Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BELI 'LENGQUAS', SAMBIL MAKAN, PELUANG MENANG HADIAH


RAMADAN tiba! Ramadan tiba!


Itu antara bait lirik dan judul lagu popular nyanyian penyanyi Indonesia, Opick yang selalu bermain di telinga malah menjadi lagu yang sering dimainkan stesen radio pada bulan Ramadan. 


Tidak hairanlah lagu ‘Ramadan Tiba’ yang dirakamkan pada tahun 2008 dalam album keempat karya Opick, ‘Cahaya Hati’ itu mendapat lebih 14 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada tahun 2015 oleh Aquarius Musikindo.


Selain lagu menjadi halwa telinga pada bulan mulia ini kelak,  tentunya yang menjadi keutamaan kaum-kaum ibu adalah bab memasak.



Bagi Kak Fas, selalunya pada malam pertama sahur, agak terasa malas untuk memasak lauk pauk yang berat-berat apatah lagi terdahulu pada sebelah siang dan malam dah pun makan dua kali, masih kenyang apabila nak bangun sahur jam 5 pagi gitu.


Selalunya Kak Fas menyediakan sesuatu yang ringkas dan ringan untuk disediakan waktu sahur dan lazimnya sardin, telor dan sayuran ringan seperti tauge menjadi ‘mangsa’.


Iyalah…kan mudah nak masak dalam waktu singkat begitu?


Tetapi tahun ini, apabila diperkenalkan dengan produk makanan sejuk beku berjenama ‘LengQuas’ rasanya itu penyelamat untuk hidangan sahur pada malam pertama nanti.


Kebetulan, Kak Fas diperkenalkan dengan pilihan lebih 21 jenis menu produk ‘LengQuas’ pada majlis pelancaran peraduan ‘Makan & Menang’ bagi produk tersebut yang berlangsung di ruang acara Cornerstone @IPC Kuala Lumpur semalam.


Bersama Pengerusi KOPETRO yang mesra orangnya, En. Khairu.


Wah! Rupanya sambil membeli dan makan korang boleh menang peralatan-peralatan dapur bernilai RM100,000  setiap bulan bermula 1 April hingga 30 Jun 2021 ini tau!


Hebat ke tidak? 


Siapa tak nak menang hadiah ya tak… terutama hadiah utamanya berupa sebuah Thermomix bernilai RM10,000 gitu!


Sejujurnya, ini pertama kali Kak Fas mendengar atau mengenali produk ‘LengQuas’ ini yang rupanya sudah berada di pasaran sejak tahun 2019 keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd., al maklumlah Kak Fas ni bukan kaki membeli makanan segera sangat kerana suami pulak lebih suka masakan air tangan isteri gitu huhu.


Tetapi sekarang, sejajar dengan norma baharu yang disebabkan pandemik COVID-19, rasanya elok juga cuba beralih ke norma baharu bukan sahaja dalam mematuhi syarat SOP tetapi juga cuba melakukan sesuatu pembaharuan bab hal-hal dapur ni. 


Mana tahu bila berubah angin dapat lak rezeki menang hadiah kan? InsyaAllah hihi…


Apa pun, untuk rekod, 'LengQuas', keluaran KOPETRO itu sudah mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019.




Sejak itu, antara 21 hidangan lauk-pauk tradisional yang diperkenalkan meliputi:


Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Hitam/Merah/Kari/Percik/Rendang/Ayam Glaze; Daging Lemak Kuning/Kari/Asam Pedas/Dendeng/Stew & Daging Masak Hitam; Sambal Ikan Bilis dan banyak lagi lah termasuk pek sedia makan atau orang putih kata ‘Ready To Eat’ (RTE) seperti Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Lemak Ikan Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan Nasi Ayam Kukus.


Yang pilihan RTE tu lagilah senang, panaskan je sekali gus dalam ketuhar gelombang microwave sebab dah masak, senang je makan terus apatah lagi bagi mereka yang terbabas dah hampir waktu imsyak.


Dan lebih menarik untuk kita dengar tentang harganya yang mampu beli iaitu antara RM6 hingga RM10 sahaja satu pek. Malah jika pembelian dah mencapai minima RM20, korang dah layak masuk peraduan ‘Makan & Menang’ yang ditawarkan.


“Setiap bulan kami menawarkan hadiah dan ia terbuka kepada semua pembeli produk LengQuas,’ ujar Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, Ahmad Hazil  Abd Lateff (kiri) sambil berharap ia  dimanfaatkan semua lebih-lebih lagi menjelang Ramadan ini.



Tambahnya, dengan peraduan yang dianjurkan merupakan salah satu satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama 'LengQuas' dalam industri makanan tempatan waima permintaan terhadap produk berkenaan semakin memberangsangkan sejak mendapat liputan media pada Disember tahun lalu.


“Malah kami merancang untuk memperkenalkannya ke pasaran antarabangsa apabila masa sudah mengizinkannya,” ujar Pengerusi KOPETRO, Khairu Najhan Zainuddin (kanan) ketika ditemui.


Tentu korang yang sudah menjadi pelanggan setia 'LengQuas' mahu pun yang baru menyedari kewujudan produk ini nak tahu kan bagaimana cara penyertaannya?


Senang je….


Pelanggan cuma perlu membeli mana-mana produk jenama 'LengQuas' dengan minima RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.


Pendekata, korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan dengan sekali resit RM20 atau lebih contohnya jika pembelian lebih RM40, korang boleh isikan dua penyertaan. Jadi tentu peluang nak dapat hadiah tu lagi banyak kan?


Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.


“Cuma pemenangh bagi pengedar dan ejen dilaku berdasarkan hasil jualan tertimggi setiap bulan bukannya melalui cabutan bertuah untuk umum,” jelas Ahmad Hazil.


Jadi selepas membaca ini tentu tak sabar nak mencuba ‘LengQuas’ kan? 


Tetapi nak beli kat mana?



Untuk membuat pembelian produk 'LengQuas', pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 60 17-319 5764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.


Info lanjut mengenai peraduan boleh layari akaun media sosial LengQuas:

Facebook : @lengquas.official

Twitter : @lengquas

Instagram : @lengquas


Nak lagi mudah KLIK SINI, sesuai dengan taglinenya, 'Mudah, Cepat, Enak'.





#LengQuasMakanDanMenang #LengQuas #KOPETRO #ContestMalaysia 


#peraduanmalaysia #Peraduan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan