HABIB BUKA BILIK PAMERAN MESRA PELANGGAN DI EAST KL MALL
WOW!
Sesuai dengan tahun 2021 yang menitik beratkan soal norma baharu dalam kehidupan, jenama yang popular di kalangan wanita dalam pengeluaran emas, HABIB… nampak gayanya turut ikut trend semasa di mana bilik pameran yang ke-30nya, terletak di Pusat Membeli-belah KL East Mall diberikan konsep baharu.
Mempunyai keluasan lebih kurang 2,000 kaki persegi, bilik pameran HABIB terbaharu ini berkonsepkan ‘customer experience’ dengan wujudnya ruang konsultasi khas, ruang beristirehat dan juga tempat cas barangan elektronik seperti gajet turut disediakan.
Kak Fas yang telah lama mengenali HABIB, bak kata Dato Sri Meer Habib, ‘saya kenal dia dah 30 tahun’ haha… boleh menjamin bahawa inilah satu-satunya bilik pameran HABIB yang benar-benar mesra pelanggan.
“Kami sediakan ruang istirehat bagi keluarga yang membawa anak-anak di mana jika isteri sedang melihat barang kemas, bolehlah suami menjaga anak sambil minum di situ,” ujar Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB itu ketika ditemui pada majlis pelancaran bilik pameran berkenaan di KL East Mall baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin serta Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby, Dato’ Azmir Merican serta Datuk Chef Wan.
Pendekata, sepanjang berurusan dengan HABIB ketika di zaman Kak Fas bersama Majalah WANITA dan ketika Dato Meer masih bujang lagi hingga mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Zahida Noordin, Kak Fas sering ke bilik pameran HABIB di Semua House, samada untuk menemuramah mereka atau pun mengambil barang hadiah untuk pembaca di mana Kak Fas menganjurkan peraduan bersama HABIB.
Itu dulu, kini HABIB sudah berkembang maju namun keperibadian Meer dan Zahida tetap seperti dahulu, mesra, rendah diri dan sentiasa mengukirkan senyuman.
Dalam pertemuan terbaharu di East KL Mall, Meer memberitahu, sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan pelanggan, HABIB sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak mereka.
“Dengan adanya tempat konsultansi khas yang disediakan, pelanggan dapat berbincang dengan pereka HABIB untuk rekaan barang kemas peribadi tanpa gangguan apabila anak-anak yang ikut boleh bersama suami atau pengasuh di ruang istirehat sambil minum,” tambah Meer.
Menurutnya lagi, rekaan bilik pameran kali ini ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan HABIB secara menyeluruh.
“Ruang yang besar, bukan sahaja dapat mempamerkan lebih barangan kemas tetapi di tempat istirehat yang disediakan pelanggan boleh cas gajet mereka jika kehabisan bateri,” jelas Meer.
Lebih menarik, bilik pameran turut menyediakan ‘The Infinity Illusion Wall’ yang mempamerkan logo 3D HABIB.
“Ia direka untuk memberi ilusi kedalaman yang ‘infinite’ melambangkan penciptaan barangan kemas tanpa batas. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil swafoto atau ‘selfie’,” sambung Meer.
Dan sempena pembukaan bilik pameran terbaharunya itu serta meraikan Aidil Fitri yang akan datang, HABIB mengetengahkan koleksi bertema ‘Irama Aifilfitri’ bagi membangkitkan emosi nostalgia raya yang meriah walau pun tidak berpeluang meraikannya bersama keluarga tersayang tahun lalu.
Tahun ini menyaksikan HABIB melancarkan koleksi rantai leher panjang dengan loket bertatahkan berlian selain koleksi Oro Italia 916 terbaharu, Grafetta dan juga Ananas yang merangkumi penjualan pada kempe ‘Rantaian Kasih’.
Sehubungan aura nostalgik yang ingin dibawakan, HABIB khabarnya bakal melancarkan sebuah lagu Raya berirama retro muzikal berwarna-warni.
Siapa kah artis yang bakal membawa lagu tersebut? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti ya…
Sementara itu, sesuai dengan norma baharu juga HABIB mahu memupuk budaya menyimpan dan melabur emas kepada generasi baharu.
“Untuk tujua tersebut HABIB mengeluarkan 4 rekabetuk wafer emas raya berunsurkan suasarana Hari Raya seperti ketupat, rumah kampung, bunga api dan masjid,” ujar Meer sambil menunjukkan wafer-wafer istimewa berkenaan.
Setiap wafer emas datang dengan sampul yang berwarna warni sesuai diberi sebagai pengganti duit raya.
Tentu anak-anak pun suka kan?
Kreatif idea Meer kan?
Malah harganya pun mampu beli cuma RM118 sekeping.
Sebagai memenuhi tanggungjawab korporatnya, HABIB menderma 300 keping Wafer Emas kepada Yayasan Pendidikan Insani di mana 100% jualan akan disumbangkan kepada yayasan ini.
Yayasan Pendidikan Insani merupakan akademi yang menawarkan modul dan teknik berkaitan autisme dengan pegawai terlatih.
Jadi jika korang rasa nak beli wafer sebagai hadiah duit raya kepada ibu bapa, anak-anak atau saudara mara eloklah dapatkan wafer ni kerana sambil membeli kita turut kongsi menderma.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial kami di @habibjewelsofficial. Nak lagi cepat KLIK SINI
#HABIB #IramaAidilfitri #EastKLMall #MesraPelanggan #WaferEmas #HariRaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan