Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CIK FA TAWAR PROMOSI SEMPENA PEMBUKAN KEDAI EMAS FAREHA



Cer
korang jujur dan komen di bawah, wanita mana yang tak suka dengan emas?

Kak Fas percaya insan yang dilahirkan sebagai perempuan akan teruja apabila dihadiahkan emas.


Siapa tak nak kan? 


Merisik pun orang bagi cincin emas belah rotan apatah lagi cincin perkahwinan tentulah cincin emas permata berlian menjadi pilihan.


Jikalau tak, masa kan  timbul  lagu ‘Diamonds Are A Girl’s Bestfriend’ nyanyian penyanyi lagenda 50-an, Marilyn Monroe yang dinyanyikan dalam filem ‘Gentlemen Prefer Blondes’ pada tahun 1953. 


Lagu itu antara bukti bahawa 'rakan karib' wanita adalah berlian dan tentu sekali dengan emas.


Kak Fas yakin juga, bukan sahaja kaum wanita malah jika tidak diharamkan golongan lelaki memakai emas, sudah tentu mereka pun menghiasi diri masing-masing dengan logam bernilai itu waima ada segelintir yang masih memakainya.


Dan apabila telah disedari baharulah mereka menanggalkannya sebagaimana penyanyi rapper MK K- Clique yang satu ketika dahulu memakai rantai emas tetapi kini telah menanggalkannya setelah sertai kelas agama bersama kumpulan jemaah tabilgh baru-baru ini.


Apa pun emas memang ‘cinta hati wanita’ sepertimana tagline yang dipilih usahawan muda terkenal dengan jenama tudung ‘Fareha by Cik Fa’, pengasas Fareha Holding Sdn Bhd, Nurul Fareha Anuar atau lebih popular disapa Cik Fa.


Dan cinta hatinya itu tentulah emas. Lihat sahaja poster Cik Fa yang tersergam indah berlatarkan bangunan rona merah menghiasi kedai emas pertamanya di Pusat Perdagangan BSP, Jenjarom Kuala Langat atau lebih mudah di sekitar kawasan Saujana Putra.


Korang pasti tak akan terlepas punya lah kerana selepas je masuk Tol Saujana Putra dah nampak banner tampampang menunjuk arah ke Kedai Emas Fareha.


Jika dari Kuala Lumpur pun lebih kurang 28 kilometer je, senang nak cari waze je.


Apabila mendapat jemputan dari rakan seperjuangan Kak Fas, Ketua Pegawai Eksekutif Newsfeed Media, Norzira Syarini (foto bawah, kanan) untuk hadir menyaksikan ‘grand opening’ kedai Emas Fareha tentulah ‘kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan’.



Siapa tak nak pergi bersama meraikan kedai pertama Cik Fa kan. Nak juga tengok koleksi emas terkumpul sebanyak 32 kg tu yang sudah dilebur menjadi barang kemas seperti cincin, gelang, rantai leher, subang dan sebagainya?


“Hari ni kami menawarkan 30 pelanggan pertama yang membeli barang kemas berharga minima RM2,000 ke atas loket emas percuma,” ujar Cik Fa ketika ditemui



Menceritakan lanjut mengapa belau mengambil keputusan membuka kedai emas setelah hampir enam tahun berkecimpung dalam bisnes dalam talian menjual tudung 'Fareha Anti Kedut’ sehingga  berjaya meraih jualan mencecah RM60 juta tahun lalu?


Ini jawapan Cik Fa:


“Sudah lama sebenarnya saya teringin menjual emas kerana saya memang suka emas. Jadi kerana itulah saya mengambil keputusan melabur sehingga RM10 juta dalam perniagaan emas  yang menjadi kesukaan wanita,” cerita Cik Fa yang turut ditemani suami tercinta, Mohd Yusri Mohd Yusoff selaku Pengarah Urusan Emas Fareha Sdn Bhd.


Merenung ke arah Yusri, Cik Fa menyambung, ‘pada awalnya, suami macam teragak-agak maklumlah pelaburan membuka kedai emas ni tinggi tetapi setelah perbincangan dia setuju walau pun pada masa nak beroperasi, dia lah yang paling risau takut tiada orang yang datang,”


Tetapi siapa jangka, pelanggan yang beratur hadir sewal jam 8 pagi sebelum kedai dibuka jam 10 pagi dan khabarnya operasi berlanjutan hingga ke 10 malam memanangkan masih ramai yang menunggu.


“Suami pun terkejut,” tambah Cik Fa yang bersyukur pembukaan hari pertamanya mendapat sambutan hangat sehingga melebihi waktu kedai tutup jam 5 petang.


Mana tidaknya, tetap memathui SOP,  hanya 10 pelanggan dibenarkan masuk setiap 30 minit mengakibatkan barisan di luar kedai mulai memanjang.


Tak sangka kan dalam tempoh ekonomi tidak menentu, ramai yang berduit untuk membeli emas. Dan rata-ratanya terdiri daripada kaum wanita. 


Kan wanita suka menyimpan ya tak?


“Sebab itulah saya mencari bisnes yang berkait rapat dengan kesukaan wanita kerana golongan inilah yang merupakan penyumbang besar kepada ekonomi negara,” ujar Cik Fa yakin.


Mensasarkan mampu meraih jualan sekurang-kurangnya RM2.5 juta sebulan, Cik Fa bercadang meluaskan pasaran melalui jualan online selepas Hari Raya.


“Itu pun saya cuma hadkan kepada 250 ejen yang terdiri daripada ejen Fareha sahaja di mana mereka akan melakukan promosi tanpa menyimpan stok sebab emas mahal jadi jualan dilakukan melalui tempahan,” jelas  usahawan berasal Kelantan ini.


Menyedari harga emas naik turun dengan ratusan pesaing tersedia, Cik Fa menanggapnya sebagai risiko perniagaan dan tidak mudah gusar terhadap untung rugi.


“Adatlah dalam bisnes ada masa naik, ada masa turun tetapi saya yakin emas tetap menjadi pilihan wanita dan bisnes ini stabil,” pendapatnya.


Dalam usaha tersebut, Cik Fa memberitahu, pihaknya akan melipat gandakan promosi melalui  platform media sosial malah sempena pembukaan kedai Emas Fareha beliau menawarkan harga yang sedikit lebih rendah daripada pasaran.


“Minggu ini, harga yang ditawarkan adalah RM225 bagi satu kilogram emas  916 dengan nilai upah yang berpatutan,” ujar Cik Fa.



Foto kredit: Instagram @cikfa.farena

Menurutnya, harga sama mungkin boleh berlarutan sehingga bulan Syawal jika permintaan dan sambutan orang ramai menggalakkan.


Kak Fas yang melihat koleksi tersedia pun pinau mata, semua cantik belaka, ikutkan masa 30 minit yang diberikan untuk membuat pilihan memang tak cukup haha…. tetapi bagi setiap pelanggan apa kan daya perlulah ikut SOP ya tak demi tidak timbul pula kluster baharu nanti. Lagi pun kesian orang lain yang sabar menunggu. Kenalah cepat-cepat buat pilihan. 


Nak tengok terlebih awal koleksi tersedia apa kata TEKAN SINI.


Memang menepati tagline ‘Cinta Hati Wanita’ yang dipilih Cik Fa untuk mempromosikan kedai emasnya ini.


“InsyaAllah, jika sambutan baik saya akan fikirkan untuk membuka cawangan kedua di lokasi yang stretegik, kemungkinan Bangi,” Cik Fa membayangkan.


Semoga bayangan itu menjadi kenyataan sebagaimana ‘wish list’ untuk membuka bisnes jualan emas  telah pun menjadi realiti.



Kak Fas: Tahniah Cik Fa, seorang wanita 'besi' yang nampak kecil dan genit tetapi berjiwa kental dan berani.! Biarlah kak Fas berangan lak  dengan label ‘fareha-fariza’ hihi…sebab nama pun seakan ubah je ‘h’ kepada ‘z’ malah nama bapanya ‘Anuar’ sama lak dengan nama suami Kak Fas  hihilll kebetulan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan