Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CAPRICE SASAR RM3.8J JUALAN PEWANGI 'FLERR INSPIRED BY CAPRICE'



KEKAL wangi dalam harian,  sambil boleh jadi usahawan’, itu antara slogan bersemangat yang diketengahkan bagi memperkenalkan pewangi di bawah label “Flerr Inspired by Caprice’.

Sebut sahaja Caprice mesti nama tu ‘ring a bell’ ya tak…meminjam kata orang putih haha… 


Iya lah siapa tidak kenal penyanyi rap berusia 32 tahun ini yang sering bertutur dan menyanyi dalam bahasa Inggeris,  sungguh pun Caprice seorang anak Melayu bernama Ariz Ramli.


Tetapi apa yang mungkin ramai kurang sedar, selain aktif dalam dunia hiburan, Caprice juga ligat sebagai seorang usahawan serta penceramah motivasi Malaysia malah di kalangan anak-anak muda, nama Caprice sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.


Hanya Kak Fas tidak berpeluang berdepan dan bertemu secara dekat pelantun lagu ‘Lenglui’ dan ‘Dem Girls’ ini sehinggalah baru-baru ini apabila mendapat jemputan untuk diperkenalkan dengan rangkaian produk wangian di bawah label ‘Flerr Inspired by Caprice’ di ibu pejabat Flerr yang terletak di Bandar Baru Klang.


Itulah pertama kali Kak Fas mengenali dengan lebih dekat siapa Caprice sebenarnya walau pun seketika.


Orangnya mesra, bijak berbicara dan paling utama, mudah didekati sehingga membuatkan Kak Fas terasa seolah sudah mengenalinya lama.


Lebih menarik apabila mendengar kisah permulaan bagaimana pengasas aplikasi mengaji.com ini  mencetuskan idea dalam melahirkan pewangi ‘Flerr Inspired by Caprice’.


‘Segalanya bermula dengan ‘Rindu Raudah’ selepas saya amat merindui suasana di dalam raudah di Masjid Nabawi, Medinah  terutama bau permaidani raudah ketika berkesempatan mengerjakan umrah pada bulan November tahun 2019 lalu,” ujar Caprice mengenang kembali saat itu. 


Turut hadir bersamanya, Ketua Pegawai Eksekutif Flerr, Safrizal Azmi yang memulakan mukadimahnya mengenai kolaborasi antara syarikat Flerr dan Caprice.


Menurut Safrizal, kerjasama yang terjalin di antara Flerr dan Caprice bukan lah satu perancangan yang berada dalam pelan  syarikat tetapi berlaku secara tidak langsung apabila Caprice sendiri yang melontarkan idea untuk menghasilkan pewangi berinspirasi  ekoran produk sulongnya ‘Rindu Raudah’ mendapat sambutan hangat di pasaran.



Rindu Raudah’ yang merupakan produk  ‘air freshner’ atau penyegar udara kereta yang aromanya berbau ‘raudah’ milik Caprice mampu dijual sebanyak 30,000 unit dalam masa 6 hari.


Menurut Caprice yang membahasakan dirinya ‘Cap’ sahaja, pencapaian itu sesungguhnya di luar jangkaan apa tah lagi beliau sedar bahawa jualan pewangi islamik berada dalam pasaran ‘niche’.


“Barangkali pelaksanaan PKP dan larangan rentas negara membuatkan ramai yang merindui suasana di tanah suci, lebih-lebih lagi haruman raudah, jadi apabila mereka dapat pewangi yang mengimbau kenangan itu membuatkan produk ‘Rindu Raudah’ mendapat sambutan hangat sehingga memperoleh jualan RM1 juta dalam masa tiga bulan,” cerita Caprice.


Memang benar, Kak Fas percaya sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke dalam Raudah amat merinduinya dan ingin kembali tetapi apa kan daya … kita hanya boleh merancang tetapi Allah SWT jua yang menentukan ada ke tidak rezeki kita kan?


Tepat dan kreatif sekali Caprice menjenamakan produk sulongnya itu sebagai ‘Rindu Raudah’ gara-gara rindukan raudah sebaik pulang ke tanah air malah katanya, ada pengguna yang menangis kenangkan raudah dan berharap dapat sekali lagi ke tanah suci.


Sejak itu katanya beliau membuat kajian selama tiga bulan sehinggalah  menemui satu aroma daripada 100 jenis oud yang dihidunya sama baunya dengan raudah.


“Alhamdullillah, hasil penjualan itu dapat selamatkan perniagaan Cap untuk terus bernafas waima  mampu pula membolehkan Cap  membayar gaji pekerja serta bonus dan membuat kerja amal,” tambah Caprice bersyukur sambil berharap 5 juta kereta yang pulang ke kampung sempena Hari Raya kelak boleh mendapatkan  aroma ‘Rindu Raudah’ sambil memandu dengan tenang.



Kini, dengan kesinambungan ‘Flerr Inspired By Caprice’, beliau berharap  ia bukan sahaja diterima ramai malah mampu menjadi syarikat pengeluar pewangi nombor satu di Malaysia.


“Saya sasarkan mampu memperoleh jualan sehingga RM3.8 juta dan menjadikan Flerr  sebagai jenama nombor satu di Malaysia dalam industri minyak wangi. 


‘Fleer Inspired By Caprice’ mempunyai 10 aroma popular yang diinspirasikan daripada bau-bauan terkenal meliputi 5 untuk wanita seperti ‘Fomb Belle’, ‘Forever Flora’, ‘Fantasy’, ‘Fie Felle’ dam Fady Fillion manakala untuk lelaki ada Foss, Fauvage, Flue Fhanel dan Fersace Fros.


Kak Fas dah cuba, memang harum baunya malah boleh tahan sehingga hampir 8 jam dan khabarnya sebotol 34ml boleh bertahan sehingga 44 hari dengan semburan sekali dua pada pergelangan tangan sahaja untuk lebih penjimatan, selain daripada mengelakkan orang rasa pening bagi mereka yang tidak tahan dengan wangian yang terlalu semerbak.


Wah! Lama tu…. dan lebih menarik saiznya yang comel loteh semuat poket mudah dibawa ke mana-mana apatah lagi dengan dua pek dalam satu kotak ia berharga cuma RM49.90 sen sahaja.



“Pewangi yang diinspirasi menunjukkan jualan memberangsangkan di mana kajian menunjukkan nilai pasarannya  mencecah 50,000 jadi itulah yang membuatkan Cap mahu bersaing secara sihat,”sambungnya lagi sambil berharap tiada ‘musuh’ yang bersaing menggunakan sihir untuk menjatuhkan bisnes pesainnya.


Jelas Caprice, persaingan itu bagus kerana ia dapat meningkatkan daya usaha peniaga untuk mencari fakta ‘wow’ dalam meningkatkan jualan.

Menurutnya, beliau  tidak kisah apabila melihat ada yang sudah cuba mencontohi caranya melakukan pemasaran asalkan tidak menggunakan ilmu hitam.


Berpegang pada istilah ‘lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapat’, Caprice tidak lupa menjalankan aktiviti amal dengan berkongsi rezekinya kepada masyarakat yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan sebagainya.


Dengan niat mahu membantu golongan yang kehilangan pekerjaan mahu pun sumber pendapatan disebabkan pandemik COVID-19,  Caprice hanya meletakkan modal serendah RM212 bagi sesiapa yang ingin menjadi ejen sambil menjana pendapatan yang mampu mencecah lebih daripada lima angka.


Memberi contoh seorang pekerja bank yang bermula sebagai ejen dengan modal RM500 beliau berjaya mendapatkan jualan sehingga RM60,000 dalam masa dua minggu yang kemudiannya dilaburkan semula untuk membeli stok sekali gus menjadi master stokis.



“Yang penting dia bekerja keras dan berusaha untuk berjaya, Orang begitulah yang Cap mahu dan bukan menjual kerana terpaksa  dan mahu cepat kaya tetapi berusaha dengan niat mahu membantu diri sendiri dan keluarga menikmati hidup lebih senang,” jelas Caprice.

Dengan tagline  ‘Jom Kaya Raya 2021’ Caprice mengajak orang ramai berkongsi rezeki supaya ‘Flerr Inspired By Caprice’ dapat menakluki pasaran minyak wangi tempatan sebagai saudagar minyak wangi pertama di Malaysia.


“Itulah sasaran Cap menjelang akhir tahun ini iaitu untuk menjadi syarikat nombor 1  dalam industri minyak wangi di Malaysia,” ujar Caprice penuh yakin.


Dengan lebih kurang 5,000 ejen/stokis di bawah label utama ‘Flerr’ yang terkenal sebagai pengeluar wangian kereta ditambah pula dengan bilangan ejen ‘Flerr Inspired By Caprice’ seramai 142 ejen serta 4 master stokis dalam masa dua minggu sejak produk dihasilkan, Caprice konfiden pewangi ciptaannya ini mampu mencapai impiannya menjadikan jenamanya menduduki carta teratas.




Seperti kebiasaannya setiap apa yang dihasilkan pasti diiringi dengan ciptaan lagu dan untuk “Flerr Inspired By Caprice’, lahirnya sebuah lagu berjudul ‘Lailah’.


Bukan ‘Laila’ tau yang pada sangkaan pertama Kak Fas ingat nama wanita tetapi ‘LAILAH’ merujuk kepada bahasa Cina yang disuarakan ketika memanggil orang bermaksud ‘mari mari lah’.


Mahu memikat pasaran kaum Cina, Caprice bergabung dengan Meer Fly dan seorang penyanyi Cina untuk lagu ‘Lailah’.


Jadi apa lagi, ‘marilah’ bersama Caprice dan berkongsi rezekinya dengan bermula sebagai ejen dengan modal serendah RM212 tetapi  pulangannya berlipat kali ganda.



“Modal rendah, produk mudah jual dan risiko pun rendah kerana kami sentiasa jaga kualiti produk di mana jika ada apa apa ‘defect’ kami akan  gantikan kembali,” sambung Syafrizal.


Belum cuba belum tahu kan… ‘Lai lah lai lah…” dan seperti  kata Caprice ‘Kita mahu harumkan rakyat 1 Malaysia…..bang! bang!’


Untuk info lanjut atau mahu menjadi ejen jualan boleh lawati laman sosial Flerrhq atau instagram @flerrinspired mahu pun singgah ke IG Caprice untuk melihat promosi yang diketengahkan penyanyi itu sendiri @capriceofficial.



#FLERR #FlerrInspiredByCaprice #Caprice #RinduRaudah #PewangiKereta


Tiada ulasan:

Catat Ulasan