Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO 'BUKA LEMBARAN BARU' RAI KEMPEN RAMADAN RAYA 2021



BERTEMAKAN
‘Buka Lembaran Baharu’ sejajar dengan situasi dan norma baharu yang kini masih perlu diamalkan akibat pandemik COVID-19, ASTRO menggunakan ilustrasi jendela sebagai elemen simbolik untuk kempen sempena ‘Ramadan Raya Astro 2021’.

‘Jendela yang kami tampilkan ini secara tidak langsung menggambarkan maksud tersirat kami bahawa setiap benda atau perkara yang tertutup pasti ada cara untuk dibukakan kembali.


“Begitu juga dengan pintu semangat terpendam yang ada dalam diri kita semua untuk melihat dunia kembali pulih, kini menanti dan menunggu masa untuk dibuka semula,” ujar Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro, Azlin Reza Azmi pada majlis pelancaran program Ramadan Astro di ibu pejabat ASTRO Bukit Jalil pada 30 Mac 2021 lalu.



Menurut Azlin, tema yang mempunyai mesej kuat di sebaliknya itu diyakini mampu memberi sinar harapan buat semua rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, untuk sama-sama bermusahabah diri dan menilai semula keberadaan mereka dalam mengharungi musim pandemik ini.


“Dalam pada terbit perasaan terkesan dengan apa yang berlaku, kami tetap berharap agar kita dapat bersama-sama menitipkan doa dan keyakinan agar fasa ini akan berlalu pergi dan kita dapat kembali ke waktu-waktu seperti sebelum ini, bersama keluarga tercinta, sanak saudara serta sahabat handai,” tambah Azlin sambil berharap agar semua dapat bangkit dengan kemenangan.


Sehubungan itu, sempena kempen Ramadan 2021, selain menyajikan lebih 100 sajian kandungan menarik dan segar, Astro turut memperkenalkan dua buah lagu istimewa, khas untuk diperdengarkan sepanjang bulan puasa ini.



Lagu pertama,’Nuraga’ ciptaan dan gubahan penyanyinya, Hael Husaini bermaksud bertimbang rasa/belas kasihan manakala lagu kedua berjudul ‘Kekasihku’ dipersembahkan oleh kumpulan MADAM, menyerikan majlis pelancaran yang turut memperkenalkan barisan duta yang terpilih menganggotai ‘Skuad Lembaran Baharu’.



Terdiri daripada gabungan pelakon, penyanyi, hos dan figura yang memilik bakat pelbagai latar belakang, barisan ‘Skuad Lembaran Baharu’ menampilkan Alif Satar dan Elly Mazlein, usahawan cilik yang kini turut terlibat dengan pentas komedi, Cik B, barisan penyampai radio Astro, Radin (ERA), Dina Nadzir (Sinar), Shah (Gegar), pengacara dan penerbit Gempak TV, Isha Norsham, serta pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana




“Memandangkan tahun ini juga merupakan  ulang tahun ke-25 Astro, kami bakal menampilkan lebih dari 100 sajian kandungan terbaharu dan segar merangkumi genre keagamaan, telefilem, dokumentari, drama bersiri, sketsa, animasi, komedi serta rancangan khas seperti variasi serta bual bicara, khas buat penonton semua,” sambung Azlin.


Menariknya lagi, tidak hanya sekadar memberi tumpuan akan segmen kandungan sahaja, pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan ganjaran istimewa buat pelanggan atau ‘customer rewards’ turut dilaksanakan. 



“Sebagai contoh, platform membeli belah atas talian kami, Go Shop akan melancarkan kempen ‘Lembaran Baharu Bersama Go Shop’ yang mana bakal menawarkan pelanggan dengan tawaran menarik dan diskaun terhebat.


Program ‘Astro Rewards’ juga akan tampil dengan banyak tawaran eksklusif buat pelanggan Astro seperti dari produk kecantikan, Estee Lauder dan potongan diskaun sebanyak 30% dari Lim Tayar, sama juga dengan ‘Astro & Broadband’,” akhiri  Azlin.



#ASTRO #RamadanAstro #BukaLembaranBaru #SalamRamadan #ProgramTV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan