasanya, boleh telan ni," jawab hati.


Jadi apabila diberikan satu cup kertas kecil untuk merasai BeauKids, Kak Fas tidak ragu-ragu mencubanya, Ya lah anak-anak suka mesti sedap kan?


Ya, memang sedap macam makan jeli je. Dan Kak Fas yakin anak-anak akan suka perisa strawberi ini. Dengan pek yang ringkas bolehlah bawa bekalan ke sekolah dengan mudah.


Kata Siti, orang dewasa pun boleh minum dua pek sekali gus untuk kesihatan, Jadi mesti anak-anak pun mahu bila tengok emakminum ya tak?



'Beaukids dari BeauSiti X WonderLab' ini akan dilancarkan secara rasmi kepada pasaran pada bulan Mei dan boleh dibeli menerusi dua (2) cara, iaitu dengan SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).


Dipasarkan pada harga yang berpatutan, setiap kotak minuman jeloi berkhasiat ini boleh didapatkan pada harga RM59 sekotak, mengandungi 10 pek minuman  setiap kotak. 

Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian ia akan didatangi dengan edisi terhad Berus Gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma tetapi untuk jumlah 15,000 unit je


Jadi, jika nakkan berus gigi Aafiyah sekali jangan lupa cepat beli atau tempah awal ya jika tidak mahu putih mata.


Kak Fas: Tahniah Tok Ti atas produk berkhasiat terbaharunya ini!



#BeauKids #BeauSiti #WonderLab #SitiAafiyah #SitiNurhaliza #MinumanJel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan