Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CENDOLAH' KINI DAH ADA DALAM PEK SIAP SEGERA



RAMADAN dah menghampiri...


Bulan  ini apa yang lebih penting tentunya minuman bagi menghilangkan dahaga ya tak?


Nak minum di gerai-gerai tepi jalan tentunya dah tak boleh. 


Apabila bab minum di tepi jalan ni, Kak Fas hanya tertarik dengan minuman cendol je sebab inilah satu-satunya warung minuman yang dari dulu hingga sekarang sedap dimakan ketika ia segar gitu.


Lazimnya cendol menjadi jualan golongan 'mamak' atau kaum India ya tak tetapi sekarang bisnes itu telah diterokai semua kaum.


Tetapi terbaharu sesuai dengan norma baharu yang kita sedang jalani sekarang ini Kak Fas nak perkenalkan kepada anda cendol segera tau iaitu 'Cendolah'.


Keluaran syarikat tempatan berasaskan makanan dan minuman, Asia Innovative F & B Sdn Bhd, tampil melancarkan produk baharu berkenaan yang merupakan minuman cendol sedia diminum pertama di negara ini.


Cendolah, dengan rasa cendol yang menyegarkan diperkenalkan buat pertama kalinya dalam bentuk minuman sedia diminum dibuat menggunakan bahan-bahan utama seperti sirap karamel santan, kacang merah dan jeli tepung beras hijau untuk pengalaman yang menyamankan. 





Pengasas Asia Innovative F&B Sdn Bhd, Vathumalaai Sooratanam @ Malai (kiri) mengabdikan lebih 30 tahun hidupnya dalam inovasi makanan, seperti menganalisis, meneliti dan mencari kaedah inovatif bagi menjadikan makanan dan minuman tempatan serta pencuci mulut kegemaran mendapat akses mudah di pasaran global. 


"Idea di sebalik Cendolah adalah untuk menjadikan cendol sebagai minuman yang mudah dicapai, iaitu dengan mendapatkannya di atas rak pamer jual.


"Pengaplikasian teknologi makanan dan inovasi membolehkan kami mereplika rasa cendol asli dan justeru itu saya yakin bahawa Cendolah, pasti akan membawa anda kepada pengalaman kali terakhir mengunjungi penjual cendol di kawasan kejiranan tempatan,” kata Malai ketika berucap di majlis pelancaran 'Cendolah' di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Ketua Operasi Tateyama Food Industries, Mohd Nizam Hj Mohd Noor (gambar utama, kiri), Pengerusi Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (KOOPNITA), Dato Seri Zurainah Musa (tengah).



Di samping jangka hayat guna selama dua tahun, resipi Cendolah dikembangkan menggunakan kandungan gula yang seimbang, karbohidrat dan protein yang bertepatan sekaligus menjadi minuman kegemaran tempatan yang lebih sihat. 


"Sebagai sebuah syarikat perusahaan kecil sederhana (PKS) dengan cita-cita untuk menerajui produk tempatan ke peringkat antarabangsa, impian Cendolah hanya dapat dicapai dengan sokongan padu pelbagai agensi kerajaan termasuk MARDI, MATRADE, SMECorp, SIRIM, HDC, JAKIM, dan banyak lagi. 


"Kami amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ternama seperti Tateyama Japan Food Industries, yang mana kepakarannya terhadap produk membantu dalam konseptualisasi dan pengeluaran produk Cendolah,” tambah Malai. 


Beliau melahirkan rasa berbangga kerana produk Cendolah diiktiraf dengan pensijilan Halal, HACCP dan MeSTI. 


"Impian besar kami adalah untuk meneraju produk buatan tempatan ini di pasaran global, dan kami telahpun mula mencorak langkah ke arah tersebut,” harapan Malai.

 

Dengan harga runcit serendah RM4.90 sepaket, Cendolah kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan juga di rangkaian pasar raya terkemuka, Mydin.

 

Syarikat Asia Innovative F & B Sdn Bhd juga sedang giat mempelbagaikan saluran pengedaran produk Cendolah menerusi kolaborasi bersama beberapa rangkaian pasar raya, kedai serbaneka dan peruncit terkemuka di tanah air. 


Untuk rekod, cendol dipilih sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik dunia oleh CNN malah menempah tempat istimewa di hati dan selera rakyat Malaysia yang kerap mencari warung dan penjual di tepi jalan. 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Cendolah, sila layari www.cendolah.com. atau terus KLIK SINI.



#Cendolah #Makan #MinumanWarung #Shopee #Mydin #AsiaInnovativeF&B



Tiada ulasan:

Catat Ulasan