HARQIS EMPIRE SASAR JUALAN PRODUK CAPAI RM30J BERAKHIR 2021
SETIAP ujian yang dilalui adalah aturan Allah SWT, ada hikmah disebalik musibah.
Apa yang lebih penting sebagai insan yang diuji hendaklah bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan untuk menghadapi segala ujian di dunia dan akhirat.
Begitulah yang dapat disimpulkan pada sejarah perjalanan hidup usahawan Harqis Empire Sdn Bhd, Nur Saidatul Akma Jamaruddin, 30 tahun,
Dari seorang yang pernah dipecat jawatan oleh sebuah syarikat atas sebab hasad dengki dari rakan niaga lain, walau pun mampu membuat jualan RM1 juta, sifat tanpa mengenali erti putus asa yang tertanam di sanubari jiwanya tidak mematahkan semangat Nur Saidatul untuk terus bangkit.
“Sebenarnya, waktu saya diuji sebegitu berat saya rasa mahu berhenti berniaga dan lalui kehidupan yang lebih tenang bersama suami dan anak – anak apatah lagi simpanan yang ada mampu menampung hidup sehingga 10 tahun,” kenang Ketua Pegawai Eksekutif Hargis Empire Sdn Bhd ini.
Pun begitu, menurut Nur, apabila melihat lebih 1,000 ‘anak’ teamnya yang terdiri daripada dropship/ejen/stokis mahu pun ‘leader’ yang berada di bawah payungnya terdahulu masih perlukan bimbingannya, beliau tidak sampai hati untuk membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa ‘ketua’.
Dari situlah timbul semangat buat Nur Saidatul mengasaskan produknya sendiri dengan memperkenalkan XS Perfect Lotion pada Jun 2019 dan dua bulan kemudian produk keduanya minuman XS Perfect Mocha Latte.
“Alhamdulillah batch pertama yang dikeluarkan sebanyak 20,000 kotak habis dalam masa 1 minggu sahaja,” cerita Nur Saidatul yang tidak lagi menoleh ke belakang mengenang nasib malangnya.
“Kenangan paling best apabila saya dapat melahirkan 7 orang ‘fighters’ yang membuat jualan tahunan lebih dari RM1 Juta pada tahun 2020,” tambah Nur.
Terbukti, tempoh negara berdepan pandemik COVID-19, perniagaan Harqis Empire tetap utuh dan penjualan atas talian produk-produknya tidak terkesan waima sebanyak 1,276,300 unit XS Perfect Drinks terjual dengan jumlah RM20j sepanjang 2020.
“Untuk tahun 2021 ini, saya mensasarkan jumlah jualan sehingga 2 juta kotak degan perolehan sehingga lebih RM30 juta,” ujar Nur Saidatul penuh yakin sambil mendapat tepukan gemurah kira-kira 200 orang ‘leader’ dan ‘stokis’ pada majlis jamuan malam penghargaan Harqis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis gilang gemilang dengan tema “Selamat Pengantin Baharu’ manyaksikan para tamu yang hadir bergaya dalam busana pengantin seolah meraikan ulang tahun perkahwinan masing-masing lagaknya.
Amat gah suasana malam itu apa tah lagi apabila ketoka pengacara majlis, Mc Nazs serta penyampai radio, Muna Bella memperkenalkan penyanyi yang popular dengan muzik bergenre ‘dangdut’, Shiha Zikir sebagai duta Harqis Empire.
Lebih meriah apabila majlis diserikan lagi dengan nyanyian dua penyanyi popular Ezad Lazim dan Siti Nordiana.
Namun yang pasti lebih mengujakan barisan ‘leader’ dan ‘stokis’ yang hadir pada malam itu adalah pelancaran tiga perisa baharu di bawah rangkaian produk jenama Harqis iaitu XS Perfect Caramel Cappucino, XS Perfect Hazelnut Latte dan juga XS Perfect Chocolate yang disempurnakan Nur Saidatul bersama suaminya, Muhammad Aswadi Abdul Wahap yang sekali gus menerima pelantikan sebagai Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire Sdn Bhd.
“Kami menjangkakan fenomena luar biasa XS Perfect Drink dengan pengeluaran tiga lagi perisa baharu ini kerana kelainannya tidak terletak pada perisa semata-mata tetapi lebih kepada formulasi baharu,” ujar Nur.
Menurutnya, ketiga-tiga produk berkenaan dihasilkan atas permintaan tinggi pengguna setia XS Perfect Drink selain membantu lebih ramai pengguna memiliki minuman kesihatan yang membantu mengawal selera makan sekaligus memiliki bentuk badan yang lebih menarik.
Sehubungan itu, sudah tentu dengan pelbagai pilihan produk tersedia ia memberi peluang ahli-ahli menambah pendapatan sekali gus mencapai sasaran RM30 juta yang diimpikan pengasas mereka. Nur Saidatul.
Korang rasa mustahil tak?
Tiada apa yang mustahil jika dilihat pada pencapaian jualan yang diperoleh leader, stokis mahu pun ejen jualan dimana pada malam sama, Harqis Empire menyampaikan penghargaan kepada ‘top leadernya’ yang mampu meraih jualan sehingga RM10 juta dengan membawa hadiah wang tunai RM30,000 (menggantikan pakej umrah VIP).
Antara penghargaan lain yang diberikan kepada pencapaian jualan yang memberangsankan meliputi I phone 12, pakej percutian, barang kemas berserta trofi, manakala cabutan bertuah turut dianjurkan bagi tetamu lain yang hadir dengan hadiah seperti Ipad, televisyen, jam berjenama dan pelbagai hadiah menarik lain.
Memang nampak ‘happening’ lah malam itu.
Melihat pencapaian yang membanggakan itu, Kak Fas yakin ramai lagi suri rumah, pelajar, pekerja kerajaan dan juga swasta yang mahu menambah pendapatan melalui platform bisnes online rasa ‘tersuntik’ untuk menjadi ejen Harqis ya tak?
“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan Harqis bermula sebagai dropship tanpa modal dan akan dibimbing oleh leader masing-masing. HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material pemasaran seperti gambar, video, pelan pemasaran online, termasuk offline dan terbaharu program TV dan banyak lagi,” ujar Nur Saidatul yang memiliki enam tahun pengalaman berniaga secara dalam talian.
Sambung Nur, pihaknya masih mengalu-alukan sesiapa sahaja, wanita mahupun lelaki yang ingin sama-sama menjana pendapatan dan berkongsi rezeki untuk turut serta menyertai ‘keluarga’ Harqis.
“Misi Harqis Empire Sdn Bhd pada tahun 2021 sangat besar dan kami akan lebih fokus dan serius dalam menjayakannya,” akhiri Nur Saidatul yang tidak mahu berhenti membantu golongan yang memerlukan menjana pendapatan sehingga mampu bergelar ‘jutawan’.
Jika korang rasa, korang memiliki semangat seperti Nur Saidatul yang kental dan rajin berusaha boleh menghubungi Harqis Empire di talian 019 2009440 atau layari laman sosial nur saidatul akma mahu pun laman web rasmi www.xsperfectharqishq.com. Lebih mudah KLIK SINI
Sempena bulan Ramadan dan Raya akan datang, bermula 1 April 2021 hingga 31 Mei 2021, Harqis menganjurkan cabutan bertuah kepada pelanggan dan juga ‘fighters’ berupa wang tunai serta Iphone 12 sebagai hadiah utama.
Nak tahu lanjut apa kata singgah ke laman instagram Harqisempire.hq, tentu korang akan terangsang nak join team Harqis tau!
#HarqisEmpire #ShihaZikir #XSPerfectDrink #EzadLazim #ProdukKurus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan