Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HASNIZA SASAR JUALAN RANGKAIAN PRODUK 'QASEH' CECAH RM3 JUTA

SEGALANYA bermula dari perasaan rasa kasih sayang dengan hasrat mahu membina sebuah keluarga yang lebih sihat dan bahagia.


Ekoran mahu menjunjung kasih sayang itulah lahirnya produk berjenama ‘Qaseh Gold’ di mana ia memberikan pengertian yang cukup mendalam waima kasih sayang itu tinggi nilainya ibarat emas.


Cantik nama diberi kan? 


Itulah idea kreatif pengasasnya, Hasniza Hassan selaku Pengarah Eksekutif Ana Global Venture (AGV).


Mana tidaknya, beliau berkelulusan Undang-undang, jadi sudah tentulah wanita bijak pandai ini tahu arah tujunya  untuk menjadi peneraju solusi kesihatan patuh syariah yang memayungi 7 syarikat lain termasuk Ana Edar Sdn Bhd., yang mengurus serta memasarkan produk ‘Qaseh Gold’.


Mengenali Hasniza walau pun seketika mampu membangkitkan semangat jati diri kental seseorang waima membantu membina dan membangunkan keluarga dan masyarakat yang cergas, energetik dan sihat.


Tutur katanya dan ayat-ayat yang dilontarkan tepat menceritakan manfaat yang boleh diperoleh melalui pengambilan produk ‘Qaseh Gold’ yang dicipta.


Padat dan ‘straight to the point’ kata orang putih.



Kak Fas percaya setiap daripada rakan-rakan media yang turut hadir pada sesi temuramah dan pengenalan rangkaian produk ‘Qaseh Gold’ dapat pulang dengan ilmu dan pengetahuan lengkap mengenai kebaikan produk keluarannya.


Kehadiran kami sudah disediakan produk-produk yang ingin diperkenalkan dengan susun atur yang kemas di atas meja.


Antaranya Qaseh Gold ‘Kekanda’, ‘Adinda’ yang merupakan ‘signature’ memandangkan kedua produk berkenaan dikeluarkan sejak 2007, ditambah Qaseh Junior untuk kanak-kanak, Qaseh Aromatherapy Roll On, Pati Kristal Garam Mineral Masakan, Tonik Rambut Minyak Zaitun, Pati Kristal Garam Mineral Sole, dan lain-lain lagi termasuklah barangan mekap, kopi dan Teh Hijau.


Apa lagi, seperti biasalah, langkah dimulakan dengan sesi pengambilan gambar setiap produk tersedia sebelum ‘tauke’ nya masuk haha…


Bagi mereka yang belum mengenali produk ini seperti Kak Fas tentu nak tahu lanjut kan apakah khasiat dan fungsinya?


Meh baca serba ringkas info produk di bawah ini ya…

Diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi dan superfood seperti Kurma, Madu, Habbatus Sauda, Delima, Gam Arab, Za’faran, Buah Tin, Minyak Zaitun dan banyak lagi.


Qaseh Gold 100% bebas daripada gula putih dan bahan pengawet melainkan rasa manisya hasil daripada kurma dan madu sahaja.

Terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak meliputi tiga produk untuk dewasa seperti Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Premier.


“Ketiga-tiga produk ini memang baik untuk diamalkan setiap hari malah ada testimoni yang menunjukkan pemakanan Qaseh Gold Premier dapat membantu isteri hamil walau pun sudah 15 tahun berkahwin tanpa zuriat,” cerita Hasniza.


Tambahnya, produk untuk kanak-kanak dihasilkan enam tahun kemudian selepas 'Qaseh Gold Kekanda/Adinda' mendapat sambutan hangat,  bagi menyempurnakan kesihatan satu keluarga.



Sehubungan itu lahirnya Qaseh Junior Asli (perisa kurma); Qaseh Gold Junior Oren; Qaseh Gold Junior Premium (perisa blueberi) serta tablet sihat ‘Brainee Bytes’.



Dah tu tentu anda nak tahu juga apa manfaatnya kan?


Manfaat produk Qaseh Gold:


1. Meningkatkan sistem imunisasi badan

2. Menambah baik sistem penghadaman dan perlawasan

3. Membekalkan tenaga tubuh dan minda

4. Membantu dalam penambahan tahap kecerdasan minda

5. Membantu memperbaiki tahap kesihatan yang lebih optimum.


SEMPENA Ramadan, Hasniza perkenalkan set 'Fun Learning Box by Kapten Junior di mana ada 10 perkara yang boleh dipelajari anak-anak antaranya seperti panduan solat Terawih, Carta Berpuasa serta surah Hafazan ringkas dan banyak lagi.


“Bagi kanak-kanak pula ia membantu kekalkan tenaga serta menyokong imuniti dalaman anak-anak agar tidak mudah dijangkiti kuman menyebabkan penyakit,” tambah Hasniza terperinci.


Mensasarkan jualan mampu mencapai RM3 juta menjelang akhir tahun 2021, Hasniza turut mempelawa orang ramai yang mahu menambah pendapatan untuk menjadi ejen jualan produk Qaseh.


“Tahun ini saya sasarkan mampu memperoleh 1,000 ejen daripada 442 ejen yang tersedia,” ujar Hasniza sambil memaklumkan syarikat mempunyai tiga kategori yang boleh diceburi oleh mereka yang berminat berkongsi rezekinya.


Ketiga-tiga kategori tersebut merangkumi peringkat bronze dengan yuran keahlian sebanyak RM200, ‘silver’ RM550 dan “Gold’ sebanyak RM6,000 sebagai stokis.


“Namun kesemua kategori perlu membuat jualan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pendaftaran,” jelas Hasniza sambil memberitahu pihaknya juga memberikan imbuhan kepada penjual yang mencapai sasaran jualan ditetapkan syarikat.


Jadi jika anda rasa nak tambah pendapatan musim COVID-19 yang mencabar ini bolehlah berhubung  melalui talian 011 6209 0755 atau nak tahu info lanjut  bab harga dan sebagainya boleh layari laman web rasmi syarikat di www.qaseh2u.com mahu pun platform sosial media di facebook Qaseh Gold HQ dan Instagram @qasehgoldhq. Lebih mudah KLIK SINI


Apa lagi dalam suasana negara berdepan wabak Coronovirus ini memang lebih baik menjaga kesihatan dengan mengamalkan minuman kesihatan berjenama ‘Qaseh’ ini yang penuh dengan makanan sunnah.


Cegah sebelum parah ya tak, tak cuba tak tahu!



#QasehGold #QasehJunior #HasnizaHassan #Kesihatan #PatuhSyariah #Kurma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan