Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'THE INCIDENT' FILEM PENDEK DIRAKAM GUNA PERANTI VIVO X60 PRO



SUDAH lama Kak Fas tak ke pawagam. Sepanjang negara dilanda COVID-19, selama itulah juga Kak Fas tidak menonton wayang.

Tetapi membuka lembaran baharu pada tahun 2021 ini, apabila mendapat jemputan untuk menyaksikan sebuah filem pendek yang penggambarannya diambil menggunakan telefon pintar jenama VIVO siri X60, sudah tentu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang itu.


Apatah lagi jenama VIVO dekat dengan hati Kak Fas kerana itu antara brand yang masih ada dalam simpanan walau pun VIVO siri V5. Istimewanyanya lagi sebab telefon bimbit itu Kak Fas dapat sebagai hadiah cabutan bertuah pada majlis pelancarannya beberapa tahun lalu.


Apa yang membuatkan Kak Fas sayang VIVO V5 itu sebab bila guna kameranya gambarnya jelas dan cantik cuma sayangnya dah lama guna LCDnya lak rosak. Bila buka kosong, skrinnya gelap huhu.


Apa pun VIVO tetap di hati....


Dengan pelancaran VIVO siri X60 menampilkan sebuah filem pendek berjudul 'The Incident' yang diilhamkan daripada kisah benar oleh pengarahnya. Chong Keat Aun, Kak Fas terus rasa terpanggil untuk tidak melepaskan peluang menontonnya apatah lagi ia arahan pengarah filem yang juga pemenang augerah Golden Horse untuk Pengarah Baru Terbaik.


Berlangsung di Golden Screen Cinemas, 1 Utama, filem pendek berkenaan yang dihasilkan menggunakan peranti fotografi profesional terbaharu iaitu vivo X60 Pro, memaparkan sebuah kisah menyentuh perasaan mengenai seorang ibu penyayang yang membesarkan anak lelakinya yang masih kecil sendirian setelah kematian suami semasa pandemik. 


Filem pendek ini bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam berdepan dengan waktu yang mencabar ini serta menyuntik sinar harapan meskipun berada dalam keadaan yang tidak menentu.


“Terharu sungguh rasanya apabila melihat rakyat Malaysia saling membantu dalam mengharungi keadaan normal baharu yang masih membelenggu kehidupan kita. Dalam pada kita belajar menyesuaikan diri menghadapinya dengan bantuan kekuatan daripada orang disekeliling, kita juga menantikan kehadiran hari baharu yang membawa bersama sinar harapan baharu. " ulas Chong.


Tambahnya, semangat yang ditonjolkan inilah yang telah menjadi sumber inspirasi bagi filem ini.


"Kami ingin menghasilkan sebuah kisah yang dekat dengan rakyat Malaysia pada masa sekarang. Dengan vivo X60 Pro, kami berjaya merealisasikan idea tersebut dan penghasilan filem ini telah menandakan era baharu bagi pengarah filem muda yang ingin memperlihatkan kreativiti mereka serta berkongsi dengan dunia," tambah Chong.



vivo siri X60 dilancarkan pada 22 Mac 2021 dan mempunyai pelbagai ciri mengagumkan yang dapat dilihat sepanjang filem ini. 


Baik daripada rakaman yang stabil hasil ciri Gimbal Stabilization 2.0 X60, mahupun rakaman babak pada waktu malam yang menguji ciri Extreme Night Vision 2.0, vivo X60 Pro adalah yang terbaik dalam menghasilkan rakaman yang jelas pada setiap masa di samping merupakan kualiti utama dalam menghidupkan ‘The Incident’.


Filem pendek ini menampilkan sepenuhnya barisan pelakon dari Malaysia termasuk Pauline Tan, finalis Miss Universe Malaysia 2015 yang memegang watak sebagai ibu tunggal bernama Yee Cheng. 


Beliau disertai oleh pelakon veteran Adibah Noor dan pelakon Yuan Teng, yang membuat kameo istimewa, serta seorang bakat baharu, Phua Chandler, yang memainkan peranan signifikan sebagai seorang anak muda dengan ketahanan dan kecekalan yang kuat walaupun berhadapan kesulitan dalam hidup.


Di samping visual menyentuh perasaan yang dirakam menggunakan vivo X60 Pro, filem ini juga diserikan lagi dengan runut bunyi yang merdu hasil garapan penulis lagu Yise Loo dan pengarah Chong. 


   Dari kiri: Pauline Tan, Phua Chandler, Chong Keat Aun, Firdaus dan Yise Loo.


Rangkaian lagu nostalgia berjudul “Sinaran Harapan” merupakan representasi audio terhadap pahit jerih ibu bapa semasa waktu sukar ini, dan dinyanyikan oleh Firdaus Farmizi


Juga dikenali sebagai Fei Dao Er di China yang melonjak popular menerusi video viralnya di Douyin.


Firdaus Farmizi bersama pencipta lagu runut filem pendek berkenaan, Yise Loo.


‘The Incident’ membuka tirai kempen Visual Creator vivo, yang mengajak rakyat Malaysia untuk mengekspresikan diri dan menjadi pencipta visual dengan mencungkil kreativiti serta bakat mencipta semulajadi dalam diri mereka. 


Semasa pandemik ini, kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia bersatu untuk menonjolkan kreativiti mereka baik dalam seni, muzik, fesyen mahupun fotografi.


"Oleh itu, melalui kempen Visual Creator, kami berhasrat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang berjiwa artistik untuk mengetengahkan bakat mereka yang unik ini di samping mengangkat karya fotografi dan videografi mereka dengan menyertai beberapa fasa berbeza dalam kempen. 


"Kehadiran vivo siri X60 diharap dapat meningkatkan kebolehan dan menyerlahkan potensi mereka yang sebenar, dengan mengubah sesuatu idea menjadi realiti,” kata Mike Xu (gambar bawah, enam dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia. 



Dalam fasa kedua kempen Visual Creator yang akan bermula pada awal April, vivo bekerjasama dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) untuk menganjurkan pertandingan filem pendek berdurasi lima minit bertemakan “Joy of Humanity”. 


Peserta dijemput untuk merakam menggunakan X60 Pro mereka dan menjadi sebahagian daripada projek yang dipimpin oleh tiga pengarah Malaysia serta kolej universiti tempatan. Universiti Xiamen Malaysia, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Kolej Universiti New Era merupakan tiga kolej universiti yang akan bersama menjayakan pertandingan ini.



Kemuncak kempen Visual Creator merupakan penganjuran pertandingan fotografi selama sebulan iaitu pertandingan ‘vivo Vision Photography’, dengan kolaborasi bersama Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF).


Sepanjang tempoh pertandingan, para peserta dikehendaki mengambil gambar berdasarkan tema yang diberikan pada setiap minggu.


Selain itu, vivo telah menghimpunkan barisan penerbit terkemuka, jurugambar profesional dan pencipta kandungan untuk terlibat dalam program MY #X60Series Celebrity Endorsement, supaya mereka dapat berkongsi tentang pengalaman mereka menggunakan telefon pintar vivo siri X60.


Untuk mendapatkan lebih maklumat terkini mengenai kempen Visual Creator atau vivo siri X60, sila layari laman Facebook rasmi, laman Instagram rasmi dan laman web rasmi vivo Malaysia.


Dengarkan runut bunyi di https://youtu.be/_-cXxvahULc dan jangan lupa untuk menonton ‘The Incident’ di saluran YouTube dan laman Facebook rasmi vivo Malaysia.



Kak Fas: Mengenali vivo sejak penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi dutanya.


#vivosiriX60 #TheIncident #VisualCreator #X60series #vivoMalaysia 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan