LBN RICE SEDIAKAN MENU RAMADAN- RAYA, JOM TEMPAH MEMANG SEDAP!
KITA sudah pun berada di minggu pertama bulan Ramadan Al-Mubarak. Bagaimana keadaan semua? Menu apa semasa berbuka puasa?
Bagi surirumah sepenuh masa, pasti sudah ada perancangan nak masak apa setiap hari namun bagi yang bekerja samada sempat pulang ke rumah untuk masak atau tidak bukanlah menjadi masalah waima dengan wujudnya Pasar Ramadan pelbagai pilihan lauk pauk ada untuk dibeli.
Pun begitu, samada sedap atau tidak yang menjadi persoalannya al-maklumlah masakan yang bukan dari air tangan sendiri tentu tidak sama rasanya kan?
Apa pun, yang penting ada makanan untuk berbuka puasa, tolak ketepi seketika soal rasa samada menepati citarasa atau tidak kerana tidak semua masakan siap yang dibeli itu sedap.
Tidak dinafikan kadang-kadang tu tawar dan kadang-kadang pula termanis malah ada juga pengalaman membeli makanan yang rasa tak sedap mahu pun dah hampir basi.
Kemungkinan itu memanglah ada sebab masakan yang dijual dah lama masak dan terdedah kepada hawa yang boleh dijangkiti kuman. Jadi sebaiknya membeli di gerai atau kedai yang korang dah biasa dan tahu kualiti peniaganya.
Kak Fas antara yang jarang sangat membeli masakan siap di Pasar Ramadan kecuali kuih muih jika tidak sempat membuatnya. Itu pun ada yang kurang menepati citarasa waima suami pula memang cerewet bab makanan dan tidak suka beli lauk pauk luar.
Tetapi baru-baru ini apabila Kak Fas diperkenalkan oleh teman lama, Dato Hassan (kiri) kepada usahawan wanita, Datin Rahimah Abdul Karim, 43, di pejabat LBN Rice (M) Sdn Bhd di Batu Caves, tertanya-tanya juga apa sebenarnya bisnes yang dikendalikan syarikat ini.
Melihat pada nama syarikat pula ada ‘rice’ tentulah berkait dengan beras kan?
Ketibaan Kak Fas dan teman media lain disambut ke sebuah ruang pejabat yang sudah tersedia enam jenis lauk pauk meliputi ‘Lemang Klasik Ibunda’, ‘Ketupat Palas’, ‘Ketupat Mini/Nasi Impit’, ‘Kuah Lodeh Klasik Ibunda’, ‘Kuah Kacang Klasik Ibunda’, ‘Rendang Daging Klasik Ibunda’, dan ‘Rendang Ayam Klasik Ibunda’.
Wow! Memang klasik nampak gayanya dan lebih istimewa lemang mahu pun ketupat yang disediakan diperbuat daripada beras organik LBN.
“Cuba lah, ini resepi daripada saya sendiri dibuat khas untuk Ramadan dan Raya,“ ujar Datin Rahimah dalam salam perkenalannya secara ringkas.
Seperti yang Kak Fas maklumlah tadi, bukan sahaja suami cerewet bab masakan tetapi Kak Fas pun memang jenis yang sukar untuk berkata ‘sedap’ hanya untuk mengambil hati orang yang memasak.
Sebab itu juga Kak Fas jarang ambil acara ‘rebiu Ramadan’ yang banyak dianjurkan pihak hotel atau pun restoran yang menyediakannya untuk media sebelum tiba Ramadan.
Tetapi kali ini berlainan…. masakan Datin Rahimah yang lebih mesra disapa Datin Linda menepati selera Kak Fas.
Betul! Bukan hendak memuji sebab dah diberi makan tetapi hakikatnya memang ‘sedap’ baik lemangnya yang lembut dimakan bersama rendang ayam atau daging, cukup rempah ratusnya.
Cuma bagi Kak Fas yang bukan kaki makan pedas ini terasalah sedikit pedas tetapi masih boleh dijamah. Jadi Kak Fas percaya mereka yang suka lauk pauk pedas tentu suka masakan Datin Linda ini.
Jika korang nak rasa betul atau tidak apa yang Kak Fas rasakan inilah peluangnya sebab sepanjang Ramadan dan Raya ini, semua masakan tadi boleh ditempah secara dalam talian atau hadir sendiri untuk membelinya.
Menurut Datin Linda, pihaknya menyediakan 14 jenis menu yang boleh ditempah seperti di bawah ini malah harganya pun mampu beli malah ada pakej set pilihan:
Jika nak rasa serba sedikit dahulu boleh menempah tiga pakej set Berbuka yang disediakan atau pun memilih pakej keluarga bernilai RM100 dengan enam jenis menu seperti berikut:
Jadi tepuk dada tanya selera, jika nak cuba eloklah tempah awal supaya sempat untuk berbuka puasa.
Sementara itu, ada lagi yang istimewa untuk menambahkan lagi kelazatan hidangan - Sambal Hitam Meleleh.
Uish! Memang melelehlah air mata Kak Fas bila mencubanya sebab terasa pedasnya tetapi pedas sedap kata orang haha. ..itu yang menambahkan bangkit selera ya tak?
Pendekata, lauk pauk hidangan Datin Linda berasal Pahang ini memang terbaiklah apatah lagi ia diperbuat daripada resepi keluarga turun temurun, lagilah sedap sebab resipi orang-orang lama memang klasik dan asli.
Dalam pada itu, Datin Linda mahu berkongsi pendapatannya kepada ejen yang mahu bersamanya memasakan lauk pauk menu Ramadan/Raya ni tanpa sebarang kos keahlian.
“Semua yang berminat nak jadi ejen jualan menu yang kam sediakan ini boleh menghubungi syarikat,” pelawa Datin Linda yang turut ditemani tiga anaknya, Muhammad Irfan Shah, 22, yang sedang mengambil jurusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa (dua dari kiri) Nuraina Shahira, 20, (pelajar Diploma Quantity Survey) dan Muhammad Danish Shah, 18 (kiri).
Kecuali anak bongsunya, Muhammad Danish yang masih bersekolah, Muhammad Irfan serta Aina membantu ibu mereka menguruskan perniagaan dan tidak syak lagi bidang yang diterokai mereka dapat membantu ibu dalam menjayakan bisnes.
Apa lagi… yang selalu duk buat Grab ke apa ke bolehlah jadi ejen. Memang berbaloi jual menu daripada LBN Rice ini. Gerenti mudah sebab sedap!
Lagi pun sambil makan tu secara tidak langsung anda menderma pada bulan Ramadan ini memandangkan sebahagian daripada hasil pembelian akan disalurkan kepada tiga buah madrasahm dua buah pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim serta yang memerlukan.
Info lanjut sebagai ejen atau nak tempah boleh layari laman sosial @lbnricemalaysia atau telefon terus ke nombor yang tertera dalam flyers tu ya.
Team LBN Rice dan gambar bawah bersama media yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan