Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADAKAH PEMINAT SUDAH BOLEH MEMAAFKAN DAI SYED?



DALAM situasi berdepan kes salah laku seksual, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful. 25, atau lebih dikenali dengan gelaran Dai Syed dilamar Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) sebagai duta produk emas, iGoldax.

Biar betul? Lelaki jadi duta produk wanita?


“Saya melamar Syed sebab percaya beliau boleh membantu menyedarkan generasi muda ke arah menyimpan emas digital sebagai pelaburan masa hadapan,” jawab Pengerusi DEWI, Datin Raskibah Ali (gambar bawah, kiri) ketika ditemui, sambil berpendapat Dai Syed mempunyai pengaruh yang masih kuat di kalangan anak-anak muda.



Mengulas mengenai pelantikannya itu, Dai Syed melahirkan rasa syukur ada rezeki yang hadir walau pun berdepan beberapa kes mahkamah.


“Selepas sebulan mengurungkan diri daripada sebarang aktiviti kerana trauma dan bimbang dengan pandangan masyarakat, saya terpanggil untuk berdepan realiti setelah melihat sokongan peminat tidak berbelah bahagi apabila lagu single saya ‘Ya Habib’ mampu mencecah 1 juta tontonan dalam tempoh sebulan dimuat naik dalam Youtube,” cerita Dai Syed.



Terkejut dengan sambutan yang hangat itu, Dai Syed terus bangkit menjalankan beberapa   perniagaan dengan mengeluarkan biskut ‘Salted Caramel’ serta yang terbaharu tudung ‘Hejhub’ sempena bulan Syawal.


Menurut Dai Syed, biskut yang dihasilkan daripada resepi ibunya berjaya dijual sebanyak 12,299 balang pada harga RM22 malah kini sebuah buku yang dihasilkan berjudul ’23 Hari Semalam’ yang dikarang  ketika berada di lokap turut mendapat sambutan apabila jualan mencecah 1,500 unit secara dalam talian sebelum dilancarkan secara rasmi.


Foto kredit Instagram @daisyed_.

Menyifatkan rezeki yang diterima mencurah-curah bagaikan  air hujan, Dai Syed juga menganggap air hujan itu ibarat dirinya yang jatuh tersungkur sakit namun percaya air hujan yang jatuh itu juga membawa rahmat kerana ia mampu menyuburkan benih dan menimbulkan pohon dan bunga yang mekar.

Tidak hairanlah kini, beliau  terus membuka lembaran baharu dalam kerjayanya bukan sahaja sebagai usahawan tetapi terus bergiat aktif dalam industri seni meski pun masa hadapannya bergantung kepada keputusan mahkamah terhadap tuduhan-tuduhan yang dihadapinya.


Foto kredit instagram @hejhub.hq.


Begitu pun, Dai Syed membayangkan hasrat untuk berkunjung ke Yemen setelah segala permasalahannya selesai untuk bertemu guru-gurunya serta mendalami kitab-kitab suci al-Quran.


“Dahulu, saya cuma sempat belajar selama 3 bulan di sana dan berharap dapat ke Yemen lagi untuk meneruskan pengajian selepas segalanya selesai," doa pemenang  tempat ke-4 rancangan realiti agama, 'Dai Pendakwah Nusantara' musim ke-4 pada 2016 ini.


Berkelulusan dalam pengajian Islam dan bahasa Arab daripada Maahad Buuth Islamiyah, Kaherah, Mesir, Dai Syed  pernah juga menyertai program Akademi Sahur Indonesia (AKSI 2008) sebagai wakil Malaysia dan raih tempat ketiga.


Sempena Hari Raya ini, Dai Syed yang mengakui dirinya anak emak tidak lupa tanggungjawabnya untuk membahagiakan ibunya dengan pemberian hadiah gelang emas serta pengubahsuai  rumah dengan  perabot baharu melibatkan  perbelanjaan kira-kira RM30,000 keseluruhannya.



“Saya memang anak emak dan segala apa yang saya lakukan adalah untuk menggembirakannya kerana doa emak itu mustajab,” ujar Dai Syed yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.


Inilah yang disebut ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku ya tak? 

Yang penting sebelum diputuskan bersalah, tiada siapa yang patut menjatuhkan hukuman  melainkan Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.


Untuk rekod, Dai Syed menghadapi tiga pertuduhan jenayah seksual pada akhir tahun lalu melibatkan pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan